Sabtu, 31 Oktober 2009

Semangat gotong royong



Kalu betul gayanya anak2 masih kecik pun ada gunanya. Walaupun kadangkala ngusik mengusik sesama dia orang berlaku. Foto yang simple ini menunjukkan keceriaan anak2 nyang yang hepi menolong mencuci kete ayah deme. Samada betul2 bersih atau tidak, itu persoalan kedua. Pokoknya, kete dah basuh dan anak2 ni ada semangat teamwork dan patuh pada arahan. Tapi arahan sape ye...?

To be compliment and not to compete





Ada istilah Mat Saleh yang menyeru kita dalam satu pasukan agar saling melengkapi satu sama lain bagi tujuan menyempurnakan sesuatu misi atau agenda, dan bukannya bersaing rapat dengan rakan setugas. Ini untuk memupuk kejayaan berpasukan.. Namun begitu jika ingin menonjol dan menjadi jaguh dalam diam, sifat selfish mementingkan diri sendiri lah yang bakal dipupuk dan disemai dalam individu.


Sejarah kemerdekaan Malaya dulu pun menjadi bukti dimana UMNO, MIC, MCA serta pembangkang telah bergabung untuk sama2 berjuang untuk kemerdekaan. Asasnya mudah, bebaskan negara ini dari penjajah dan lepas itu kita undi untuk pilih kerajaan secara demokrasi. Mungkin apa yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) masa itu adalah bersifat memperjuangkan ideologi dan hidden agenda mereka yang tersendiri serta tidak mahu menerima aspirasi rakyat yang mahukan keamanan dan kepimpinan yang dilantik secara demokrasi.


Macam2 cara untuk mendapat sumber inspirasi. Ada orang perlu rujuk pada ibubapa, pemimpin, guru2, kengkawan dan ada juga dengan melihat apa jua yang indah. Ada yang perlu merokok untuk mendapat ilham tapi dalam keadaan sekarang, harga rokok pun dah RM10 sekotak, mungkin sumber ilham cara ini agak kos tinggi dan risiko kesihatan juga tinggi.

Dalam hubungan adik beradik juga baik masa orang tua hidup lagi ataupun telah lama pergi menyambut panggilan Illahi , hubungan akrab mudah berbincang menjadi bonus bagi membuat sesuatu keputusan atau aktiviti kekeluargaan. Sifat ego, selfish, banyak berkira, budaya biskut 'kejap ada kejap tak de' bukan satu budaya yang boleh dibangga dan diharapkan. Kepimpinan juga perlu dalam kekeluargaan agar jelas halatujunya walaupun pada teorinya amat mudah dan perlaksanaannya amat payah.

Wajah2 dalam ingatan



Adakala semasa kita mengenang kenangan lalu, terdapat wajah2 yang mudah diimbas pada kita samada sedar atau tidak. Ada yang tak perlu kita fikirkan terus menjelma dan tak kurang juga ada yang jenuh nak ingat masih samar2..mungkin orang itu kurang memberi kesan dalam kehidupan kita..tambahan pula macam dalam foto ini telah 42 tahun berlalu....

Mengenang jasa sifu, guru,cikgu,prof


Budaya kerja yang diterapkan oleh beliau amat berkesan sehingga ke hari ini. Waktu itu suku abad yang lalu, aku yang mempunyai Diploma Pengurusan Ladang ditugaskan membantu seorang Prof dari Serdang menjalani sabatikal. Tugas yang jauh berbeza dan terpelanting (dari Planting Industry Management), pada mulanya amat sukar tetapi hasil cara beliau mengajar cukup menarik minatku. Dari seorang dilatih menjadi pengurus ladang aku diminta membantu kerja2 mengkultur protoplas atau sel tanpa dinding sel dan kultura tisu berbagai tanaman.


Setiap hari akan mengadap mikroskop dan menyukat, mengira dan memerhati pergerakan atau saitosis dalam saitoplasma itu. Kadang2 berpinar juga mata maklumlah kadang2 sampai 500 protoplas diukur tapi lama2 biasa la. Dr Ismail semasa bekerja suka mengajarku dari perkara2 asas/basic hinggalah ke peringkat menjalankan ujikaji. Oleh kerana banyak benda tak tau kenalah pergi library buat rujukan, fotostat dan buat catatan. Masa tu internet mana ada, sekarang internet serba serbi ada, maklumat pantas di hujung jari tapi orang pula tak suka membaca!


Dr Ismail suka melukis, menulis, melakar atas kertas jika dia ingin memberi penerangan atau mengajarku. Jadi aku pun sediakan buku tulis kulit tebal untuk catat apa jua maklumat penting dan untuk rujukan lanjut. Bos aku masa tu Dr Mohd Ali Sekak (sekarang Prof) juga banyak membantu. Beliau adalah motivator yang bagus, bersahaja dan peramah. Kedua2 mereka inilah yang telah mencetus minda dan menggerakkan diriku agar melanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Peluang yang terhad untuk belajar pada masa itu menyebabkan aku terpaksa bekerja dulu membantu bos2 yang ada. Namun keadaan berubah apabila kedua2nya tiada lagi di tempat kerjaku. Terasa kehilangan sifu2 yang boleh membantu dan tempat merujuk jika ada sesuatu.


Namun begitu, walaupun aku mengambil masa hampir lebih 20 tahun untuk berada di tahap ini, sekurang2nya didikan, pengajaran mereka berdua amat meninggalkan kesan pada kerjayaku. Bila dapat berjumpa kembali baru2 ini, terasa sebak dan ceria bercampur aduk. Sebak kerana terkenang akan usaha gigih bersama satu masa dulu, bekerja dalam satu pasukan tanpa memikir masa dan tenaga sehinggakan mengabaikan kepentingan peribadi ketika itu. Sebak juga dulu kita dilatih dalam serba kekurangan tidak macam sekarang budak2 awal2 lagi bekerja sudah mewah dengan berbagai peralatan dan tenaga kerja. ARO masa itu agak mencabar, dialah yang pergi memanjat cantas pelepah, ambik bunga, sampel di kebun dan hutan, berfikir macamana nak modified media dan formula, membuat persediaan berbagai alatan dan media untuk ujikaji, mengkultur, memerhati, memantau, membuat laporan bulanan, menganalisa data2 secara statistik, membuat pembelian dan memberi ceramah. Itu yang menyebabkan ada rakan2 di pejabat ingat betul dulu2 aku ke sana ke mari bawa parang dan kapak walaupun namanya penolong pegawai!
Ceria kerana dipanjangkan umur dapat berjumpa lagi, beliau sudah pun mempunyai syarikat sendiri dan diriku dipandangnya sudah ada peningkatan dalam hidup walaupun tidak sampai ke tahap klimaks pengajian.


Apapun bersyukurlah seadanya.... masih ramai yang tak merasai nikmat dan pengalaman yang aku lalui...

Cuaca kini berubah


Sejak akhir2 ini bila saintis heboh hal global warming, barulah masing2 perasan macam2 perubahan dah berlaku. Bukan hanya musim buah2an aje yang berubah malahan tingkah laku manusia yang mungkin juga akibat dari perubahan cuaca mukabumi ini. Kalu tadi panas terik, ni dah hujan lebat berangin2 pulak tu. Bagi yang nak pergi menangkap ikan, yang sedang berjual2 di pasar malam tentulah terasa akan suasana sebegini. Bagi yang duk diam2 di rumah terutama yang baru kahwin tentulah sesuai suasana sebegini.


Bila masalah ekonomi meruncing macam2 peel manusia, ada yang tak bercakap, ada yang temin tak tentu pasal dan ada yang mood macam orang datang period atau hampir menopaus. Dalam keadaan kritikal ada gak yang cuba bunuh diri walaupun ada kala acah aje pada mulanya. Dulu bila orang psycho sakit, dikaitkan dengan bulan mengambang..orang putih pun gelar deme ni lunatic. Namun begitu dalam zaman sekarang macam2 giler ada (bukan gila), baik muda maupun tua. Tapi yang penting 2 jenis, satu jenis tak ngusik orang macam yang terdapat di tepi2 jalan kat pekan, merepek2 sorang2 dan satu lagi ni jenis mengusik orang. Yang kedua tu loghat bahaya. Ada gak orang tak giler tapi suka memaksa orang ikut pendapat dia yang tak berapa betul tapi bagi dia, hanya cakap dia lah yang betul. Samada lunatic atau tidak, dalam homopati dikatakan miasm atau benaman penyakit yang jika tidak dirungkai akan menjadi berlapis2 dan sukar diubati.


Perubahan cuaca walaupun kadangkala mengakibatkan bencana alam, ianya juga memberi ruang buat saintis mengkaji berbagai sudut. Mungkin hasil kajian tak ke mana melainkan atas kertas sahaja, sekurang2nya dapat memberi gambaran betapa teruknya dunia kita sekarang dan peringatan buat generasi akan datang.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Mampukah kita berlaku adil?


Bila sebut keadilan, ramai yang teringat PKR. Tapi keadilan yang berasal dari perkataan adil, menunjukkan betapa sama timbangnya kalu dacing kiri kanan sama timbang..satu hun pun tak lari. Gitu lah kalu nak dikata adil.


Kalu berbini 2,3,4 pun kena adil. Belikan bini yang muda kete Honda, yang tua pun kena juga bagi bukan kete buruk, 2nd hand. Adil bagi bosImbang Penuh kena sama agih keje, bagi penilaian tanpa pilih kasih, bagi peluang kursus, sambung belajar, bagi kemudahan, kepercayaan dll sama rata. Bagi staf yang ada ramai bos, jangan ampu seorang saja, ampulah semuanya (hehe..). Kalu bos nak menghukum, kalu salah tak kira blue boy ke tak balun sama rata.


Kalau anak ada 5, ada lelaki ada pompuan kena sama adil. Kalu bagi Rm50, yang lain kena bagi juga. Tapi bak kata ustaz bukanlah adil dikatakan bagi tiap lelaki pompuan anting2, pada2 la yang anak lelaki lain pompuan lain tapi kalu boleh pada nilai yang sama.


Adil dua sebutan manyak cenang mau cakap tapi perlaksanaannya payah benor yop. Ramai kata dia adil tapi penuh perasaan tamak haloba, dengki khianat, pilih kasih, terperangkap dalam kepentingan peribadi, konflik dalam kepentingan dan mempunyai agenda2 tersembunyi. Adil bagi yang tak adil adalah sedap di hati, suka dilaksanakan walaupun dalam terang lagi bersuluh.


Kita tanyalah diri kita sendiri..mampukah kita berlaku adil? Adil juga bermakna kita mengaku salahsilap kita dan berusaha membaikinya. Berterimakasih pada sesama kita, bersyukur pada Yang Maha Esa.

Penilaian prestasi tahunan


Ni dah dekat nak ujung2 tahun macam biasa tiap majikan akan buat penilaian prestasi staf. Ada yang cara manual dan kini online pun ada. Kadang2 staf bawah perangkap bos dia orang...bagi markah sendiri2 maksimum atau hampir perfect score, jadi bos kalu bagi rendah sangat atau lari jauh kena jawab!


Apapun man2 la kata Ah Chong...anak cina makan pengat, sendili mau ingat! Prestasi yang rendah, alamat tahun depan jangan mimpilah nak anjak atau naik gaji. Prestasi tinggi memungkinkan nama masuk toto tapi tak tentu anjak naik lagi. Sejarah menunjukkan ramai yang dah bertahun2 langgar dinding, keje ok, output dan sumbangan ok tapi tak juga ke depan. Ada juga kes tak tara mana, masih baru, masih hijau lagi tup2 jauh tinggalkan yang lain. Tak tau la mungkin rezeki dia murah, kuat berdoa solat malam dll..tapi yang penting rezeki kali ni turun lalu hujung pen orang. Yang menggerakkan hati yang sign guna pen tu yang penting. Ramai bos yang suka nasihat sabor je la, kalu ada rezeki tak ke mana..tetapi masa deme kena macam tu dulu bontang banting tak..mengheban tebin tak deme? Gitulah kata Dr M...Melayu mudah lupa!


Ni masing2 duk buat penilaian sendiri, tulis macam2 keje buat, macam2 sumbangan dah bagi, macam2 award dah dapat dll..agar mantop untung2 tahun depan diambik kira masuk toto tadi. Biar macamana alim, rajin, lentuk bekerja, tiap orang adalah manusia, ada lebih ada kurang. Ada perasaan gembira, sedih, frust, marah, dll. Bila bab gaji, bab duit, orang tak berapa betul pun tau nak kan duit.Imam, sami pun nak duit kan. Jadi harap terbuka pintu hati yang dah selesa mengingati perit jerih yang lain yang membantu mereka ke tahap selesa sebelum ini. Ada juga yang sanggup berkata, 'aku dulu lagi teruk, semua usaha sendiri tau!'.


Orang Islam akan berusaha membantu yang lain, agar mereka diberi laluan mudah. Mungkin hari ni kita tolong orang, tak semesti orang itu akan tolong kita balik. Tak tolong pun kira baik, kalu digigit balik camne? Mungkin satu hari, bila kita susah dipermudahkan laluan kita, diberi pertolongan secara tidak diduga2 kan. Penilaian hakiki kita orang Islam ialah menilai dan timbang diri kita sebelum ditimbang di akhirat nanti..masa tu cakap pun tarak guna dah...


Semoga Allah memberkati segala usaha baik kita walaupun di dunia kini jarang2 segala yang baik dibalas dengan baik juga.Bak kata Dr Paranjothy, pakar tisu kultur ...'dalam hidup itu masalah mesti ada, itu sabar mau ada!'

Khamis, 29 Oktober 2009

Wayang, fesyen, g2 gni




Pengaruh wayang, teater, video, CD dalam kehidupan seharian memang ada. Tak kiralah sasarannya pada budak2, remaja, dewasa mahupun orang tua. Yang elok oklah tapi kalau yang kureng, dah tentu ada side effectnya. Dengan adanya dunia siber, semua ni dapat disebarkan dengan cepat dan mudah diperolehi maklumatnya. Terpulanglah pada kita untuk menapisnya buat diri dan famili kita. Buat yang innocent dah pasti semua itu satu kejutan budaya, buat yang dah biasa semua itu tarak apa. Tepuk dada tanyalah selera!

Sohnya adik ku ini


Teringat masa ulangalik hantar dia ke Tadika dulu. Tak kurang juga songehnya, dalam kecik2 tu bab duit terer. Anak bongsu la katakan tentu mak bapa kasi lebih perhatian dan budibicara. Diam tak diam dah 31 tahun berlalu tapi macam semalam je berlaku..macam cite Wagiman yang ku tulis dalam blog ini.


Ni dah soh dia ni. Agaknya sibuk mententeramkan askar2 seramai 7 orang tu. Yang paling seronok tenguk tak lain tak bukan...Aiman tak kisah! Walau pun kecik tapi power!Kecik2 cili padi.

Keluhan sahabatku


Setiap orang mempunyai cita2 dan hasrat terpendam di dalam hati, ada cita2 tersendiri walaupun tidak setinggi menara kembar KLCC. Hari ni aku dapat merasai betapa perit dan frust nya dalam hati dua sahabatku. Walaupun senario berbeza kerana pencapaian akademik berbeza (seorang BSc, seorang MSc), tetapi kedua2nya telah lama bertugas menyumbang tenaga, taat setia tidak berbelah bagi lebih suku abad telah berlalu, membantu yang telah berada di tahap selesa di kala ini. Kedua2nya dah mati gaji 3 tahun, dah lulus exam gitu gini dan keperluan asas untuk naik pangkat namun rezeki belum ada lagi. Apatah lagi rezeki sekarang turun melalui hujung pena orang tertentu. Lantaran itu seorang bakal bersara pilihan tahun depan dan seorang lagi mungkin berhijrah ke padang ragut yang lebih menghijau (greener pasture). Tak pastilah tepat atau tidak istilah Mat Saleh tu, seolah2 manusia ni macam lembu plak.


Ada pula bekas treni sms dapat interbiu Risda 3Nov ni, 3 orang sekawan dipanggil. Elok benor lah..belajor lama2 pun fulus nak juga, kalu dapat keje tetap nanti boleh sambung MSc PhD pula. Ada staf di Teluk Intan bagitau tugasan outstation beres. Baik staf mahupun treni mahupun kengkawan, sume kena jaga dan dibantu mana patut. Kalu kita kurang berjaya, kita ikhtiar agar deme dapat jadi lebih berjaya dari kita. Mungkin Tuhan dah takdirkan kita takat ni saja dan beri sumbangan untuk kejayaan orang lain.


Dapat juga berita kematian ibu salah seorang kawan lama di Cheras dan dikebumikan kat Beranang pagi ni. Sahabatku Maurad pula dijangka telah pun berangkat ke Madinah petang tadi. Semasa majlis doa selamat semalam, ramai kengkawan sepejabat, bos dan ahli Darusyifa' datang walaupun hujan lebat. Nasi ayam, lamb chop, ABC hidangan istimewa. Bila nak salam cakuk, dia mengelak, katanya 'jemput datang makan, bukan bagi duit!'. Apapun tersentuh jua masa nak balik, Maurad berkata 'Maafkan semua salahsilap....', macam dalam drama plak suasana sayu itu.Gitulah, dah sampai serunya kata orang kampong untuk dia ke tanah suci. Ustaz Imam Syafaat pernah bagitahu, para bakal2 haji merupakan jemputan Allah ke tanah suci, list nama dah ada dan bukan senang kita dijemput Yang Maha Kuasa ke sana, kita kalu dijemput para pemimpin atau Raja ke suatu2 majlis pun amat bergembira inikan pula jemputan dari Yang Maha Esa.


Tengahari sempat tolong adik email foto kete dia pada insuran. Kete dah 13 tahun nak renew insuran kena tunjuk foto semasa, bank in duit baru boleh renew. Harini kurang sihat, entah apa sebabnya muntah2 pula. Malam ni pun angin satu badan terpaksa anak isteri bagi first aid. Dah lega tenguk kejab TV, apa lagi cite antu la. Memang sekarang orang buat filem antu memang laku kut.


Tak tau la apa cite budak yang hilang di sungai trajedi jambatan gantung Kuala Dipang. Dah jumpa ke belum. Sg kampar, Sg Kinta dan Sg Perak bukan sungai mengalir lesu. Dah tentu jauh dibawanya menghala ke hilior kata org Malim Nawar. Semoga dapat ditemui kerana kaum keluarganya dah pasti menanti dalam tangisan. Takziah buat mereka.

Rabu, 28 Oktober 2009

Hari ini tak macam semalam

Hari ni membantu sesi soaljawab sempena lawatan pegawai2 Kementerian Kesihatan gred41 satu bas, majoriti pompuan. Bila ditanya nape?Jawabnya memang gitu ramai pompuan. Ya lah mana2 pegi pun dah macam nak pupus lelaki ya. Tengahari tadi hadir majlis jamuan doa selamat sahabat dan staf, Ustaz Maurad dan isteri nak berangkat ke Tanah Suci esok. Moga2 beroleh keselamatan, kesihatan baik, dipermudahkan segala urusan dan beroleh haji yang mabrur.
Baru sebentar tadi bomba datang siut api/asap bakar sarang tebuan yang bersarang atas pokok mangga jiran anak2 dara 3 pintu ke kanan rumahku. Tebuan pun macam pandai memilih ya..rumah anak dara yang dibuat sarang! Sebelum ni pokok di depan lagi besar sarangnya. Sekejab aje setel. Banglo putih di seberang rumah pun dulu ada ular masuk rumah panggil bomba sekejab je dia orang tangkap. Itulah keje bomba serba serbi bukan takat padam api, potong kete xciden aje. Kat Kuala Dipang bomba pun bantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa jambatan runtuh.
Tadi dapat sms, mamat kawan lama orang Beseri di Sarawak duk blogging...aduhai Roheng mu buat gapo lani?

Tembak2


Balik dari opis tadi kat luar rumah beberapa orang budak tengah main tembak2 guna pistiol dan senapang macam betul punya, peluru pun kalu kene mate oghang peghak kate boleh bute! Ghairah benor bebudak tu main tembak2, sedangkan di Palestin, Afganistan dll lain negara ramai orang Islam sedang berperang saraf dengan dibuli oleh musuh2 Islam, kadang2 ditembak gitu saja. Kita di sini seronok pulak main tembak2 sedangkan mereka menyabung nyawa tiap hari takut2 mati kena tembak. Maknanya deme membesor di celah2 peluru.


Balik cite tembak ni kadang2 ada haribulan tak baik kat mana saja boleh kena tembak, kena marah, kena maki hamun. Kalu betul salah sendiri puas hati. Tapi kadangkala tak pasal2 ada yang kena tembak, kena marah, kena maki hamun disebabkan orang lain. Zaman sekolah dulu nak ikut stail rambut Slam pun kena tembak juge...


Merokok kos tinggi, risiko tinggi , hukum....


Bila pergi tanah suci, terpampang poster besar tak jauh rumah kelahiran Nabi Mohd SAW gambar rokok melilit jantung dan ayat yang bermaksud 'JANGAN CAMPAKKAN DIRI KAMU KE DALAM KEBINASAAN!'



Di Arab, merokok memang diharamkan tapi ada juga yang merokok. Kat klinik panel ada poster ni siap ada hukumnya, tak tahulah macamana pendapat para perokok.




Selasa, 27 Oktober 2009

Penawar STRES


Lawatan sambil belajar


Tadi aku diminta kawan baik aku untuk standby soaljawab rombongan pelajar dan guru2 dari Subang Jaya. Memang tugas yang mencabar gak bagi cikgu cikgi untuk mengawasi para pelajar walaupun mereka dah 15 tahun. Tiada soaljawab secara formal diajukan tetapi aku bagi sikit motivasi buat mereka untuk yang berminat dalam bidang sains dan penyelidikan.


Melalui lawatan pun boleh dapat ilmu, tetapi di peringkat pelajar dan siswa, perlu ada asignmen tentang tajuk2 tertentu baru kelam kabut depa mencatat dan mengambil berat tiap maklumat yang disampaikan. Bila tenguk pelajar2 ini teringat pulak budak2 sekolah rendah yang terhumban ke sungai bila jambatan gantung runtuh semalam. Ada yang tak sempat untuk melangkah ke umur macam dalam gambar di atas...


Lagi kes tak ambik berat soal keselamatan


Berita 22 budak sekolah rendah terjatuh dalam sungai dan dikuatiri lemas berlaku di Kuala Dipang, Perak tak jauh kampong ku Malim Nawar amat menyedihkan. Jambatan gantung yang baru dibina ternyata tidak kukuh dan selamat digunakan. Tetapi macamana semua ini boleh digunakan oleh budak2 yang diberitakan seramai 30 orang berada atas jambatan sewaktu ia runtuh.Di mana guru2 dan petugas2 yang sepatutnya mengawasi budak2 itu terutama waktu malam?


Aku sedih kerana arwah bapa dulu pernah jadi guru besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Aku dan famili juga kadang2 manda mandi dekat air terjun Salu tak jauh dari situ. Aku juga pernah ikut arwah bapa menjala ikan di Sg Kampar yang laju dan dalam itu, bersambung ke Sg Kinta yang akhirnya bertemu Sg Perak. Sebelum ni ada kenderaan terjatuh dalam sungai dan ada yang mati lemas tapi kali ini amat trajik sebab jelas ciri2 keselamatan tidak diambik berat/terlepas pandang atau ...


Yang pasti perkara dah berlaku dan macam biasa, salah menyalah akan berlaku. Yang kehilangan anak juga yang menanggung akibatnya sepanjang hayat mereka. Tahun 70an dulu feri karam di Sg Kerian, ada adik kawan aku Rosli Ahmad meninggal dunia. Sedih mendengar cerita macamana di hari peristiwa itu berlaku. Dalam TV tadi macam2 hal diceritakan, ada mak bapak yang tak tahu pun yang anak mereka masuk program berkhemah itu. Ada yang kata dah hantar borang sign kebenaran mak bapa untuk ikuti program itu. Memanglah yang sign tak akan tuntut apa2 jika berlaku apa2 tetapi pihak penganjur kenalah proaktif dan bertanggungjawablah ke atas keselamatan budak2 itu. Mungkin mak bapa pun ramai tak tau ada program lalu atas jambatan gantung malam2 buta tu.


Kita tenguklah senario seterusnya sape yang bakal dipersalahkan....semoga semua mangsa dapat ditemui samaada hidup atau pun....dan isu ini dapat ditangani sebaik mungkin.

Ahad, 25 Oktober 2009

Bila TV pun rosak...


Kalau duk kat rumah, anak2 samada main handpon, surf internet, tenguk TV atau tugas2 khas dari masa ke semasa. Bila internet sorang pakai, yang lain terpaksa mengalah. Tapi bila TV pun rosak, mungkin terlalu panas atau dah sampai ajalnya, memang mati kutu dibuatnya. Siaran Astro ni memang sesuai buat anak2 muda, tapi yang tua2 pun tumpang tenguk dan ikut perkembangan semasa, kalau tak jauh ketinggalan bila anak2 bercerita sesama deme. Mungkin ada rancangan yang kureng sesuai, tapi pandai2lah tapis dan tukar channel lain.


Bukan semua media masa, bahan hiburan melalaikan. Semua terpulang pada diri orang tu juga. Dr Hasan Ali pernah berpesan pada anak2 semasa summer camp Sg Lui beberapa tahun dulu, untuk berjaya nak hadapi exam, TV kena tutup, simpan atas almari baru pelajar dapat tumpu. Anak2 dia cemerlang, dia buat lagu tu. Masalahnya kita selalu kesian kat anak2, lagi pun kita sendiri suka tenguk berita dan National Geographic. Semua itu maklumat dan ilmu pengetahuan. Tapi kadang2 anak2 asik tenguk TV pun susah juga. Lari time table untuk study, ulangkaji, rehat dll.


Bila bab internet, memanglah sekarang dah advance. Budak darjah 5 pun asik buat folio cut n paste dari internet, masing2 dah ada Facebook, ada yang dah jadi blogger, dll. Semua itu ok cuma pemantauan yang perlu dibuat. Anak2 kadang2 tak pandai agih masa, adakala leka kat internet, kat Facebook dll..tak tau mana perlu diutamakan dan bila.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Doyan mak bonda


Hari ni dapat merasa durian fresh dan sejuk beku kiriman ibu mertuaku. Ok gak takat merasa durian kampong ni. Tapi tak boleh banyak sebab manis. Dr kata 'kurangkan manis dalam makanan dan minumanmu tapi boleh tambah manis dalam senyumanmu'.

Kalu kat kampong ada pokok durian, memang boleh buat duit. Pagi2 dah ada peraih datang beli kadang2 yang kurang elok pun dipukal sekali. Jangan dioperate tampal lubang dengan duri sudahla nanti naya si pembeli. Durian yang masam atau tobek sikit boleh buat tempoyak. Buat pakai sudu lambat masam, guna tangan cepat masam sebab contaminate lah jadi penapaian lagi cepat. Letak kat luar 2 hari cukuplah pastu simpan dalam peti ais. Arwah bapa dulu kalu nak simpan durian first class dan tempoyak simpan dalam freezer. Teknologi ni dah lama dia buat tak payah buat kajian dan TOT. Ada jabatan baru buat ni, aku tergelak aje sebab arwah bapa dah lama buat benda tu.

Dulu kat seberang rumah ada tanam MDUR78 tapi jarang2 berbuah, Masa renovet rumah orang bakar2 sampah dekat pokok, naik meragan jadinya. Amin tebang saja pokok tu.Mula2 ingat dia melawak nak tebang sebab pokok tinggi , rupanya dipotongnya 2 bahagian. Habih pokok tu. Yang ada sekarang pokok 'durian lutut' sini panggil 'Musang King', durian kunyit. Tak tau mana tahun akan berbuah nanti. Pokok rambutan yang senang ditanam, cepat buah, tak banyak penyakit dan kerenah dan rajin berbuah.

Komen prestasi pelatih latihan praktikal



Apabila selesai tempoh latihan praktikal, samada 2, 4 atau 6 bulan, lazimnya pelatih akan meminta penyelia latihan praktikal mengisi borang tamat latihan praktikal dan mengisi borang penilaian prestasi. Bagi mendapatkan cop dan sign tamat latihan praktikal tak jadi masalah. Tetapi untuk mendapat laporan penilaian prestasi, para pelatih perlu mematuhi beberapa perkara dahulu. Ini memandangkan telah ada kes di mana apabila semuanya diisi dan dihantar atas dasar percaya pada pelatih, akhirnya ada para pelatih tidak menghantar laporan, data-data penyelidikan dan yang berkaitan sebelum meninggalkan tempat latihan.

Latihan praktikal wajar bersifat 'win-win situation'. Para pelatih mengikuti program latihan yang mengandungi mini projek, diberi tunjuk ajar, diberi elaun praktikal dalam RM10 sehari dan dibayar elaun lojing dan elaun makan setara dengan PRA jika bertugas di luar stesen. Pada masa yang sama, para pelatih menolong mengambil data2 penyelidikan dan kajian majikan amnya, penyelia khususnya. Para pelatih diajar teknik dari awal hingga akhir proses pengambilan dan analisa data. Mereka juga perlu menulis laporan yang selari dengan kehendak U dan majikan tempat praktikal.

Berikut adalah perkara2 yang perlu dibereskan sebelum tamat latihan praktikal dan meninggalkannya:


  1. Menghantar draf laporan praktikal pada penyelia (soft dan hard copy), setelah diedit buat pembetulan dan hantar padanya dan majikan

  2. Memberi semua data2 penyelidikan dan kajian (soft dan hard copy) yang dibuat sepanjang tempoh latihan praktikal pada penyelia latihan praktikal

  3. Berbincang dan bertanya secara aktif perkara2 yang berkaitan dari masa ke semasa agar latihan praktikal memberi makna kepada para pelatih terutamanya

  4. Perlu proaktif mengenali semua staf dalam makmal atau kumpulan penyelidikan dimana mereka berlatih dan tahu pegawai2 atasan berkenaan

  5. Memohon tandatangan borang tamat latihan praktikal dari penyelia


  6. Memberi borang prestasi pelatih bagi latihan praktikal, borang ini akan dipos terus pada pihak penyelaras latihan praktikal di U berkenaan setelah diisi oleh penyelia latihan praktikal

  7. Memohon surat sokongan/testimonial dari penyelia jika perlu

  8. Meninggalkan nama dan alamat serta nombor telefon bagi memudahkan urusan berbangkit atau bagi penghantaran cek elaun praktikal dan kerja luar stesen

  9. Bermaaf2an sesama pelatih dan staf tempat latihan

  10. 'Keep in touch' dan bukan 'touch n go' selepas tamat latihan praktikal !




Cabaran dulu dan sekarang


Pada zaman 60an hingga 80an, kita masih lagi banyak masa menumpukan perhatian dan tenaga di peringkat survival. Duduk di kampong, bila dapat masuk sekolah asrama dan U dah jadi 1 kejayaan besar. Buat kenduri oa selamat! Apatah lagi ada yang dapat melanjutkan pengajian di luar negeri. Kenderaan yang ada pun terhad dan pergerakan serta perhubungan juga terbatas. Namun begitu, semangat ingin berusaha untuk mencari ilmu dan menimba pengalaman ditiup dan digalakkan oleh ibubapa, guru2 serta para pemimpin masa itu. Kerajaan pula menyediakan biasiswa di peringkat sekolah dan U. Tak payah bayar balik! Tak banyak cerita kedengaran tentang budaya negatif para pelajar walaupun ada kes terpencil. Arwah bapa bekas guru pernah bercerita, dulu sayangkan guru sampai tolong bersihkan kawasan rumah guru, ada yang datang bawa buah tangan atau kayu api. Penghormatan pada guru amat tinggi sekali walaupun ada kala guru merotan juga.


Sejak akhir2 ini, semua ini dah berubah. Sekolah biasa pun boleh mencapai keputusan cemerlang macam sekolah asrama. Ramai yang lebih suka duduk rumah kerana segala kemudahan ada dan tak payah berebut2 dan diprogram oleh loceng di asrama. Dulu adik beradik ramai, bila masuk asrama lega, makan sedap semua teratur. Guru2 pun tak boleh rotan tak tentu pasal, mungkin mak bapa akan serang balik malahan ada kes murid pukul cikgu pula. Ada yang sabotaj, mungkin calarkan kereta, ugut nak pukul, mak bapa nak dakwa di mahkamah dll. Seolah2 guru sekarang kurang dihormati. Tak taulah samada kualiti dan ketokohan dah kurang atau tiada atau pun masyarakat sekarang kurang prihatin atau kurang hormat pada guru. Cerita kisah2 imam besar dulu2 menunjukkan mereka sanggup merantau jauh untuk mencari guru bagi menuntut ilmu. Zaman sekarang guru tunggu anak murid, malahan ada anak murid yang lebih advance dari guru baik dari segi apa yang dimiliki dan ilmu yang dimiliki. Ada ramai pelajar berkereta berjenama walhal cikgu berkapcai ke tempat belajar.


Dulu pendedahan kurang, tapi sekarang dunia siber, dunia tanpa sempadan. Tak heran fesyen yang dipakai di Amerika misalnya dapat ditiru dalam waktu yang singkat oleh anak muda di sini.

Dulu apa yang dicakap oleh orang tua, tanpa banyak soal terus patuh. Sekarang tidak, semua arahan mesti logik akal..bak kata lagu Indon tu..'ada logika'. Anak kecil sekarang dah tau nak handpon yang ada lagu, ada kamera. Dulu, anak2 cuma dapat kamera plastik bila tok opah mereka bawa balik dari Mekah. Masa dulu kurang pengaruh luar dan masih terkawal. Kini zaman dah berubah, dunia dah maju. Tapi tara itu, masih ramai yang menonong dalam tingkah laku. Sebab itu pemimpin sekarang perlu gandingan orang lama dan baru. Yang lama ada pengalaman, yang baru pula dah pasti memahami citarasa dan naluri orang lani.


Di mana jua berada...


Hari ni ada urusan di Beranang. Agak lama juga tak lalu jalan situ. Tesco pun dah ada tak jauh jalan Semenyih tu. Tak nak jem boleh lalu highway LEKAS. Balik lalu jalan ke Kajang ok tak jem tapi arah ke Semenyih yang jem. Sampai di Metro, anak isteri pergi shopping. Jadi aku pergilah minum2 kat kedai mamak di situ.


Semasa menikmati tetarik dan mi goreng mamak, sementara menunggu anak isteri datang, seronok juga memerhati gelagat orang. Sebelah meja dua anak gadis minum, seorangnya merokok tanpa segan silu walaupun NO SMOKING terpampang di dinding. Dia bertindik merata kat telinga. Mungkin itu trend sekarang, tak tau la. Dia juga offer kawan dia rokok tapi tak mau. Di bahagian depan, ada dua salesgirl pakai nametag dan tag 'off duty', agaknya keluar rehat lah tu. Depa pun pekena tetarik dan teh o limau ais. Ramai pekerja di situ melayan pelanggan tapi yang pasti mereka ni pekerja dari India. Ada yang perlu diberitahu berkali2 baru faham betul apa yang dipesan. Ada juga yang fasih Bahasa Melayu macam Mr Muthu tukang gunting dari Chennai yang diceritakan sebelum ini.
Maknanya di mana jua berada, ada saja pekerja luar. Di rumah2, ramai guna pembantu rumah dari Indon. Kat ladang, tempat pembinaan dah tentu pekerja Indon ramai, kat opis, cleaner dan Jaga orang Bangla, Myanmar dan Nepal. Kat kedai makan lani ramai dari India. Kat hospital pun dah ramai Dr dari luar. Kat tempat refleksologi, urut orang dari China pula. Kat tempat parking, yang minta derma dan jual macam2 tu dari Afganistan, Pakistan dan Selatan Thai. Ada yang minta derma cakap pun tak pandai tapi bila bagi RM5 tak nak, tau pula bercakap Melayu..rupa2nya nak RM10..hehe! Ada yang buat part time potong rumput dan kutip barang2 lusuh/scrap. Gitulah mewahnya banyak sumber pekerjaan di negara tercinta ini.


Teringat pula cerita anak sedara dari UIA yang cerita student dari China lawa2..kadang2 terfikir pula ke mana pergi orang2 kita? Kat U pun dah ramai orang luar. Kalau pergi Metro Kajang hari cuti, terasa macam bukan kat sini lagi. Begitulah juga paparan akhbar dan TV jika cuti perayaan, ramai yang berada di KLCC adalah orang luar. Teringat juga seorang siswazah lulusan Unimas 2006 yang hadir interbiu, bila ditanya dah berapa kali pergi interbiu keje? Jawab dia ringkas macam sms juga, "Tak larat nak kira dah!" Maknanya bukan senang nak dapat keje lani. Mungkin untuk jawatan tertentu, walhal dalam tugas2 yang diceritakan tadi kita masih memerlukan pekerja luar.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Nilai duit sekarang


Kalau dulu, bawa rm50 ke market macam2 boleh beli. Tapi sekarang dekat sekali ganda harga yang perlu dibayar. Misalnya tadi 2 ekor ayam sahaja dah rm31. Bila beli ikan 2,3 jenis, sotong serba sikit dah dalam rm50. Maknanya kalau nak complete ikan, ayam, sayur, santan dll dalam rm100.


Betul juga lawak sesetengah orang...semua benda naik, harga barang naik (darah naik!), hujan je yang turun tu pun buat masa ni sekejap2 je..hehe. Belanjawan semalam kata dapat RM500 setiap kakitangan kerajaan, bulan 12 baru dapat. Duit tu dah tentu orang belanja, lalu meningkatkan kecairan dan transaksi dalam pasaran agaknya.

Di awal pagi ini




Apabila terdengar bunyi motor kapcai lalu lalang di depan rumah awal2 pagi ni teringat kembali kenangan lama di Malim Nawar dulu. Bila terdengar bunyi motor macam tu awal pagi maknanya orang tengah berkejar2 gi keje kat kapal korek sama ada KK1 atau KK2. Di depan rumah dulu ada rest house, dimana Mat2 Saleh bos2 Kuala Kampar Tin Field akan landing. Kita orang hanya masuk masa nak main bola, rounders, penggal buah janggus atau beli air Coca Cola pada nyonya di situ. Sekarang dah tinggal tapak lombong terbiar saja.




Bunyi yang sama juga bila terdengar awal pagi di Bukit Pekan, kampong mertuaku bermakna orang dah keluar pergi menoreh getah atau bekerja kapal korek di Sg Galah tak jauh Ayor Papan, tempat Awie penyanyi dan pelakun tu. Antara Malim Nawar dan Bukit Pekan ada Kampong Timah dan Tg tualang dimana famous dengan udang galah dan ikan2 air tawar seperti Ketutu dan baung. Orang Cina suka makan ketutu stim, depa percaya dapat panjang umur. Harga tolak pada Cina pun RM60 sekilogram. Kalu kita orang Melayu anak ramai, gaji tak seberapa kalu nak beli pun haup kan..bukan makin panjang umur..hehe.




Kat Tg Tualang dulu bila hantar kelapa dan hasil pertanian ke market ikut arwah bapa, akan makan mi atau bihun hailam dan ABC. Roti bakar hailam pun sedap.Tak lupa beli teratai yang manis dan sedap, fresh pick from lombong! Masa menganggur dulu lepas flop dari U, selalu jogging dari Malim Nawar ke Tg Tualang. Tapi masa tu muda remaja, masih gagah perkasa dan tak banyak pikir. Hard disk kat kepala masih banyak free memory dan RAM pun bagus walapun masa tu tak de capacity besor cam pc lani. Sekarang semua benda kena fikir..hal opis..anak buah..projek..g2 gni, hal anak bini, hal adikberadik kengkawan, dan sekelilingnya. RAM pun dah kurang, mungkin bad sector pun ada sejak kena strok dulu.




Azan subuh berkumandang. Jadi setakat ni coleteh pagi ni. Perlu mengadap Yang Maha Esa sebelum kita dipanggil mengadap kan. Bersyukur seadanya, ramai lagi manusia yang tak berpeluang hidup macam kita walaupun ramai juga yang jauh lebih mewah, lebih selesa hidup dari kita!

Kutbah Jumaat

Hari ni kutbah AlKauthar menyentuh tentang ibadat haji. Sekarang dah mula jemaah berangkat ke sana. Sahabatku ,ustaz Maurad InsyaAllah akan bertolak awal Nov ini. Antara yang disampaikan dalam kutbah juga tentang ekonomi orang Islam dimana untuk korban dan dam, 3 juta kambing diimpot dari Australia. Mengapa tidak orang Islam dari Negara2 Islam yang berusaha membekalkannya? Adakah kita tidak ada kepakaran, perladangan, perkapalan dll untuk menjadi pembekal?
Teringat pula kita di sini, banyak benda bergantung pada perniagaan orang lain. Sampaikan ada tempat yang batu nesan pun Ah Chong yang buatkan!

Dare to fail


Keberanian untuk mencuba bukan semua orang ada. Mungkin ada yang kira2 dulu, agak2, sempoa dulu, kalu kebangkalian tinggi akan terus cuba, kalu dicongak agak rendah...just forget about it. Orang putih memang terkenal dengan sikap berani untuk gagal, berani untuk mati dll. Sebab tu banyak program dalam TV menunjukkan macam2 aksi ngeri, atau benda giler yang depa buat. Ada yang beberapa kali gagal, terus mencuba dan akhirnya berjaya terutama dalam mencipta rekod.


Ada juga yang suka sesuatu hobi tak kira apa pun akan tetap terus dengan hobi tersebut. Dalam siri TV Astro tak lama dulu ada cerita tentang Mat Saleh kaki skatebod suka betul ke laut. Dia tak nasib baik diserang jerung dan cedera parah tapi selamat sebab dia sempat cucuk mata Jaws tu, dan dilepaskan. Selang beberapa tahun, dia turun lagi ke laut untuk lepas gian. Tak terasa takut untuk terus main skate kat laut pun lepas tu walaupun dia dah jadi OKU.


Dalam kehidupan seharian, kegagalan mengajar kita untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih kuat. Maknanya bila ok, dapat berbakti pada yang lain. Sentiasa ingat rumput di bumi walaupun mata mendongak ke langit. Ada kala peluang tak ada, jadi mana ada cubaan untuk berjaya. Bodoh macamana pun, kalu ada keinginan ada keazaman, ada dorongan, lambat laun boleh jadi pandai, boleh jadi cerdek atau mahir juga. Kejayaan sebenarnya milik Allah dan ianya perlu dikongsi bukan milik individu tertentu sahaja. Ada juga kes tak berusaha pun boleh berjaya dan ada juga kes berusaha macamana pun terus gagal. Ada orang berbangga yang dia berjaya atas titik peluh usaha sendiri tanpa bantuan orang lain. Mungkin betul pada zahirnya, pada keseluruhannya mampukah kita hidup keseorangan. Mampukah kita berjaya tanpa izinNya?


Sekali pandang hati dah berkata...


Tuhan beri kita pancaindera yang automatik boleh analisa dengan cepat. Bila kita rasa benda dalam mulut, terus tahu masam, manis, pahit dll. Bila lalu satu2 tempat, hidung mudah tercium bau mungkin wangi, mungkin busuk atau menyeramkan. Tak kurang mata kita. Sekali pandang hamba Allah di depan dah terus hati berkata...'Boringnya dia', 'Aduh, lawanya', 'Waduh, maconya', 'Hai, tua2 pun nak bergaya?'. Begitulah seterusnya.


Apa yang dipandang adalah hiasan dunia saja, walhal Tuhan tidak memandang rupa paras, warna kulit, kedudukan, harta benda yang dimiliki...yang hanya diambil kira adalah ketaqwaan yang ada dalam diri kita. Alangkah beruntungnya manusia yang lawa lagi bertaqwa kan...kan...

Tanpa ilmu siapalah kita...


Bila mengaji dulu, mak bapak selalu nasihat belajar rajin2 biar dapat jadi Doktor, lawyer...tapi bila dah beso tak gak jadi. Ada yang kata, dah tak jadi doktor injek sendiri pun dah kira ok. Tapi baru2 ni ada Mamat cerita yang dia tak minat sangat keje bendang walaupun ayah dia ada bendang sebab mak ayah dia dari kecik soh ngaji pandai2 nanti besar tak gaduh buat bendang. Tup2 dah beso panjang tentulah dia tak nak dah buat bendang sebab dia dah ngaji tinggi dan berjawatan tinggi juga.


Dalam agama juga disarankan 'tuntutlah ilmu dari kecil hingga liang lahad'. Ditingkatkan darjat orang yang berilmu kepada darjat tertentu. Maknanya makin banyak ilmu makin berguna pada masyarakat umum hendaknya. Ikut resam padi makin tunduk makin berisi. Maknanya tak payahlah makin kerek, sombong tak menentu bila ada lebih ilmu. Tak ke gitu? Tapi ada juga yang kurang ilmu pun kerek juga kan.

Khamis, 22 Oktober 2009

Aktiviti koko


Anak2 biasanya tak senang duduk kalu tak pergi aktiviti kokurikulum atau 'koko' sebutan dia orang. Tak pe lah kalu itu menjadi suatu yang bermanafaat. Yang jadi masalah, kerja sekolah tak buat, pelajaran tak berapa pick up tapi koko yang lebih2.


Anak bongsu gemar tarian, jadi dari Ixora dulu pun masuk acara tarian tu. Ada juga tarian Melayu, Zapin, Bangra, Dikir Barat dll. Dulu pun aku masuk tarian joget dan mak inang masa sekolah rendah! Mungkin dah turun kat dia hehe..Teringat kena ingat 2,3,1...step2 yg perlu dihafal agar langkah semua sama. Bila kena jadi pompuan, baju Kak Jah lah jadi mangsanya...hehe!


Mungkin persepsi tiap orang tak sama. Ada yang kata ianya hiburan semata2, aktiviti sampingan, hobi dll. Tapi ada jugak yang tak berapa gemor menari tapi suka tenguk saja. Tapi ada jugak yang tak suka dua2nya sekali.

Gunting bukan cantas tapi grooming

Apical dorminance dalam biologi menunjukkan keupayaan pokok untuk terus tumbuh mengeluarkan pucuk ke atas. Ianya hanya akan bercabang sekiranya pucuk itu dicantas. Dalam kehidupan manusia mungkin berlaku mungkin juga tidak.
Kalau orang Perak dulu2 semasa musim durian bak kata Os memang mewah, ada yang buat cucuh api guna duit konon nya la. Bila minum kedai, berebut nak bayor...maklumlah kata deme duit macam janggut, cukur tumbuh, cukur tumbuh. Tapi ada gak orang yang tak berjanggut, nak cukur apa, ada yang sikit janggut tengteghoyang je, bila cukur entah bila lak nak tumbuh!
Bila gi gunting kedai anak Maniam fasa 4 tambahan, Mr Muthu tukang gunting yang berasal dari Chennai, India cukup kenal sama aku. Duduk saja nombor 3 aah..terus je sodok. Tapi tadi dia tanya sekarang apa pasal tak mau? Aku jawab, 'Bini cakap banyak pendek la..hehe dia gelak.' Muthu fasih berbahasa Melayu, tak balik Deepavali tahun ni kata dia. Seronok cerita hal teh dan pokok kekacang Mucuna yang berasal dari India tu. Dia kata kat India banyak loghat bahasa, kalau di Selangor kita faham juga bahasa Kelantan, tapi di India jauh beza Hindi, Urdu, Tamil dll.
Gunting rambut lagi bagus, gunting tumbuh, gunting tumbuh..kalu dikait dengan duit tak la dah habih baru datang lagi macam cukur janggut tadi hehe. Bila gunting, kepala jadi lega tak rimas, jadi kemas dan rambut akan tumbuh, bulan depan panjang balik. Maknanya dalam hidup yang lama akan diganti yang baru dan misi tetap sama dan diteruskan. Tapi bab sama dan konsisten ni payah nak ujud kalu nak disamakan rambut tumbuh dengan manusia. Mungkin ada yang 'nonge' aje, istilah sekarang 'buat deq' aje, dan ini mungkin boleh berjaya dalam hidup la walaupun ramai yang ngukngap di belakang2.

Rabu, 21 Oktober 2009

Kesibukan dan cabaran


Adakala kita banyak masa terluang, tak banyak cabaran dan dapat hirup udara dengan tenang. Namun begitu ada kalanya segalanya berubah. Dalam satu masa semua benda nak buat, seolah2 esok tiada buat kita. Dulu masa buat part time master, alangkah seksanya...hal di opis, di rumah, adik beradik. sedara mara, kawan2 dan masa sama supervisor pun kejar juga.


Ada orang tak setuju masa itu emas, sebab emas boleh dibeli. Masa beredar dan tak leh gostan balik. Bila dalam suasana serba kelam kabut, teringin sangat saat dan tika pabila segalanya berlalu dan ketenangan menjelma.


Para ustaz dah kata, ketenangan abadi hanya satu....Ingatlah Allah...dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang !

Ikan dan sawah

Besonye ikan kome...



Sawah padi di Kedah ketika ini 20Okt 2009

Sabar kah kita?

Kadang2 bila ada orang ditimpa musibah, kita cukup pandai beri kata nasihat. Tapi adakalanya bila tiba masanya kita pula yang kena, bagaikan hilang kata2 nasihat yang pernah dan memang keluar dari mulut kita. Kerana apa?
Adakah kerana kata2 orang dulu...'Kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak pula' atau tiap orang ada lebih ada kurang?

Selasa, 20 Oktober 2009

Naik burung ke plane?


Masa gi Perlis baru ni gi pun cara adhoc jadi naiklah bas dua tingkat bergelar 'Doyan bughung', dari Bastand Jalan Reko, Kajang. Dah RM49 sehala, perjalanan agak lama gak bertolak 9am sampai Changlun 5pm. Lamanya...nape?


Mau tak lama, benti kat Pudu aje lebih sejam. Benti Rawang isi minyak, R&R yang tak de kedai dia benti, masuk Bagan, benti pulak Gurun, masuk Sahab dan kua balik highway. Disebabkan bas pun benti Changlun, aku pun turun dan telefon Amir, sepatutnya turun Kangar. Lapar usah dikata la.Pekena nasi dan tetarik dulu kat kedai mamak seberang bastand Changlun. Baru lega. Telefon Nuar Tg Genting ajak minum sekali tapi dia tengah sibuk urus kenduri.


Sempat gi tenguk rumah baru Amir, memang besar dan murah semi D kat sana tak sampai 200k. Malam tidor kat Mata Ayer, rumah mak angkat. Alhamdulillah dua2nya sihat macam biasa.


Perjalanan balik pula naik AirAsia plak dari Kepala Batas, RM120 sebab tak dapat yang murah betul punya. Azmi, Amir dan anak2 Mi hantar sama. Airpot baru, naik plane pun on time dan selesa. Walaupun tak de minum2 macam MAS tapi selesa dan selamat sampai kt LCCT dekat 7pm sebab hujan, plane kena berlegar2 dulu. Dari udara sebelum mendarat, ternampak betapa banyak bukit2 gunung2 digondolkan, betapa rakusnya manusia ya. Aku pun bila tenguk terus berkata2 dalam hati macam pro pencinta alam plak. Kerajaan kena pantau ni agar tak melarat nanti.


Balik rumah lalu Jenderam terkenang journey pergi balik ke Perlis. Pergi naik bas 2 tingkat macam masa gi berjalan di Boucharts Garden, Victoria, Kanada dulu. Tapi yang ni bas je canggih tapi timing, keselesaan penumpang out..poociit! Ni lah masalah di Malaysia, kita mampu sedia benda2 tercanggih atau sama canggih dengan negara lain, tapi mentaliti tetap zaman dulu kala. Balik naik plane atau belon kata orang Kuching, walaupun dikategori agak murah, tetapi selesa dan on time. Lagipun naik plane pun dah macam naik bas Foh Hup je sebab ramai dah naik. Tony Fernandez kata 'Now everyone can fly'...maknanye yop bukan bughung je boleh teghobang!


Hasil maksul bumi Allah


Dulu mula tanam ramai yang tegur, mau ke hidup pokok atas tanah berbatu? Dalam hati aku, janganlah bagi makan batu. Dengan ilmu pertanian dan pengalaman mengikut arwah bapa ke kebun dari kecik lagi aku tanam pokok2 buah di seberang jalan mengikut gaya arwah bapa. Gali lubang dalam2/luas dan bubuh sampah2, rumput2 dalam tu, bila kering bakar. Pastu baru campur tanah dan tanam rambutan. Dalam 2 tahun setengah dah berbuah.


Lani dah hampir 18 tahun berlalu dan pokok rambutan itu setia mengeluarkan hasil dan menjadi rezeki ramai.

Perlis revisited
















Diam tak diam dah jadi anak angkat Tn Hj Abu Seman Abdul & Hajah Noriah Ariffin Kg Kersik, Mata Ayer, Perlis lebih 33 tahun. Kira Amir anak bongsu depa yang dah jadi pensyarah UUM masa tu belum lahir lagi lani pun dah 31 tahun. Apa pun dalam kehidupan seharian, ada kala yang bukan sedara mara boleh jadi lebih rapat lebih akrab dari sedara mara sendiri. Dapat juga jumpa Mak Dah, adik mak angkat yang baru sembuh dari sakit.


Mata Ayer ada sikit perubahan, jalan makin sibuk dan rumah2 dan kedai2 hampir gate keretapi dirobohkan bagi membina jejantas. Bapa angkat makin sihat, pagi petang pergi tabur benih/baja di bendang. Seronok tenguk pokok naga benih Prof Abu yang hidup subur dan berbuah tu.


Dua malam di sana dapat mengembali nostalgia lama. Kawan lama, cikgu Aziz Mustapa tak de dah pindah dekat UiTM dan ada urusan di Penang. Zakaria Man jadi pensyarah di Univ Petronas Tronoh. Pergi tenguk rumah Hisham tapi dah kosong, dikhabarkan rumah tu akan dirobohkan. Hadiah AlFatihah buat arwah cikgu Selamah Yahya dan abang Hisham yang baru meninggal dunia.


Dapat juga makan ikan keli bakar Restoren Pokok Sawa sebelah rumah mak angkat tu..sedap yop!Tak hanyir langsung. Dapat juga jumpa Hadi Tandop dan En Zul bos ladang UiTM. Bila tenguk balik kampus, memang nostalgia muda trangtangtang dulu terimbas kembali. Cuma bezanya banyak bangunan baru dan students pun lawa2 dan smart2 bertali leher setiap hari Isnin. Dulu kita orang bese2 je maklumlah DPIM..selalu peluh, busuk kerja ladang tapi akhir kalam paling senang dapat kerja. Teringat zaman aku, Guthrie mai naik heli interview. Aku n Roc yang dapat. Puan Juanita Khir Johari yang interview.Aku dapat 5 kerja sebelum habih belajar. Tapi aku kurang minat kerja dalam estet. Atau mungkin rezeki aku dah ditetapkan lagu ni???

Sabtu, 17 Oktober 2009

Ubah nasib


Ada pesanan Nabi dahulu yang menyarankan kita agar berusaha untuk mengubah nasib supaya dapat dipertingkatkan...'Nasib sesuatu kaum tak akan berubah melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya'. Ada juga pesanan, 'Tidak berubah takdir melainkan dengan doa'. Jadi penting berusaha dan berdoa, agar kejayaan dapat diperolehi.


Hari ni amat bersejarah buat aku. Setelah hampir suku abad setia, aku perlu berusaha mengorak langkah untuk mencuba nasib di negeri orang. Berkhidmat dari zaman muda remaja bagaikan ketika itu pohon menghijau hinggalah kini pohon kian geronggang....Allah jua yang Maha mengetahui apa akhirnya nanti, apa yang baik di depan dan di belakang kita!

Caci mencaci


Tadi ada member forward email bab caci mencaci ni. Kebetulan email asal dari kawan yang pernah ada hal2 kontroversi. Tau2 ajelah kat opis, pantang ada hal sensasi, dah tentu panas. Bab caci mencaci ni amat terkenal dikalangan kita orang Melayu, tak taulah sebab apa. Adakah banyak sangat masa terluang, atau memang suka tenguk dan bercakap sesedap hati.


Dari mata turun ke hati, memanglah bila tenguk terus nak mengata. Bukan dari mata terus ke otak dulu, fikir dulu..hehe. Mulut pintu perut sebab tu orang yang busuk perut, mulut pun lazer semacam je. Tak kiralah di depan orang atau pun mengata di belakang2.


Agama mengajar kita jangan jadi macam tu. Email, sms, kutbah, pesan ustaz/ustazah dari dulu, kini dan selamanya benda yang serupa tapi masih berlaku dari dulu, kini dan selamanya. Nape? Entahlah, yang pasti Tuhan sediakan syurga dan neraka. Dah tentu ada sebabnya.


Bak kata Nabil, "Lu pikirla sendiri !"


Khamis, 15 Oktober 2009

Kenangan Kursus pengurusan OIC


Dunia tanpa sempadan...tulah istilah zaman siber ini. Teringat masa kursus pengurusan negara2 OIC dulu di Open Universiti KL. Ramai perwakilan dari negara luar termasuk Palestin, Afrika, Turki, Indonesia, Pakistan, Maldives dll selain negara kita. Bila ada grup discussion, paling ketara betapa susahnya nak dapat kata sepakat diantara perwakilan negara2 Arab. Tak hairanlah mungkin OIC bukan lah senang untuk ditangani juga.
Apa yang menarik, KP Pendidikan Saudara Fahoum menceritakan di Palestin, anak2 pergi balik sekolah di celah2 peluru. Kalau dapat balik hidup, sihat itu kira oklah..kadang2 ada yang tak balik langsung, ada terkena tembakan atau sengaja ditembak pihak zionis. Tapi itulah kehidupan. Dia berkata kalu diberi pilihan dia nak jadi warga Malaysia, negara aman damai dan memperjuangkan nilai2 Islam dalam kehidupan dan pentadbiran negara. Tapi dia perlu berada di Palestin untuk bersama2 rakyat yang memperjuangkan hak di tanah air mereka yang makin hari makin mengecil.
Setiap tahun wakil dari Pakistan, Dr Kidwal tetap rajin menghantar ucapan Aidil Fitri. Maka terkenang kembali semasa dalam kelas dan interaksi bersama dalam tugasan yang diberikan. Kenangan indah bila aku diminta membaca doa di akhir kursus, mulanya aku kata Mat2 Arab ramai lagi lancar dan fasih. Tapi pihak atasan penganjur kata kita nak yang Melayu, jadi tuan haji la...Selesai program terus solat Jumaat di Masjid Negara. Memandangkan saf di depan bersama para menteri, selesai solat bagitau rakan2 dari negara luar, 'u know who sits beside u?'..I don't know..."Well, he is the Minister of Higher Learnings!". Lepas tu sorang2 merungut..."Why don't u tell me???".
Kami sempat melawat SIRIM, MPOB, MU dan MARDI dalam sesi lawatan.

Ubat, penawar dan penyembuhan


Ubat dan penawar merupakan bahan untuk diguna ke arah penyembuhan. Tapi dadah pula yang heboh diperkatakan adalah penyalahgunaan ubat ke arah ketagihan/high/lalok dll. Tapi ramai yang masih belum yakin secara sedar/tak sedar semua itu adalah bahan atau media saja, penyembuhan sebenar adalah atas izin Tuhan Yang Maha Esa.

Pernah dalam satu tempat pengubatan, orang yang datang akan balik tak jadi berubat kerana orang yang dia nak berubat itu tak ada walaupun masih ramai lagi yang lain yang terer juga boleh tolong mengubati. Tak taulah samada dia hanya yakin pada orang itu dan kurang yakin akan kebolehan yang lain, ataupun dia belum terasa yang penyembuhan sebenar adalah Tuhan Yang Maha Esa, tak taulah.


Bila sembuh, ada juga yang berkata klinik itu baguslah..Dr itu pandailah..ustaz itu terer lah. Jarang2 kedengaran perkataan.."Syukur alhamdulillah dengan izin Allah, aku sembuh bila pergi berubat dengan sipolan sipolan".


Tiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Itu semua sedia maklum. Tapi kita kena usaha juga sebab kita tak tau matinya bila kan.

Rabu, 14 Oktober 2009

Sifu dan homeopati


Bila terjumpa sifu Diploma Homeopathy & Medical Sciences, PPHM Dr (H) Hj Hasan Salleh dan anaknya, sempat berbual tentang ijazah homeopathy yang kini dah ada di Cyberjaya. Ianya dibawah perubatan alternatif. 2 tahun pertama semua pelajar akan ambil basic sciences macam students lain dan lepas tu baru major homeopathy. Berita ini menunjukkan perubatan homeopathy telah diterima secara resmi dan menjadi salah satu perubatan alternatif yang penting juga.

Homeopathy diasaskan oleh Dr Hahneman di Germany dan ianya berasaskan perubatan holistik yang kembali pada sunatullah, dimana yang mendatangkan penyakit, ia juga mendatangkan penawar. Prinsip 'similia similibus currentur' atau 'likes cure likes' ini menggunakan konsep keserasian. Simptom penyakit akan dikaitkan dengan gejala proving pada penawar yang ada. Diantara penawar2nya dibuat dari garam galian, bisa binatang, tumbuhan, nosode, sarcode dll. Penawar homeopathy menggunakan dos yang amat rendah dan tidak membahayakan.

Diserang kerengga




Berita semalam diterima dari team yang buat kerja di Johor terkena serangan dan gigitan kerengga. Yang lelaki tak de masalah la biasa aje. Yang pompuan ni ada masalah la kalu kerengga mula menyerang dalam seluar baju. Kerengga pun tau memilih mana nak serang ya. Mesej diterima 'short and precise'....Diserang kengge, keje siap, biar kulit terluka, jangan hati hj terluka.

Kihkihkih....kesian ada, nak tergelak pun ada.

Program korban 2009 di RPA II Malim Nawar


Keluarga arwah apak mak InsyaAllah akan menganjurkan ibadah korban pada raya haji kedua tahun ini. Keputusan dibuat masa raya lepas dan perbincangan lanjut di rumah BBB baru2 ni. Saudara Adi akan bertanggungjawab dalam urusan pembekalan lembu dan sembelihan, Ina sebagai bendahari, Pak Majid liason officer dengan surau dan jemaah bagi kegunaan peralatan dan tempat. Yang lain2 akan membantu dalam melapah, memotong, mengagih daging, memasak, kebersihan dan yang berkaitan dengannya.


Dicadangkan seekor dulu, tapi tenguk gaya mungkin 2 ekor lembu. Bagi sedara mara yang masih berminat, boleh tanya saudara Adi dan Ina. Rm400 satu bahagian termasuk kos masak memasak dll.


Program ni dah lama dicadangkan tapi tak bergerak. Kali ni InsyaAllah jadi. Selain agihan daging, dicadangkan masak sup tulang, kari daging dan nasi putih untuk jamuan ramai.

Taubat

Ada orang kata tau buat...ada kata buat dulu dah tua nanti taubatlah. Tapi dalam agama kita digesa agar selalu cek balik diri kita. Kalu salah, cepat2 bertaubat baik dosa kecil mahupun dosa besar. Rahmat Allah mengatasi segalanya. Mengenang cerita ustaz dulu tentang kisah dulu2, ada seorang pelacur boleh masuk syurga disebabkan bagi anjing yang kehausan minum air. Dan walaupun Abu Talib itu bapa sedara nabi, dia juga tidak dapat diselamatkan untuk mati dalam iman.Dua senario yang kontradik tapi mempunyai makna yang amat mendalam. Bak kata lagu Raihan, 'iman adalah mutiara' dan 'bukan diwarisi'.

Budaya membaca kurang di kalangan kita


Kalu diperhatikan di negara ini, jika kita naik kenderaan awam, tak ramai yang menghabiskan masa dengan membaca. Mungkin surat khabar, majalah, novel, buku cerita, dll dimaksudkan. Dan mungkin juga ramai di kalangan kita baik muda, tua, peringkat kecil hingga veteren lebih membedik menekan handpon dari membaca. Ini jauh berbeza dengan budaya di negara2 maju. Apabila aku dulu menaiki BC Transit, samada bas, tren atau feri, dimana jua berada ramai yang membaca.


Tapi satu yang jelas juga adalah jualan buku terpakai yang amat murah sama ada garage sale, booth sale, summer sale dll. Ada kedai yang menawarkan pembelian buku2 terpakai yang akhirnya di'bundle'kan dan dijual dengan harga yang murah. Budaya membaca ni amat baik, kita tenguk anak2 Mat Saleh di usia masih muda pun berupaya bercakap, berbincang dengan cara yang ilmiah atau knowledgeable. Kita lebih suka membaca benda2 yang sensasi misalnya cerita artis, skandal, kes2 mahkamah, jenayah dll di akhbar2 dan tabloid. Di negara maju juga banyak terdapat surat khabar/majalah yang disponsor baik untuk tujuan amal, kesihatan, mesra alam/green peace dll.


Ada yang kata budaya membaca mesti diterapkan dari kecil lagi. Ada yang kata perlu dimulakan dari rumah, sekolah dan tempat orang ramai. Dalam agama Islam, belajar ilmu agama seeloknya berguru kerana dikuatiri akan tersasar jauh dari pangkal jalan. Dalam dunia yang makin canggih misalnya di negara kita, masih ada juga lagi ajaran sesat, ada yang mengaku nabi Melayu lah dan yang paling menyedihkan ada juga yang terang2 membela tanpa segan silu di kaca TV. Seperti digambarkan dalam AlQuran, Allah SWT amat mementingkan ilmu dan membaca...ingatkan balik ayat pertama..... Iqra'.....


Semoga kita semua mula rajin membaca ilmu2 yang berguna, InsyaAllah.

Minta maaf dan memaafkan

Rata2 kita ada buat salah, silap mungkin perbuatan, mungkin juga perkataan. Ada yang terguris, ada yang tersinggung, malahan banyak yang ter ter lagi..apa pun tak sume orang senang2 boleh minta maaf dan memaafkan. Ada orang buat deq aje walaupun jelas dan terang2 bersalah pada orang lain. Ada yang belum tentu bersalah tapi gerak hatinya sensitif macam peak GC boleh detect bahan yang sedikit pun. Ada pula orang minta maaf tapi tak dimaafnya, atas alasan akan dituntut di akhirat nanti. Tapi tak tau la masa kat akhirat nanti ada masa ke nak tuntut, masa tu kan sibuk banyak dijawab, ditimbang lagi.
Ada juga yang dah boring sebab yang buat salah minta maaf, esok lusa buat lagi kesalahan yang sama atau tambah lagi.
Apapun bak kata rakan sekerja aku, Mat Saleh yang dah kira senior citizen, yang dah balik ke negeri asalnya..."To err is human, to forgive is divine!" ada logiknya.


Akhirnya minta maaflah macam dalam video ni.......kan senang!


Di kala senja

Bila mentari terbit
Di pagi hari
Ketika itu masih kuat bertenaga
Yang itu kah dikata masih muda?

Bila mentari tegak di kepala
Terasa bahang dekat sekali
Masa tu tak kisah sangat
Yang itu kah dikata usia remaja?


Bila mentari condong ke barat
Kepala penat mengantuk pula
Masa tu semua nak diambil kira
Yang itu kah dikata dewasa?


Bila mentari mengufuk senja
Hati pula tertanya2
Yang inikah dikata
Usia kian senja?
BBB 14102009

Yang hitam itu menawan, yang merah itu garang


Bila dengor orang putih kata, 'black is beauty', tenguk sekarang banyak kete hitam diminati ramai. Apatah lagi yang membawanya anggun bergaya. Sebenarnya kalu dah berkenan sumenya lawa dan cantik belaka. Ada orang hitam tapi putih hatinya, ada orang putih (kulit putih, bukan mat saleh) hatinya hitam, ada gak orang putih hati pun putih dan paling malang tersangat malang, hati hitam orang nya pun hitam beb!


Ada juga suka merah, lipstik merah, baju merah malahan baju sua dalam pun merah. Ada ong kata deme, tak tau la..kalu tak pakai apa memang tak ong la..sial kata orang ramai. Apa pun warna, kelembutan keikhlasan, tiada hidden agenda itu penting. Masalahnya sekarang terlalu ramai oportunis, yang hanya rapat bila sesak dan lari bila senang. Kalu adik beradik seperut tu kira lain la buruk baik tetap satu rahim ibu.Ni kes2 tenggelam timbul ni.


Bab garangnya ni kalu bini lah..di opis kita gelor KDN. Maknanya kalu KDN ok, banyak urusan lancar, kalu tak sikit sangkut. Sebab tu kalu adik beradik ramai pompuan banyak hal terutama soal duit senang buat keputusan. Kalu yang ramai adik beradik lelaki, keputusan konsensus jarang2 dapat diputuskan segera. Mungkin ada nak bincang atau minta kelulusan KDN dulu. Walhal duit sendiri yang cari, bukan bapak mertua yang cari. Apa pun keadaan tiap yang garang ada kelemahan atau anak kuncinya. Yang menawan akan lusuh juga, yang kekal hati budi masing2. Mampukah kita manusia terus hidup berpura2 sepanjang masa, 'gelut' kata Enal King, kawan dari Permatang Manggis dulu. Ada orang mampu berkawan lagi walaupun terpisah hampir suku abad. Adakah mungkin berlaku jika tiada keikhlasan dalam hati dalam persahabatan?


Gua tanya lu...lu kena jawab la beb!

Malu bertanya sesat jalan


Ada orang tak suka bertanya, jadi kadangkala tersesat tersasar entah ke mana akibat dari sikap menonongnya. Ada gak yang suka bertanya di mana jua berada, terutama yang ditanya cun giler. Orang dulu2 memang pesan dah jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Tapi zaman lani nak bertanya pun kena betul gayanya.

Pengalaman paling menyakitkan hati aku adalah bila aku dengan sifat prihatin aku ternampak salah seorang mamat senior tempat keje aku tengah menahan dada mungkin sakit di depan pintu opisnya. Aku cepat2 tanya, 'Apa kena?Sakit ke?'...jawapan yang diberi memang memeranjatkan..."Awak jangan tanyalah hal peribadi saya!!!' Oooolamak, sombong dan bongkaknya dia, kata aku dalam hati. Tak tau la macamana sehingga sekarang Tuhan masih belum izinkan hati dia lembut hingga sekarang. Mungkin cara itu ia rasa bahagia, biarlah.Aku difahamkan dia banyak bergantung pada ubat juga tapi gaya macam tak sakit di mata ramai.


Cara, tempat, situasi nak bertanya pun kita kena belajor yop. Dalam kehidupan seharian, kalu kawan rapat memang g2 g2 je. Tapi untuk yang kurang rapat tentu banyak kena tapis. Pengalaman aku selama hampir suku abad bekerja, ramai yang datang minta nasihat baik dari segi kerja, sosial, agama, perubatan, keliwon malahan benda2 yang segan disebut...SE_.


Paling tidak ada gak gunanya kita di dunia ini..betui dak yop? Di opis, ramai pelapis bos2 adalah rakan2 lama yang rezeki murah dapat sambung belajar terus dari dulu. Aku kurang bernasib baik, macam lilin gak terang yang lain, diri sendiri hampir habis. Kini satu demi satu bahagian tubuh aku di kerobek dokter, kadang2 makin lega tak kurang juga lepas tu dapat masalah baru. Apa pun bak kata bekas bos India aku dulu,'Dalam hidup itu masalah mesti ada...itu SABAR juga mesti mau ada!'.


Dah Isyak yop yong..baik kita ngadap Dia dulu, sebelum kita diperintah mengadap Dia plak nanti.


Pikior2 le kome!