Khamis, 2 Disember 2010

My return


Dah lama tak menulis dalam blog ini. Mungkin tumpuan masa lebih kat fb yang ramai interaksi sesama kengkawan baru dan lama. Dalam suasana kerja yang memerlukan memikir itu dan ini, ada kala kita terlepas pandang. Dulu semasa ditimpa musibah, duk rumash banyak masa menulis dalam blog ini. Kini diam tak diam dah masuk bulan terakhir tahun ini. Tak lama lagi ramailah yang buat azam baru untuk menghadapi tahun baru yang lebih mencabar. Bagi yang makin berumur ini, mampukah menjadi think tank sebaik mungkin? Dalam mengejar habuan duaniawi, ramai yang terlepas pandang. Ramai yang masih mengejar benda yang belum pasti walhal Tuhan dah janjikan ganjaran yang berlipat ganda kalau ikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan takat melayu saja mudah lupa...malahan sesiapa aje. Sebab tu kita disarankan agar saling ingat mengingati walaupun ada yang tak gemor diingat2kan berkali2...