Ahad, 30 Mei 2010

Wajah2 Azim dalam kenangan...




Walaupun baru 4 hari beliau meninggalkan kita buat selama2nya, potret beliau yang ada mengimbau nostalgia buat kita semua...

Al Fatihah buat arwah Muhamad Azim Majid


Jumaat 28Mei 2010 pada jam 1120am, arwah Ajim anak sedaraku selamat dikebumikan di Malim Nawar, Perak. Arwah Ajim yang dikenali sebagai budak berani dan kreatif telah pergi meninggalkan kita semua dalam usia yang begitu muda yakni belum cecah 11 tahun lagi.


Pemergiannya sudah pasti dirasai oleh familinya, sedaramara, kawan2, guru2 dan sesiapa yang mengenalinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan beroleh ketenangan abadi.


Al Fatihah....

Ahad, 2 Mei 2010

Taiping revisited

Semalam setelah lama di Bt Merah Laketown, anak2 pun puas mandi manda dan naik kete kebel, terus ke Port Weld atau Kuala Sepetang pekena mi udang beso RM12 sepinggan. Oklah dalam 6-8 ekor udang sepinggan. Betul kata kawan sebelum tu mi goreng lagi sedap. Terjumpa lak Tn Hj K IRED dan famili di situ.
Berehat di Seri Malaysia agak selesa,cuma anak2 hari ni baru dapat mandi kolam. Semalam depa tak cuci lagi. Taiping malam semalam tak sibuk. Keluar malam pergi tenguk nite zoo, RM16 dewasa dan RM10 kanak2 bawah 12 tahun. Oklah naik trem round2 tgk binatang tu malam2. Oklah agak seronok tenguk gelagat binatang malam seperti kongkang, harimau, harimau bintang.Tapi dah tak banyak binatang sana. Mungkin kos penyenggaraan zoo agak tinggi sebab tu harga tiket masuk agak tinggi juga. Cuma suasana malap tak ceria di sana.
Selesai pekena kuitiaw, bege terus balik. Yang jelas ternampak tersergam je penjara Taiping ni. Mungkin pagi ni anak2 terjun kolam dulu, pastu ronda2 lake garden sebelum balik BBB dan ke Melaka. Tak banyak berbeza Taiping dulu dan sekarang. Lalu area hospital dekat pasar hijau, teringat rumah bos yang kini didiami adiknya.

Hari yang panjang

Awal pagi breakfast buffet di Bt Merah Lake Town (BMLT) bersama famili n kengkawan. Malam semalam diner pun meriah. Diam tak diam dah 10 tahun agensi ku digabungkan. Hari ni kemeriahan anak2 dan kengkawan mandi manda di BMLT dan naik kete kebel. Ada juga kengkawan dah sekian lama tak jumpa..rambut pun beruban penuh dan ada yang dah berubah bentuk badan.
Dapat juga menemani Nadhirah yang nak tenguk nite safari. Macam yang dikatakan oleh teman dari Selekoh, Perak...zoo dah tak banyak binatang tinggal. Sempat gak pekena kuitiaw dan mi udang utara ni. Malam cepat malap mungkin Taiping ni macam tu atau malam hari Ahad macam tu.
Esok balik Bangi dan terus hantar Taty ke Melaka pula. Minggu depan ke Arau pula. Hari ni memang meletihkan. Tak heranlah ada yang terlena atas pelampung tadi hehe...