

Sepanjang minggu ni dan lepas, ramai berkunjung dan terlibat dalam urusan perkahwinan Nana. Begitu juga dengan bulan Syawal, ramai yang menjemput beraya dan bertahlil. Dulu hanya tertumpu tahlil di kubur saja, sekarang mudah, kuorum dah ada untuk buat tahlil bila2 ada perjumpaan keluarga. Kita juga dapat menziarahi Yop Tan sekeluarga apatah lagi dia baru dapat cucu pertama. Sesuai dengan namanya, 'Ilham' memang banyak memberi ilham bagi kita untuk menilai dan menikmati nikmat bersaudara. Kita tak tau umur kita panjang mana, jadi tengah hidup nilah nikmat bersaudara ni perlu dipupuk dan dibaja.
Mak Cu contohnya dapat mengumpul anak cucu/menantu dalam apa jua program dari masa ke semasa. Makecik pun. Semua ini ingatan bagi kita untuk meneruskan hubungan silaturrahim walaupun Pakecik, Ayah Cu, Ayah Cik, apak, mak dll dah lama meninggalkan kita buat selama2nya. Hadiahkan Al Fatihah untuk mereka semua...Al Fatihah!
