Isnin, 12 November 2012

dah pukul 517am br soh x de bunyi mercun lg...agknye dh hbih sume megholoh suasana pun aman tntrm. smlm kt opis ramai berbual hal saman AES....kedudukan psg kamera dan saman yg diswastakan. ramai yg membantah kecuali ade beberapa kerat yg menyokong atas prinsip pribadi dan sokongan pd pemerintah. memang pun a very good bsnes...bw lebih 70km/hr pun ade tmpt dh kna candid kamera. elok juge yg kt selangor dikivkan dulu. .menjelang PRU ni mcm2 isu akn timbul dan kedua pihak pasti akn guna isu yg ade utk menarik sokongan. zmn mklumat di ujung jari ni org dh x dngo ckp, deme nk tgk sendiri, pikir sendiri. tiap org ade pndgn berbeza tp semua tu x menghalang membantu memajukan negara ini akhirnya dan memelihara ketenteraman awam. hari ni semua bercuti deepavali dan tiap org ade program masing2...x kisahlah yang penting kite terus hidup aman damai, bersyukur seadanya.
assalammualaikum dh sekian lame x tgk blog ni...ble sahabatku rohim bercdg nk buka balik blog dia..tmn pun teringat balik blog ni..apatah lg td terjage tdo bunyi mercun mcm mesin gun bertalu2 ..ni dh dkt 1 pagi. pas subuh dh nk g ambik kakcik...ank k4 yg minatcbenor program belia gi sane sini. minggu ni cuti berselangseli dgn keje...mase yg baik merapatkn hubungn ank isteri...ade yg bercdg nk g mndi laut nnti..tmn boleh aje

Sabtu, 23 April 2011

Kembali ke blog

Agak lama juga x berkesempat menulis dlm blog ni. Byk isu-isu semasa yg boleh dikomen tp disebabkan senario semasa yg x ketahuan, minat memblog pun terbantut.Kecelaruan dlm info dan reaksi pembaca dlm akbr n media masa byk menunjukkan betapa belum bersedia lagi masyarakat kita berfikir secara rasional dan ilmiah. Seringkali ramai yg dibawa arus emosi semata2...

Khamis, 2 Disember 2010

My return


Dah lama tak menulis dalam blog ini. Mungkin tumpuan masa lebih kat fb yang ramai interaksi sesama kengkawan baru dan lama. Dalam suasana kerja yang memerlukan memikir itu dan ini, ada kala kita terlepas pandang. Dulu semasa ditimpa musibah, duk rumash banyak masa menulis dalam blog ini. Kini diam tak diam dah masuk bulan terakhir tahun ini. Tak lama lagi ramailah yang buat azam baru untuk menghadapi tahun baru yang lebih mencabar. Bagi yang makin berumur ini, mampukah menjadi think tank sebaik mungkin? Dalam mengejar habuan duaniawi, ramai yang terlepas pandang. Ramai yang masih mengejar benda yang belum pasti walhal Tuhan dah janjikan ganjaran yang berlipat ganda kalau ikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan takat melayu saja mudah lupa...malahan sesiapa aje. Sebab tu kita disarankan agar saling ingat mengingati walaupun ada yang tak gemor diingat2kan berkali2...

Ahad, 12 September 2010

Bakor di sana sini

Hujung Ramadhan dan minggu raya ni dapat berita mengejutkan dari Bintulu, sahabatku Rohim kehilangan blok tempat tinggal dan segala yang perlu buat dirinya dan majikannya setelah blok tersebut hangus terbakar. Pada raya ke2 pula rumah asal clasmate lama di Methodist Malim Nawar juga hangus terbakar. Dan berita paling trajik pula keluar dalam TV dan surat khabar memberitahu jutawan kosmetik dan 3 lagi mati dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai di Tanjung Sepat.

Bila terdengar 2 berita mula itu, terasa kesian kerana kami juga pernah merasa saat2 seperti itu di mana rumah asal di kampung tempat berkumpul semua adikbradik sedara mara hangus dalam waktu yang singkat. Namun begitu berita hambaAllah2 dibunuh dibakar dan abu dibuang, sukar untuk diterima apatah lagi Malaysia kian menuju negara maju 2020, matlamat 1Malaysia, menjadi negara orang Islam contoh pada negara2 luar.

Namun begitu, dalam hidup macam2 boleh berlaku.yang potong kepala bapa pun ada tapi itu kes kurang siuman. Apa nak jadi tak tau la..dulu kes Mona Fendi potong 18 pun kecoh berhari2 tapi las2 ketiga2 terlibat mati digantung. Polis sedang menyiasat lagi dan kita tunggu dan lihat..apa pun kita berharap sooner or later the truth will prevails....

Rabu, 8 September 2010

Di kala kanak2 dulu...



Teringat semasa membawa anak2 berjalan2 ke Zoo Hulu Kelang suatu masa dulu lebih kurang 16 tahun dulu, walaupun macam2 binatang, trem, ikan itu ini ada, anak2 tetap nak kan aiskrim. Samalah semasa pergi Cameron highlands pun, walau pun pergi tenguk strawberi las2 depa gi kedai bli aiskrim juga. Agaknya 'craving for ice' ni macam dalam klasikal homopati merupakan simptom atau gejala khusus bagi anak2 yang begitu minat pada aiskrim. Di kala puasa ni, bagi yang menenguk terlioq juga kata orang Utara ya...

Bersyukur kita seadanye...


Ramadhan kian sampai ke penghujungnya buat tahun ini. Kita di Malaysia amat bertuah, rezeki ada di mana2, bahkan rakyat kita ramai sakit sebab makan bukan macam di negara lain yang sakit, mati tak cukup makan. Tenguklah pasar ramadhan di mana2 juga..berlambak2 makanan beranika jenis tak kira murah atau pun mahal dibeli orang juga. Ayam golek dah ada RM18,Rm20 seekor. Murtabak yg digelar murtabak Singapore RM8 sekeping! Buah Melaka 6 biji halus RM1. Air kocak kalu bungkus RM2..dah tak de Rm1 macam hari biasa.


Ini hujan lebat dan kilat turun dekat sejam dah, alamat haru lah kali ni peniaga pasar ramadhan. Anak2 ke Shah Alam masing2 nak shoping las kopek. Kueh tak buat tapi ada anak yang tolong beli di Arau. Disebalik berjaga2 berpantang2, bila ada makanan, anak2 pun kata..tak apa sikit aje buat rasa.


Di Pakistan, mangsa banjir dalam kedaifan..berebut2 makanan..sedangkan kita di sini banyak makanan pun ada kala anak2 tak nak makan! Bagi yang dah ada kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang dan lain2 tentulah makanan yang ada takat tenguk gitu hal saja. Betul la kata jiran sekampung yang dah menetap di BBB, katanya...' dulu Mat, aku nak makan macam2, nak beli duit tak ade...sekarang, duit ada, nak makan pulak macam2 tak boleh makan'. Mamat tu gout dll tapi kadangkala makan juga buat lepas gian kata orang.


Apa pun keadaan, kita di Malaysia kena bersyukur seadanya.Negara aman damai, rezeki melimpah ruah. Cuma kita aje yang kena pandai cari dan memanafaatkannye. Hujan tetap turun, dan mungkin akan ada tempat yang banjir.Semalam air tak ada, masalah leacheate masuk ke Sungai Kembong dan paras amonia amat tinggi. Sehari tak de air pun haru jadinya. Masa tak de air lori air entah ke mana, tapi dah ada balik air, mundar mandir pula lori bekalan air... Tak lama lagi dah nak berbuka, ni peha ayam belanda dah menunggu semua yang ada, kita tenguk sape yang kena..hehe kena masak bukan nye kena apa ya.