Ahad, 11 Oktober 2009

Nilai dan nikmat bersaudara




Sepanjang minggu ni dan lepas, ramai berkunjung dan terlibat dalam urusan perkahwinan Nana. Begitu juga dengan bulan Syawal, ramai yang menjemput beraya dan bertahlil. Dulu hanya tertumpu tahlil di kubur saja, sekarang mudah, kuorum dah ada untuk buat tahlil bila2 ada perjumpaan keluarga. Kita juga dapat menziarahi Yop Tan sekeluarga apatah lagi dia baru dapat cucu pertama. Sesuai dengan namanya, 'Ilham' memang banyak memberi ilham bagi kita untuk menilai dan menikmati nikmat bersaudara. Kita tak tau umur kita panjang mana, jadi tengah hidup nilah nikmat bersaudara ni perlu dipupuk dan dibaja.


Mak Cu contohnya dapat mengumpul anak cucu/menantu dalam apa jua program dari masa ke semasa. Makecik pun. Semua ini ingatan bagi kita untuk meneruskan hubungan silaturrahim walaupun Pakecik, Ayah Cu, Ayah Cik, apak, mak dll dah lama meninggalkan kita buat selama2nya. Hadiahkan Al Fatihah untuk mereka semua...Al Fatihah!

1 ulasan:

  1. ayahanda teman selalu pesan org dulu2 kalau tau ada hubungan sedara jer biler ada apa2 hal ke kenduri kendara meriahnya semua datang. Kata dia lg skrg ni org dah tak ambik berat hal tu lg,antara adik-beradik pn kalau ada apa2 hal jarang yg dtg semua,mmg semua org ada hal tp sekurang2nya tetapkan keutamaan dan tahu nilainya...Itu kata dia. Skrg lain plak org kata baik buat baik dengan kawan2 dari adik-beradik..Pulak? Tapi teman ttp cuba buat terbaik antara adik-beradik tak kira apa deme nk cakap..Jgn kutip byk sangat takut tak terkendong..Hal kalau nak ikut mmg tak abis tp kdg2 tu mmg dah x bole nk elak..Camana? esp. bila Menteri Kew. tak lulus budget..kehkehkeh

    BalasPadam