Selasa, 5 Januari 2010

Kelas Khas Sri Kampar


Tadi dapat sms, Aizat Yang Pa dapat masuk kelas khas Sekolah Sri Kampar. Di mana2 sekarang orang mengejar sekolah terbaik untuk anak2. Bagi yang dapat sekolah berasrama penuh dan MRSM, maka nampak jelas masa depan mereka dah ada bayang2 kejayaan. Samada masuk secara sah atau melalui kroni, masing2 berusaha agar anak2 berjaya masuk dulu. Berjaya tidak PMR, SPM tak tentu lagi. Kini SMKJ4 BBB sudah dinobatkan sebagai sekolah harian terbaik Malaysia bagi PMR 2009, satu kejayaan yang hebat. Tapi perlu diingat, budak2 yang masuk sekolah itu macam sekolah berasrama penuh juga, 5A UPSR! Maknanya dah disaring dari awal lagi bukan sekolah budak2 cacamerba punya selain dari usaha tenaga pengajar dan PIBG sekolah tersebut. Macam pokok menghasilkan buah lebat lagi bermutu, selain baja dan penjagaan, benihnya dari awal telah disaring secara teliti dulu.


Namun begitu disebalik budak2 sekarang yang serba maju dari segi teknologi, internet, ipod, pandai cut n paste untuk siapkan asignmen, mereka masih ramai yang slow dalam kemahiran hidup. Kurang berdaya saing, kurang berinteraksi, kurang membaca, kurang pengetahuan am terutama ilmu alam dan sejarah. Ramai yang masih mengharap mak bapa untuk mengisi borang malahan membeli PIN untuk permohonan IPTA dll misalnya. Mereka juga kurang peka dengan isu2 emasa. Jadi memang eloklah public speaking dibenarkan di IPTA semula. Biar tercetus minda mereka untuk berfikir secara kritis dan berani menyuarakan pendapat masing2 dengan bukti dan hikmah.


Zaman bengkeng, gedebe, bodoh sombong perlu ditinggalkan dan perlu mengorak langkah ke arah zaman berilmu, berbudi serta bertakwa pada Allah SWT di mana jua dan bilamasa pun. Tidak perlu berbangga2 bersangatan sehingga riak takabur atas kejayaan tetapi bersyukur seadanya dengan kejayaan yang terhasil dengan izin Allah SWT jua.

Surprise kek bezday ke 50







Semasa trening perisian topcon land survey tadi ada break. Rupa2nya ada surprise...cake bezday secret resipi untuk 2 senior citizen kami. Masing2 50 tahun dah tahun ni. Depa selebret awal ni. Apapun pembelajaran civilcad juga lebih laju di kalangan staf muda2. Apa pun kelas agak ceria dan berlanjutan hingga 530pm tadi.

Isnin, 4 Januari 2010

Pneumonia mampu membunuh


Bagi pesakit pneumonia, dapat menghirup udara seperti sediakala amatlah berharga. Apatah lagi mereka2 yang diserang buat kali kedua dan seterusnya. Adakala antibiotik perlu dimakan, adakala untuk lebih efektif ianya perlu disuntik. Ada antibiotik yang diambil 1000 mg sehari selama 5 hari untuk menyembuhkan penyakit yang dibawa oleh Krepsiella pneumoniae ini. Nikmat yang Tuhan beri tak perasan dan hanya terasa bila ditarik balik. Betapa berharganya oksigen kurniaan Illahi dan udara yang dapat disedut setiap hari..free aje plak tu ye.

Latihan alat survey tanah TOPCON







Minggu ni staf lab sama2 hadir sesi latihan penggunaan alat survey tanah TOPCON. Hari ni hands-on di bangunan pejabat Topcon Ampang Hilir, diikuti 3 hari di HQ dan sehari di ladang Teluk Intan pada hari Jumaat ini. Tidak seperti alat lama, ianya canggih dan dapat memberitahu nilai sebenar jarak, ketinggian, sudut ketinggian dll sesuatu target dengan cepat dan tepat. Di sokong pula oleh perisian yang membolehkan pengolahan data seterusnya. Contoh pemandangan dari atas KLCC turut dibincangkan.

Sabtu, 2 Januari 2010

Ramai peminat nasi Arab rupanya


Ble dah lapar sangat, barulah sesuai pergi makan kat Resatoren Saba Cyberjaya. Sebab apa? Sebabnya nasi arab yang saiz kecik pun banyak, apatah lagi yang pinggan besar. Lamb n Chicken Kabsah atau grilled memang menyelerakan tapi tak mampu habis seorang kalau tak lapar betul. Ramai pengunjung tadi, penuh kedai, sape kata orang2 tua tak makan kambing? Minuman Barbican pic dan epal jadi pilihan hari ni. Habis makan naik kereta, hujan turun dengan lebatnya. Sedang elok kata mem...atau langkah kanan kata yop. Apa pun hajat Nadhirah nak pergi jalan2 ke Univ Lim Kok Weng tak kesampaian sebab hujan terlalu lebat, jalan pun tak berapa nampak. Tapi di BBB rupanya elok kering kontang walaupun awan kian berat.

Foto-foto nostalgia








Semasa mengemas semalam dan pagi ni terjumpa pula beberapa foto dan surat tulisan tangan arwah apak. Mengikut cara penulisannya, ianya detail, tepat dan mudah difahami. Tulisan halus ni mungkin jadi bahan sejarah keluarga kita. Alfatihah buat arwah mak dan apak, dan mereka2 yang pergi terdahulu dari kita...Alfatihah.

ABC bukan abc belajar tadika punya


Bila panas2 haus2 duk tenang2 pekena ABC memang best kan...dulu masa kecik kat kedai tok Idek Cgkat Baru ada ais kepal, ais dimesin, pastu dikepal2 macam bola dan dibubuh perasa, sirap, oren, barli dll...baru 5 sen tapi sedap dan manisnya. Sekarang ABC dah mewah, ada macam2 bahannya, yang special ada aiskrim juga. Tu yang jadi mahal tu. Bagi orang lama, deme nak yang ori punya. Jadi kalu gi kedai kena sound awal2 kalu tak entah saknike benda ada dalam timbunan ais tu..berpinar lak mata nak menghabiskannya. Kat Ayer Keroh dulu pernah kaklong ode air trafik light rm10 segelas, ulamak macam2 ada sampai tak tentu hala rasanya. Memang tak terhabis pun walaupun dikongsi.