Ahad, 28 Februari 2010

maulidur rasul

Tahun ni masih ada lagi yang join berarak Maulidur Rasul. Kalau kat opis, ramai yang nak gi sebab dapat suit baju melayu free hehe...teman tenguk astro ada plak cite Nostradamus decoded cite mamat yang hidup 500 tahun dulu dikatakan pandai meramal apa yang akan berlaku di masa depan..teman tenguk la cite dalam quatrain dia hal ada anti christ ke3 yang bertahta 27 tahun akan tumbang..nama mabus timbul tapi para analisa terbalikkan jadi subam yang b diganti d jadi mamat sadam..ada yg kata osama bush atau mabus tu..ada diramal macam2 banjir gitu gini yg dikatakan global warming..ada yang percaya ada yang tak. Tapi yang pasti kita yang Islam yakin amat sangat pada Rasulullah SAW yang dah lama tahu apa akan jadi di dunia bahkan di akhirat..malahan ditunjukkan macam2 balasan baik dan sebaliknya semasa israk mikraj.
Gitulah zaman ni, macam2 ada..semalam cite mamat ganja pijak terajang anak gerfren dia sampai mati pun ada.Apa jenis samdul la. Tekilan sebab jiran2 tak prihatin dan proaktif. Sepatutnya bila ternampak terdengar cepat2lah repot polis..biar polis kasi slo talk baik sama mamat tu dulu sebelum terlambat.Kes anak haram dan campak merata macam sampah anak haram pun menjadi2 lani.Ada cadang buat tempat jaga anak2 haram tu tapi ada gak risikonya, nanti macam kilang haram pulak kua anak haram banyak2.Kena buat kajian menyeluruh dulu tapi kena cepatlah.
Tak tau lah apa komen Roheng kali ni. Dulu kat sekolah merokok haram, lagilah budak suka merokok. Ni kes anak haram, makin dilarang makin menjadi nampaknya.Tak taulah apa kesudahnya....

Sabtu, 20 Februari 2010

Tulip

2, 3 hari lepas Tati kelam kabut menyiapkan asignmen Tulip dia. Walau pun reka fesyen, dia ditugaskan cari juga fakta2, asal usul, biologi bunga Tulip. Nasib baiklah ada buku rujukan hard cover DK tu, bermacam2 spesies Tulip rupanya ada. Walaupun bunga itu berasal dari area Turki, yang dapat nama adalah Belanda sebab orang ramai tau sekarang di sana banyak ditanam.
Tulip berwarna terang kebanyakannya melambangkan semangat wanita yang tegas, cekal, berwawasan dan berjaya menarik pandangan ramai.
Dah lama juga off menulis blog. Tau2 ajelah hal ehwal resmi tak resmi banyak. Apapun raya Cina baru ni umur pun dah 50. Maknanya dah kutai dah ni. Laluan untuk yang muda2 ambik aleh, namun gitu macam nak buat kari, buat cendul..takan pakai nyor muda manakan ada santan nye..jadi otai pun otai lah..tugasan tetap tugasan...n yg penting URGENT !!!

Khamis, 11 Februari 2010

Menjelang angka 50

Tahun ni agak membanggakan, bezday gua dirai bersama oleh seluruh orang Cina..ya la 15feb raya depa. Bagi bintang aquarius yang terkenal dengan lambang 'water bearer' ni macam tau2 je bila umur meningkat gi buang air pun selalu hehe...apa pun umur kian meningkat, peel orang tua dah mula ada. Cepat sayu, sedih, tak berkederat, mikir hal anak2, gitu gini. Apapun hari ni semua anak2 InsyaAllahj akan balik. Amin sekejab lagi sampai dari Kok Lanas. Malam nanti Taty dari Melaka, Kaklong dari Shah Alam. Cadang esok balik kejab Malim Nawar, nak tanam pokok buah2an kat Cangkat Kobo, tanah yang baru diterang dipagar baru2 ni.
Semalam kat opis ada member email 7 habits cite ciri2 orang yang berjaya dan efektif..banyaklah yang bagusnya tapi dalam budaya kita teori bolehlah sebab selagi kita makan nasi, minum air, hirup oksijen kua karban dioksid, kita tetap manusia dan manusia terdedah pada pilih kasih, pilih bulu, pilih selera, mudah mengiyakan yang selari dengan selera walaupun tak tentu hala dan menidakkan yang tak selari dengannya walaupun ianya benar dan baik seadanya.
Dalam menyenaraikan semua ciri2 baik dan buruk, rata2 orang kampong pun tau. Contohnya:
Ciri2 mulia:
  • Rajin
  • Proaktif
  • Amanah
  • Cekap
  • Jujur
  • Berfikiran positif
  • Tak merungut
  • Sabar
  • Bersedia menerima arahan dan teguran
  • Semangat sepasukan
  • dll

Apa pesan orang dulu2?

  • Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali
  • Belakang parang kalu diasah lagikan tajam
  • Melentur buluh biar dari rebungnya
  • Ular menyusur akar, takan hilang bisanya
  • Hendak seribu daya, tak nak seribu daleh
  • Berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian
  • dll

Mengapa 7 habits tak dapat dilaksanakan?

  • Personal interest
  • conflict of interest
  • hidden agenda
  • tidak ikhlas
  • tidak amanah
  • tidak prihatin
  • tamak haloba
  • dengki khianat
  • bermuka2
  • tidak ikhlas
  • bila susah ingat kawan/staf, bila senang lupa
  • seperti enau dalam belukar
  • not a good listener
  • arahan bukan top bottom
  • laporan bukan bottom up
  • arahan secara brownian movement
  • pilih bulu
  • tak berani bertanggungjawab
  • tak telus

Moral of the story:

Bersyukur pada Allah, berterima kasih sesama manusia

Ingat di waktu susah, kenang di waktu senang