Khamis, 11 Februari 2010

Menjelang angka 50

Tahun ni agak membanggakan, bezday gua dirai bersama oleh seluruh orang Cina..ya la 15feb raya depa. Bagi bintang aquarius yang terkenal dengan lambang 'water bearer' ni macam tau2 je bila umur meningkat gi buang air pun selalu hehe...apa pun umur kian meningkat, peel orang tua dah mula ada. Cepat sayu, sedih, tak berkederat, mikir hal anak2, gitu gini. Apapun hari ni semua anak2 InsyaAllahj akan balik. Amin sekejab lagi sampai dari Kok Lanas. Malam nanti Taty dari Melaka, Kaklong dari Shah Alam. Cadang esok balik kejab Malim Nawar, nak tanam pokok buah2an kat Cangkat Kobo, tanah yang baru diterang dipagar baru2 ni.
Semalam kat opis ada member email 7 habits cite ciri2 orang yang berjaya dan efektif..banyaklah yang bagusnya tapi dalam budaya kita teori bolehlah sebab selagi kita makan nasi, minum air, hirup oksijen kua karban dioksid, kita tetap manusia dan manusia terdedah pada pilih kasih, pilih bulu, pilih selera, mudah mengiyakan yang selari dengan selera walaupun tak tentu hala dan menidakkan yang tak selari dengannya walaupun ianya benar dan baik seadanya.
Dalam menyenaraikan semua ciri2 baik dan buruk, rata2 orang kampong pun tau. Contohnya:
Ciri2 mulia:
  • Rajin
  • Proaktif
  • Amanah
  • Cekap
  • Jujur
  • Berfikiran positif
  • Tak merungut
  • Sabar
  • Bersedia menerima arahan dan teguran
  • Semangat sepasukan
  • dll

Apa pesan orang dulu2?

  • Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali
  • Belakang parang kalu diasah lagikan tajam
  • Melentur buluh biar dari rebungnya
  • Ular menyusur akar, takan hilang bisanya
  • Hendak seribu daya, tak nak seribu daleh
  • Berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian
  • dll

Mengapa 7 habits tak dapat dilaksanakan?

  • Personal interest
  • conflict of interest
  • hidden agenda
  • tidak ikhlas
  • tidak amanah
  • tidak prihatin
  • tamak haloba
  • dengki khianat
  • bermuka2
  • tidak ikhlas
  • bila susah ingat kawan/staf, bila senang lupa
  • seperti enau dalam belukar
  • not a good listener
  • arahan bukan top bottom
  • laporan bukan bottom up
  • arahan secara brownian movement
  • pilih bulu
  • tak berani bertanggungjawab
  • tak telus

Moral of the story:

Bersyukur pada Allah, berterima kasih sesama manusia

Ingat di waktu susah, kenang di waktu senang

1 ulasan:

  1. Lua Setuju Sama Lu... Sulah Attend Banyak Motivation Punya Kos, Balik Macam Tu Jugak... Sebab Bos Kita Antar Tapi Bos Kita Pulak Piel Lama... Mana Mau Lubah...

    BalasPadam