Agak lama juga terhenti berblogger ni, pertama kesihatan kurang ok, kedua masa yang terhad dan yang utamanya laptop ko kena virus. Sejak dua menjak ni ramai yang jatuh sakit, baru ni kawan yang dikira gagah perkasa berbadan besor kerja pun kuat, tup2 tumbang masuk wad juga. Terkini ada yang muda lagi pun warded atas sebab2 kesihatan juga.Semasa berjumpa pakar baru ni di hospital pun terjumpa seorang pengarah bersama suaminya yang juga menerima rawatan.
Ate kate oghang Peghak, keje keje juge, rehat relax kene juge. Keje sampai ble tak habih, yang pasti nyawa boleh habih..hehe. Sejak budaya facebook n blogger ni ada, memang betul tak ada batasan nya..bak kata orang dunia tanpa batasan..kdg2 dalam facebook anak sedara cucu sedara pun boleh setaraf dengan kita berinteraksi seadanya. Tadi Amin sms dari Kelate, dah hujan2. Sebelum ni kemarau sampai Tok Guru berjemaah solat hajat minta hujan di stadium. Syukurlah dengan izin Allah jua, dah pun hujan.Kat Klang Valley, lani tengahari panas jeghongin, tup2 petang ujan lebat Ya Rabbi.Panas2ni elok benor makan labu ayor ye..hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan