Sabtu, 30 Januari 2010

Kehebatan Avatar, kelemahan kita




James Cameroun makin meningkat. Dulu dengan filem Titanic, kini lebih hebat filem imaginasi, Avatar. Kesungguhan, ketelitian, pelaburan yang tepat dan betul pada tempatnya menghasilkan karya yang terbaik. Ini jauh berbeza dengan budaya yang ada pada kita, semua benda nak terbaik tapi macam mi segera, cepat dimasak sedap dimakan...nak cepat kalu boleh macam cite Merlin juga magik!


Dalam sudut Discovery channel, Nadhirah amat berminat dalam siri 'how it is made?'macam2 produk terutama yang dapat kita lihat tiap hari ditunjuk cara membuatnya dari A hingga Z. Semalam dia menenguk proses dari kulit lembu hingga menjadi kasut dll. Siri macam ini membuka minda anak2 dan ke arah percambahan pemikiran, taklah macam drama tak tentu hala/lawak bodoh yang selalu keluar kat kaca TV.


Hari kian mendung, walaupun dari pagi agak terik. Terasa sunyi di rumah setelah 4 yang lain dah berada di luar. Semalam berkesempatan menemui kawan lama bersama koleksi serangga yang dikumpul dalam ekspedisi mereka ke Borneo beberapa bulan lalu. Masih segar di ingatan di mana ketika di Serdang High Skul kena ambik 2 subjek ento, dan semestinya 2 kali kena buat insect collection. Masih ingat juga lagi beberapa order, spesies serangga tu. Teknik mengingat cara orang tua2, cara key point...hemiptera serangga menghisap, coleoptera jenis kumbang, odonata jenis cakcibor dll semua kaki 6..tapi labah2 bukan insect tapi dah geng lain arachnida sebab 8 kaki yop! Yang dua kaki tu homo sapien la dll.


2 hari dah hpon rosak, maka banyaklah no hpon yang tak dapat diingat/dikesan. Bak kata kawan kita Ayi, hpon sekarang macam pensil, tak tentu hala bebudak bila tak de. Pak Majid pun kata orang panjat nyor pun pakai hpon, tgh manjat nyor boleh berhenti angkat call. Jadi tak heranlah kini semua pandai pakai hpon, sikit2 calling2, sms.



Dengor cite kat Malim Nawar pun deme dah mula menanam pokok gaharu. Mungkin agaknya senang, tanam tinggal je kut. Cukup masa tebang, jual. Tapi rasanya kutai gak nunggunya. Yang penting berani mencuba. Macam kapalterbang ni terbang rendah di kawasan zirafah, nah ni jadinya...dan ada yang teringin nak tenguk apa ada dalam mulut gajah...




1 ulasan:

  1. Dah 2 kali tengok avatar, dgr cerita lama proses buat filem ni dan budget dia besar. Kita hanya boleh berangan nak buat macam tu sebab budget kita kalu hanya dapat RM2 juta saja...buat avatar yang kita boleh buat tapi buat Batu bata...hahaha.

    Hanpon, kalu tak ada memang susah...semua maklumat ada dlm tu.

    BalasPadam