Rabu, 9 Disember 2009

Duit bukan segalanya


Bila tak de atau kurang duit selalunya macam2 hal datang melanda. Kadang2 kita tenguk orang keluar wad atau klinik pun ada orang minta derma seolah2 desperate tak tenguk apa jenis orang yang nak diminta. Ada juga kat tempat parking PKNS BBB, macam2 jenis penjual baik keropok maupun pengilap kereta dan peminta derma dari Afganistan, Pakistan dll. Ada tunjuk gambar perang ada tunjuk yaasin tanda musafir dll. Pernah ada seorang tu cakap macam, tak pandai minta derma, bagi rm5 tak hendak terus pandai cakap Melayu nak RM10! Kalau pasar ramadhan dulu yang cacat terbaring, merangkak pun ada entah mana datangnya tak taulah. Kalau kedai makan pula, ada orang buta ditemani seorang lagi yang sihat walafiat meminta derma dari meja ke meja. Tak tahulah sama Jabatan Kebajikan Masyarakat setempat tahu atau tak ujudnya macam2 jenis 'orang susah' ni. Kalau betul tak pe lah, puas hati orang menderma. Tapi kalau ianya sindiket, tak ke naya orang2 OKU tu.


Tak taulah sejauh mana kebenaran atau kesahihan pengutip derma ni. Yang budak2 sekolah diperalat minta derma RM10 dan diberi bam atau kalender pun ada sampai malam. Bila agaknya masa budak2 itu nak berehat , nak belajar dll. Pernah 1 kali tanya budak2 tu sape hantar?Katanya ustaz. Mana ustaz tu pakcik nak jumpa? Terus lari budak2 tu. Depa pun pandai cove line juga. Tengahari tadi dekat round about fasa 4 ternampak 2 mamat Afgan yang ke hulu ke hilir minta derma dengan membawa album gambar perang di Afgan. Tenguk gaya masih guna trik lama. Tak Tahulah betul ke duit dikutip dihantar ke sana atau itu cara saradiri di sini. Pernah mereka ni menahan kereta minta derma dan bila orang keluarkan dompet, menjeling semacam tenguk dompet orang.


Di luar2 bank pun masih banyak tong2 derma. Tak tahulah macamana di negara ini macam2 badan kebajikan ada, baitulmal, zakat, YAPEIM dll dan peruntukan berjuta ringgit tiap tahun tapi masih ramai yang seolah2 daif dan tak terbela. Adakah ini kebenaran atau kerana mudahnya mendapat duit cara ini lantaran masyarakat Islam Melayu yang suka menderma, bersedekah tetapi belum pasti kebenaran pihak2 yang meminta2.


Walaupun menderma dan bersedekah itu amalan terpuji, sudah tentu Islam juga mahu tujuannya jelas dan matlamat sasarannya juga jelas kan. Allahualam....

Isnin, 7 Disember 2009

SPM habis hari ni



Wani agak ceria hari ni walaupun pepe las kimia agak mencabar gak. Lepas ni merdeka beberapa bulan free boleh keje atau belajar ambik lesen memandu. Dulu kalau pas SPM gred 2 pun buat kenduri kt kampong. Kalu gred 1 dapat gi oversea lagi la bagai nak rak. Tapi sekarang terbalik, yg dapat banyak A kua tv menangis teresak2 sebab tak dapat semua A, yang ngam2 pas plak beriya selebret hepi. Alasannya mudah, dah boleh cari keje atau masuk kolej. Buat masa ini ramai yang suka kursus profesional macam akaun dan kemahiran seperti reka fesyen, motor mekanik. Akademik saja tak cukup sekarang tambahan pula terlalu ramai yang terer. Tapi itu tak bermakna ada kemahiran dalam hidup. Akademik boleh tapi biar sampai pandai atau tahap tertinggi misalnya ada PhD. Kalau tak macam opis boy je nanti jadinya. Kemahiran kalau diploma pun dah tahap boleh berdikari. Mana lu nak? Ada ijazah tapi jadi taukeh anggur atau lebih rendah tapi ada kemahiran boleh buat duit tiap hari? Tepuk dada lu pikirlah sendiri!

Homestay dan rumah sewa




Baru tadi terima sms dari Ipoh, ada sebuah homestay dalam proses nak diujudkan. Kira sekarang orang pun dah ramai lebih minat homestay dari duk hotel. Malahan lebih selesa, lebih 'feel at home'. Kadang2 dari menyewa pada orang, kalau betul gayanya buat homestay lagi lumayan. Apatah lagi kalu menyewa pada orang, kita tak berkira tapi yang menyewa lari malam, meninggalkan bil2 api air dan sampah sarap, harta karun tak terpakai! Ada juga kawan yang buat homestay tak jauh dari jalan ke Bagan Lalang/Gold Coast Malaysia.


Cara menarik pelanggan tu penting. Walaupun ada kala cara dalam internet agak menjolok mata. Di negara kita budi bahasa yang tak boleh ditandingi oleh tempat2 lain apatah lagi di Perak terkenal dengan orangnya yang peramah lagi pandai bergebang!

Cuti sekolah




Hari ni kat Annur 17 budak berkatan. Macam2 ragam ada.Yang menjerit ada, yang banyak songeh ada, yang stedi pun ada. Ada terdengar satu budak tu banyak soal pula pada Dr yang mengkatan. Peh..untung betui dia. Dulu kita orang zaman bius pakai jampi sireh aje, kalu dia kena mau terpekik terlolonglah jadinya. Tak boleh negotiate apa2 pun sebab masa berkatan dengan tok mudim 3,4 orang pegang cara paksa rela, duduk atas batang pisang. Kebetulan tadi bila aku dipanggil oleh nurse yang sama ke bilik wad kecemasan untuk rawatan, bergantang mata yang memandang. Nasib baik tak pakai kain kalu tak, soheh deme ingat aku pun nak berkatan juga!


Bila cuti sekolah, di Bangi ni ramai anak2 orang berada. Ada bercuti di UK, Australia, Singapore dll. Paling tidak pun Langkawi, Kucing ke naik flight. Balik cite kat kawan2 lain. Dah tentu ada pula yang mengajak mak bapa ke luar negeri juga. Mungkin kesan tambang murah Air Asia ni budak2 pun ingat mudah dan murah sangat melancung ke luar negeri..depa tak terfikir kos hotel, tambang ke sana sini, makan dll. Tapi yang baiknya mereka akan berusaha agar satu hari nanti dapat melanjut pelajaran hingga ke luar negeri.


2 anak sedara pula akan ke luar negeri juga. Duan akan ke Jepun dan Faiz ke Negeri China. Dulu aku pun teringin juga tapi bila ada kes budak pompuan yang dikata teraniaya membawa dadah ditahan di China, terus tawar hatiku untuk ke sana. Cakap pada anak, kita melancong dalam negeri dulu la. Cuaca hari ni ok panas tak macam sebelum ni ujan. Kerteh dikatakan banjir teruk minggu lepas. Tadi dapat tenguk gambar banjir di Jeddah 25Nov lalu. Patutlah 77 orang mati, air deras dan dalam pula, mana sempat nak lari ya.


Semasa menunggu datang mengambil dari klinik tadi sempat terbaca artikel dan gambar ini. Agak menarik ya...

Ahad, 6 Disember 2009

Fesyen bulu mata sekarang


Sanggup ke kome makai yang ni?

Jomheboh, PTK,gitu gini


Semalam anak2 pergi Jomheboh. Bila depa ajak tak nak pergi sebab badan pun tak kuat dan dah tentu parking jauh berjalan ngalahkan nak pergi melontar jumrah nanti ...hehe. Macam bese bila balik bawalah makanan segera RM10 satu beg berisi macam2 tu n Ribena pun RM10 dapat 6 botol. Mem plak gi ptk 3 hari. Memang terasa sunyi lah di rumah. Sebelum itu Jumaat Sabtu riuh rendah, iparduai dan mertua ada datang rumah. Menu utama rendang tok daging korban. Ada yang tanya nape nama tok?...ate nak masak dia pun macam dari cucu sampai jadi tok baru masak... hehe.


Bila buka internet, masih banyak isu global warming dll.Kadang2 sikap hipokret negara2 maju terserlah. Depa yang sebenarnya penyebab global warming. Negara macam kita saiz pun ciput aje, apa kita buat sume tak betul. Hutan yang terbakar beribu2 hektar tiap tahun, ladang2 soya, jagung dll depa di rotor setiap musim beribu2 hektar tak pula kecoh hal GHG, global warming..yang sawit tebang setiap 25-30 tahun sekali tetapi ditanam cepat dengan kekacang penutup bumi plak yang heboh dituduh menambah GHG dan global warming! Innadei...!


Bulan ni mulai minggu ni keje 4 hari je seminggu di Selangor. 3 kali Jumaat cuti..minggu ni Keputeraan Sultan, minggu depan awal Muharam dan 25hb tentulah Xmas. Iparduai dijangka berkumpul di Bt Pekan Xmas ni kerana ipar ada buat kenduri doa selamat pencen awal. Kita orang plak cadang nak tanam pokok2 buah2an kat Cgkat Kobo Malim Nawar. Pagar masih in progress, YangPa dilantik sebagai supervisor tolong tenguk2kan. Anip pun akan pagar kebun di Pulau Pisang yang dikatakan banyak babi hutan.


Malam ni komplet antibiotik 1000 mg sehari selama 5 hari. Harap2 ok walaupun buat masa ni badan masih 'gaen' tapi bukan sampai tahap lalok! Bos n ro akan gi Kluang dan staf lain outstation ke Teluk Intan. Mem masih exam hari ni.PTK kena lulus sebab gaji dia dah langgar dinding. Ramai yang ternanti2, anjakan dan kenaikan pangkat. Macam hujan juga, adakala guruh berdentum hujannya tidak..bak kata orang dedulu:


Entahkan iya entahkan tidak

Malang menimpa tak sudah2

Guruh berdentum hujannya tidak

Tujuh tempayan tertumpah sudah

Rabu, 2 Disember 2009

Dugaan datang dan pergi


Sejak sabtu lepas satu demi satu dugaan datang dan pergi. Masa yang sepatutnya bersama sanak saudara, bersukaria jadi disebaliknya. Semalam dan awal pagi tadi lagi sekali, dadaku sakit lagi. Terpaksa pergi mendapatkan rawatan. Macam biasa, ECG, Xray, ambil darah, cek gula, cek trapolin (?) untuk kesan jantung dll. Perlu ambil antibiotik 5 hari akhirnya.


Musim hujan2 ni ramai yang mengambil gas di klinik. Tak kira orang tua, muda atau baby. Dalam orang sibuk2 global warming, GHG emission dll, ramai juga yang jadi 'angkasawan' ya...