Bila tak de atau kurang duit selalunya macam2 hal datang melanda. Kadang2 kita tenguk orang keluar wad atau klinik pun ada orang minta derma seolah2 desperate tak tenguk apa jenis orang yang nak diminta. Ada juga kat tempat parking PKNS BBB, macam2 jenis penjual baik keropok maupun pengilap kereta dan peminta derma dari Afganistan, Pakistan dll. Ada tunjuk gambar perang ada tunjuk yaasin tanda musafir dll. Pernah ada seorang tu cakap macam, tak pandai minta derma, bagi rm5 tak hendak terus pandai cakap Melayu nak RM10! Kalau pasar ramadhan dulu yang cacat terbaring, merangkak pun ada entah mana datangnya tak taulah. Kalau kedai makan pula, ada orang buta ditemani seorang lagi yang sihat walafiat meminta derma dari meja ke meja. Tak tahulah sama Jabatan Kebajikan Masyarakat setempat tahu atau tak ujudnya macam2 jenis 'orang susah' ni. Kalau betul tak pe lah, puas hati orang menderma. Tapi kalau ianya sindiket, tak ke naya orang2 OKU tu.
Tak taulah sejauh mana kebenaran atau kesahihan pengutip derma ni. Yang budak2 sekolah diperalat minta derma RM10 dan diberi bam atau kalender pun ada sampai malam. Bila agaknya masa budak2 itu nak berehat , nak belajar dll. Pernah 1 kali tanya budak2 tu sape hantar?Katanya ustaz. Mana ustaz tu pakcik nak jumpa? Terus lari budak2 tu. Depa pun pandai cove line juga. Tengahari tadi dekat round about fasa 4 ternampak 2 mamat Afgan yang ke hulu ke hilir minta derma dengan membawa album gambar perang di Afgan. Tenguk gaya masih guna trik lama. Tak Tahulah betul ke duit dikutip dihantar ke sana atau itu cara saradiri di sini. Pernah mereka ni menahan kereta minta derma dan bila orang keluarkan dompet, menjeling semacam tenguk dompet orang.
Di luar2 bank pun masih banyak tong2 derma. Tak tahulah macamana di negara ini macam2 badan kebajikan ada, baitulmal, zakat, YAPEIM dll dan peruntukan berjuta ringgit tiap tahun tapi masih ramai yang seolah2 daif dan tak terbela. Adakah ini kebenaran atau kerana mudahnya mendapat duit cara ini lantaran masyarakat Islam Melayu yang suka menderma, bersedekah tetapi belum pasti kebenaran pihak2 yang meminta2.
Walaupun menderma dan bersedekah itu amalan terpuji, sudah tentu Islam juga mahu tujuannya jelas dan matlamat sasarannya juga jelas kan. Allahualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan