Isnin, 7 Disember 2009

Cuti sekolah




Hari ni kat Annur 17 budak berkatan. Macam2 ragam ada.Yang menjerit ada, yang banyak songeh ada, yang stedi pun ada. Ada terdengar satu budak tu banyak soal pula pada Dr yang mengkatan. Peh..untung betui dia. Dulu kita orang zaman bius pakai jampi sireh aje, kalu dia kena mau terpekik terlolonglah jadinya. Tak boleh negotiate apa2 pun sebab masa berkatan dengan tok mudim 3,4 orang pegang cara paksa rela, duduk atas batang pisang. Kebetulan tadi bila aku dipanggil oleh nurse yang sama ke bilik wad kecemasan untuk rawatan, bergantang mata yang memandang. Nasib baik tak pakai kain kalu tak, soheh deme ingat aku pun nak berkatan juga!


Bila cuti sekolah, di Bangi ni ramai anak2 orang berada. Ada bercuti di UK, Australia, Singapore dll. Paling tidak pun Langkawi, Kucing ke naik flight. Balik cite kat kawan2 lain. Dah tentu ada pula yang mengajak mak bapa ke luar negeri juga. Mungkin kesan tambang murah Air Asia ni budak2 pun ingat mudah dan murah sangat melancung ke luar negeri..depa tak terfikir kos hotel, tambang ke sana sini, makan dll. Tapi yang baiknya mereka akan berusaha agar satu hari nanti dapat melanjut pelajaran hingga ke luar negeri.


2 anak sedara pula akan ke luar negeri juga. Duan akan ke Jepun dan Faiz ke Negeri China. Dulu aku pun teringin juga tapi bila ada kes budak pompuan yang dikata teraniaya membawa dadah ditahan di China, terus tawar hatiku untuk ke sana. Cakap pada anak, kita melancong dalam negeri dulu la. Cuaca hari ni ok panas tak macam sebelum ni ujan. Kerteh dikatakan banjir teruk minggu lepas. Tadi dapat tenguk gambar banjir di Jeddah 25Nov lalu. Patutlah 77 orang mati, air deras dan dalam pula, mana sempat nak lari ya.


Semasa menunggu datang mengambil dari klinik tadi sempat terbaca artikel dan gambar ini. Agak menarik ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan