Ahad, 6 Disember 2009

Jomheboh, PTK,gitu gini


Semalam anak2 pergi Jomheboh. Bila depa ajak tak nak pergi sebab badan pun tak kuat dan dah tentu parking jauh berjalan ngalahkan nak pergi melontar jumrah nanti ...hehe. Macam bese bila balik bawalah makanan segera RM10 satu beg berisi macam2 tu n Ribena pun RM10 dapat 6 botol. Mem plak gi ptk 3 hari. Memang terasa sunyi lah di rumah. Sebelum itu Jumaat Sabtu riuh rendah, iparduai dan mertua ada datang rumah. Menu utama rendang tok daging korban. Ada yang tanya nape nama tok?...ate nak masak dia pun macam dari cucu sampai jadi tok baru masak... hehe.


Bila buka internet, masih banyak isu global warming dll.Kadang2 sikap hipokret negara2 maju terserlah. Depa yang sebenarnya penyebab global warming. Negara macam kita saiz pun ciput aje, apa kita buat sume tak betul. Hutan yang terbakar beribu2 hektar tiap tahun, ladang2 soya, jagung dll depa di rotor setiap musim beribu2 hektar tak pula kecoh hal GHG, global warming..yang sawit tebang setiap 25-30 tahun sekali tetapi ditanam cepat dengan kekacang penutup bumi plak yang heboh dituduh menambah GHG dan global warming! Innadei...!


Bulan ni mulai minggu ni keje 4 hari je seminggu di Selangor. 3 kali Jumaat cuti..minggu ni Keputeraan Sultan, minggu depan awal Muharam dan 25hb tentulah Xmas. Iparduai dijangka berkumpul di Bt Pekan Xmas ni kerana ipar ada buat kenduri doa selamat pencen awal. Kita orang plak cadang nak tanam pokok2 buah2an kat Cgkat Kobo Malim Nawar. Pagar masih in progress, YangPa dilantik sebagai supervisor tolong tenguk2kan. Anip pun akan pagar kebun di Pulau Pisang yang dikatakan banyak babi hutan.


Malam ni komplet antibiotik 1000 mg sehari selama 5 hari. Harap2 ok walaupun buat masa ni badan masih 'gaen' tapi bukan sampai tahap lalok! Bos n ro akan gi Kluang dan staf lain outstation ke Teluk Intan. Mem masih exam hari ni.PTK kena lulus sebab gaji dia dah langgar dinding. Ramai yang ternanti2, anjakan dan kenaikan pangkat. Macam hujan juga, adakala guruh berdentum hujannya tidak..bak kata orang dedulu:


Entahkan iya entahkan tidak

Malang menimpa tak sudah2

Guruh berdentum hujannya tidak

Tujuh tempayan tertumpah sudah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan