Khamis, 2 September 2010

Bersatunya Melayu

Dalam suasana tidak menentu dengan isu-isu berbangkit di sana sini, Melayu tiada pilihan melainkan bersatu demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara tercinta. Sudah tidak ada masa untuk terus berbalah, menegakkan ideologi pemahaman masing2. Bak tersirat dalam senikata lagu yang dinyanyikan kat kolej dulu2..'..kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa...'
Ketepikan ego masing2 dan berbincanglah dengan baik. Yang sudah tu sudahlah, buka buku baru ke arah penyatuan Melayu yang benar2 bersatu teguh, berwawasan dunia akhirat demi menjaga agama Islam yang suci. Sampai bila kita akan terus bertelagah yang rata-rata isu yang remehtemeh walhal orang lain jauh ke depan walaupun kelihatan macam bercanggah antara satu sama lain.
Masih ada masjid yang makmumnya memilih untuk bersembahyang, atas alasan imamnya lain fahamannya. Walhal dia itu Islam, dan makmum pun Islam , mazhab Shafie yang sama, ikut Nabi Muhammad SAW yang sama. Kenapa jadi gitu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan