Ramadhan sudah menghampiri ke hujungnya. Sudah semestinya puasa menguji kita baik dari segi lapar dahaga bahkan semua pancaindera naluri yang sedia ada. Bak kata sahabat fb tadi yang menyatakan tiap orang mempunyai cara berbeza, ada keras ada lembut dsbnya. Namun kita kena terus berdoa agar perpaduan Melayu serta Islam khususnya dapat menjadi realiti. Tenguklah apa jadi pada Palestin, walaupun Israel negara yang kecik sahaja tapi tidak mampu dilawan nafsu serakahnya pada rakyat Palestin walaupun berbilion umat Islam ada di dunia ini.
Baru2 ni ada kawan fb juga melenting apabila aku meletakan link seorang tokoh agama yang kebetulan ketua sebuah negeri dalam fb aku. Tak lama aku bubuh juga bekas pemimpin utama dari parti lain dalam fb aku dan beliau senyap aje.Aku berfikiran tiap pemimpin ada lebih ada kurang, yang lebih yang elok apa salah kita ikut kita hargai. Yang kurang apa salah kita jadikan sempadan, tak usah kiralah apa warna perjuangan mereka.
Persoalannya mampukah kita Melayu terus bertahan jika perbalahan, perpecahan berterusan walaupun tak ketara. Mampukah ketuanan Melayu dapat diteruskan, yang dapat terus menjamin kesejahteraan umat Islam di negara ini? Mampukah kita terus memperjuangkan anak bangsa serta umat Islam agar tidak merempat di bumi sendiri satu hari nanti. Jawapannya tidak lain tidak bukan...."anak Cina makan pengat, sendiri mau ingat!'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan