Khamis, 5 November 2009

Diari harian di jalanan




Hari ni bangun 5am, terus pergi mandi. Sebelum tu dah terasa lain macam je nak nafas pun susah. Tengah2 berdiri di tengah2 bilik air terasa tak bernafas, nak capai knob pintu terasa jauh. Dalam usaha nak dapat nafas cuba batuk tapi tak lepas, tiba2 teringat apa yang pernah dibelajar masa 1st aid dulu, upthrust kat tengah2 antara dada dan perut. Selalunya masa orang tercekik boleh buat tu dari belakang. Akhirnya pecah angin aaaaqqqq !!! baru lah boleh bernafas semula..peh syukur alhamdulillah!

Hari ni juga pergi hantar Wani 610am dari rumah, ujan pulak. Kete pun agak banyak dan tak boleh laju. Sampai di Ceras pun masih gelap2 lagi. Sampai balik ke rumah 7.15am dan sempat beli air mineral 2 peti. Pagi di opis setelkan penilaian prestasi staf dan keluar tengahari ada urusan bank. Balik opis terus usahakan poster untuk persidangan disiapkan. Masa inilah gunanya banyak kenalan lama, mudah dan tidak banyak birokrasi. Dengan bantuan mereka, akhirnya siap. Kebetulan Hj Sam kawanku pun ada, selaku ko author, aku serahkan poster pada dia untuk tolong pasangkan nanti di ibu negara minggu depan.


Banyak projek akan datang dibincangkan bersama Hj Sam. Sambil pekena roti bakar dan tetarik, satu per satu projek akan datang dibincangkan dan memang possible dijalankan. Kita usaha yang mudah, cepat dan berimpak boleh hasilkan penerbitan dalam waktu yang singkat. Cetusan minda seperti ini adakala sukar diperolehi dalam formal miting kerana mungkin yang hadir kurang minat teknikal dan ada juga yang utamakan ranting dari dahan dalam mencari batang pokok!


Di usia kian senja, minda adakala terpaling jauh dari sasaran. Bukan kerana tidak berupaya berfikir, tetapi muak dengan keadaan dan senario yang tidak kondusif dalam melahirkan ide2 bernas lagi berupaya mencambahkan lagi buah fikiran. Orang Jepun maju bukan kerana terlalu pandai, tapi bekerjasama dalam menuju matlamat yang sama. Orang Melayu lain, ada yang lebih seronok tolong bangsa lain dari nak majukan anak bangsa dia sendiri. Ada yang lebih suka tenguk orang lain menjongkang jatuh dalam longkang dari menolong mengangkatnya atau mengingatkan bahaya longkang itu sebelum dia terjatuh.


Gitulah dunia masa ini, ada bini tak ingat laki. Ada laki tak ingat bini. Ada anak tak ingat susah payah mak bapak. Dan ada juga mak bapak dah naik fed up dengan peel anak2. Namun itu lah cobaan kata Ajis Satar dalam pendekar bujang lapok! Lewat petang tadi ambik Wani dari Tol. Sampai pun dekat magrib, jadi bak kata budak2 la..kua gelap balik pun gelap, tapi tak pelah asalkan boleh belajar untuk hadapi SPM. Jika tak diturutkan, mungkin tension plak dia di Cheras tu ...Keranamu anak..aku rela bontang bantin....

Rabu, 4 November 2009

Panggilan ke Tanah Suci

Sekarang musim jemaah haji berangkat ke Tanah Suci. Sabtu ni kawanku, Poji akan ke sana bersama isteri. Eloklah gitu, keje sampai pencen, kewajipan yang dituntut kena bereskan dulu. Teringat pesanan kawan yang disegani, Tuan Hj Hamdan yang pernah berpesan agar setel dulu urusan dengan Allah, bab rezeki dll InsyaAllah akan menyusul nanti.
Memanglah gi haji dalam RM12k kena tunggu berpuluh tahun baru pergi, walhal kita beli rumah, kereta, tanah beratus ribu sanggup bersusah payah hutang sana sini dan simpan bertahun2 kan. Eloklah pergi masa muda, tengah sihat walafiat dan tak sibuk. Haji ibadat yang memerlukan kekuatan fizikal, semasa tawaf, saei, melontar dll. Walaupun kalau uzur boleh upah orang tapi takan sama dengan kepuasan untuk buat sendiri.
Ramai yang mampu tapi masih tak pergi. Mungkin ada yang nak ngaji dulu, ada belum sampai seru, ada masalah anak, keje dll. Tapi haji itu hanya dapat dirasai nikmatnya jika kita benar2 nak pergi. Memang betul kata mak angkat dulu, dia bila mula niat nak buat haji, rezeki datang macam2 cara lama2 cukup belanja untuk haji. Ni tadi Maurad di Madinah duk sms Poji yang akan ke Mekah minggu ini. Eloklah nanti di Mekah InsyaAllah mereka bertemu. Kalau di sini bertemu bincang hal keje, kat sana sama2 boleh tawaf, saei, beribadat bersama2 nanti.

Selasa, 3 November 2009

Mati lemas lagi

Bila terdengar berita TV pasal budak2 India mati lemas akibat jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang dan tak lama lepas tu siswa UTAR 3 orang pula mati lemas di Ayer Terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak terasa ngeri dan sayu pulak. Entah beratus orang dah agaknya yang mati di Batu Berangkai sebab dari kecik lagi aku dah dengar cite orang mati lemas di situ.
Maknanya dalam bersukaria berkelah kena banyak berhati2, takut2 air turun laju dari atas menghanyutkan kita dan kaum keluarga kita. Kira macam tsunami dari atas tu. Aku suka juga ayor tapi tau2 je la...takat seronok2 aje.

Cintakah kita

Cintakah kita pada Dia
Yang menjadikan dunia ini
Serta seluruh alam semesta?

Cintakah kita pada Yang Maha Esa
Yang memberi petunjuk
Dimana jua kita berada?

Cintakah kita pada Yang Maha Suci
Yang mengajar agar tulus hati
Tak kira ke mana kita pergi?

Cintakah kita pada Yang Maha Berkuasa
TanpaNya siapalah kita
Menumpang seluruh rahmat dariNya?



BBB 03112009

Bila masa sudah terlalu suntuk...


Ada kata2 yang mengingatkan kita, 'Bekerjalah kamu bersungguh2 seolah2 kamu akan hidup selama2nya, dan beribadatlah kamu seolah2 esok kamu akan mati'. Tapi ini terpulang juga pada persepsi individu, bagi yang relax bila tahu lama lagi nak hidup mungkin akan tangguh kerja dan yang nak mati akan enjoy sepuas2nya. Bagi yang faham agama tak pe, dia akan gunakan masa terluang sebaik mungkin kerana dia tahu alam akhirat itu alam abadi, di dunia sat aje landing sini. Pada hakikatnya semua orang tahu, setiap manusia mula muda akan dewasa, tua dan mati akhirnya. Tapi ada juga yang mati sebelum tua.


Bila penilaian diri dikatakan akan tutup hari ni, kelam kabut masing2 di opis mengisi penilaian diri sendiri secara online. Bagilah markah tiap bahagian dan soalan berapa nak bagi, paling loghat 1, paling bagus 10. SKT akan isi sebanyak mungkin, seolah2 tak de masa nak ke kantin dan makan tengahari. Gitulah masing2 mengambil berat akan usaha untuk mendapat secebis habuan dunia, yang akhir kalam tak tentu akan dapatnya.


Walhal dalam Islam dah berulang2 kali dibagitahu macam2 cara nak beribadat, berbuat kebajikan begitu begini dijanji Tuhan akan ganjarannya. Malangnya ramai kurang berminat, ambil sambil lewa dan tak nak berebut pun. Tambahan pula tarikh tutup yakni mati tak tahu pula tu, boleh berlaku bila2 dan di mana jua berada. Walaupun sebagai orang Islam yakin akan Allah dan rukun iman, berapa ramaikah yang benar2 menunjukkan ketulusan yakin akan semua itu. Bila dalam keadaan suntuk, untuk urusan dunia bersusah payah kita usahakan dalam apa cara sekalipun. Tapi dalam urusan ibadat misalnya solat, masih ramai lagi yang sambil lewa, melengah2kan waktu dan ada juga yang tinggal terus, tenggelam dalam kesibukan urusan harian. Walhal sembahyang kalau tak larat diri boleh duduk, tak larat duduk boleh baring, tak larat semuanya dengan kedip2 mata pun boleh. Patut kah kita?

Isnin, 2 November 2009

Tolong orang biar jadi orang

Awal pagi lagi dah ada ex treni datang diskus laporan praktikal dan sign sah salinan sijil2 mereka. Walaupun aku juga tak terer BI, tapi bila aku tenguk draf laporan, banyak yang perlu direpair. Mungkin mereka berfikir cara BM dan cuba ayatkan dalam BI, tu yang ayat2 pun panjang2 dan berulang2. Tapi aku pun dulu macam tu, lama2 boleh improve boleh tulis paper gak.

Zaman lani nak cari kerja bukan senang, bila interbiu PRA pun yang asasnya darjah 6, tapi yang datang bawa macam2 sijil kemahiran pun ada. Kalau pos penolong pegawai pun yang perlu diploma, yang berijazah, master pun datang interbiu. Alasan mereka dah pergi interbiu tak tau berapa banyak dah. Tiap kali interbiu perlu fulus, tambang, soru, lojing dll. Ada tempat kadang2 interbiu 2 hari, hari pertama moc teaching/public speaking, sape lepas tahap tu dipanggil interbiu hari ke2. Tu pun tak tentu dapat lagi.

Selain kelulusan, pengalaman, dimana jua berada samada betul atau tidak semua ada kroni. Adalah amat malang bagi yang dipanggil interbiu walhal ada kes dah ada orang atau calun pilihan. Buat interbiu sebagai syarat je. Naya budak2 yang tak de kerje tak dak fulus yang masih bergantung sepenuhnya pada PAMA (papa n mama).

Selain itu ada juga yang minta rekomen, tulislah apa patut agar boleh support dapat jawatan yang diminta. Aku tenguk keadaan, kalau jawatan tetap, memanglah kena sokong sepenuhnya demi masa depan dia orang. Walaupun depa pekerja bagus, kalu kita tak berupaya bagi jawatan tetap atau yang kukuh, bila ada greene pasture, tak bolehlah kita hakap, tamak haloba, selfish. Kenalah bantu, sokong agar deme dapat ke kedudukan yang mantop. Tapi tenguk keadaan lah, kalau mamat atau minah tu memang trouble maker, kita rekomen giler2, nanti dapat keje dia buat hal, ate mane nak letak muka kita nanti yop...bawah meja?

Kita tolong orang biar jadi orang. Biar orang tu jauh lebih berjaya dari kita. Buat apa sekat2 macam sesetengah orang bila tenguk orang bawah laju sikit, depa main politik cantas, sekat , buat tengin je, dll. Sebab tu dalam sesuatu organisasi yang bangsa asing tak ramai tapi kita tenguk deme berjaya dalam kerjaya. Mungkin sebab depa memang rajin dan terer, tapi faktor utama adalah dia orang berusaha dan ada strategi tersusun cantik untuk tolong bangsa dia orang dalam kerjaya dan peluang yang ada. Orang Melayu lemah dalam strategi, masih lagi ada yang berpegang pada budaya bodek dan cantas macam cerita filem2 P Ramlee dulu2, cite pendekar, sultan dan pembesar2nya. Ada juga yang suka menggunakan kecerdekannya untuk memperbodohkan orang lain. Ada yang masih ego dengan kejayaannya, yang kononnya atas titik peluh sendiri walhal macam2 kemudahan dan penat jerih kunta kinte membantu serba serbi sepanjang pengajiannya dari mula hingga klimaksnya.

Tadi dapat berita dalam kumpulan ada mamat yang suka menggelar orang lain dengan nama yang buruk2, dikutuk dicaci di belakang2 tapi bagai baldu di depan. Aku kabor pada yang bercerita, mamat tu belum dapat hidayat lagi. Mungkin tunggu dia dapat pergi haji atau sakit teruk nanti, mungkin hidayat akan datang. Aku dah lama tau tapi sebab mamat tu ada god father, aku bior aje asal dia tak ngusik aku udahla..kan ke kita negara demokrasi. Dalam hidup sekarang, macam2 ada, jantung, paru2 boleh sumbat bila2, boleh mogok bila2, jadi tak payahlah dikutip semua katak keghedek (semua hal la) tu. Kita tenguk aje lah sampai bila benda2 yang tak elok boleh bertahan, Mat Saleh yang tak yakin Quran pun ada kata...'sooner or later, the truth will prevails...!'. Benda2 macam ni takan berlanjutan kalau ada pihak yang bertegas. Yang jadi masalahnya adalah sikap asal kerja dan masalah aku selesai, yang lain lantaklah. Sebab itu tak boleh berubah dari dulu, kini dan selamanya...

Masalah dalam hidup ini adalah orang hanya cari orang lain bila sesak sahaja, bila dah senang atau bila orang yang ditolong pula susah, hilang pula yang lain. Takat tak ingat ok lagi, ada kes yang ditolong ngokak balik pun ada (ngokak > teruk dari gigit, tak pasti bahasa Peghak ni ada dalam kamus Dewan Bahasa ke tak). Ada juga nak ambik tau tapi takat jadi tape recorder je la, dengar, tape dan on balik pada orang2 lain. Kita nak dan perlu yang setia, tak ghaib masa susah dan senang, tak mampu bantu pun atleast be a good listener dan jangan jadi station TV atau radio yang broadcast news sana sini. Yang tibai2 belakang tu minta Tuhan jauhkan la....

Ahad, 1 November 2009

Macam iklan juga..take a break


Adakala kita perlu rehat, take a break, tinggalkan yang lazim kita buat dan alami sesuatu yang lain. Ada yang ambil cuti atau berehat di suatu destinasi. Apatah lagi sekarang naik kapalterbang pun dah mudah dan murah tak macam dulu. Ada kala kepala pun serabut semacam walaupun ustaz ustazah dah pesan kena ngaji atau kerjakan solat sunat lebih sikit. Iklan berperanan untuk tarik minat kita. Kadang2 benda tak tara mana tapi publisiti punya hal, keinginan orang pun meningkat akan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan.