Sekarang musim jemaah haji berangkat ke Tanah Suci. Sabtu ni kawanku, Poji akan ke sana bersama isteri. Eloklah gitu, keje sampai pencen, kewajipan yang dituntut kena bereskan dulu. Teringat pesanan kawan yang disegani, Tuan Hj Hamdan yang pernah berpesan agar setel dulu urusan dengan Allah, bab rezeki dll InsyaAllah akan menyusul nanti.
Memanglah gi haji dalam RM12k kena tunggu berpuluh tahun baru pergi, walhal kita beli rumah, kereta, tanah beratus ribu sanggup bersusah payah hutang sana sini dan simpan bertahun2 kan. Eloklah pergi masa muda, tengah sihat walafiat dan tak sibuk. Haji ibadat yang memerlukan kekuatan fizikal, semasa tawaf, saei, melontar dll. Walaupun kalau uzur boleh upah orang tapi takan sama dengan kepuasan untuk buat sendiri.
Ramai yang mampu tapi masih tak pergi. Mungkin ada yang nak ngaji dulu, ada belum sampai seru, ada masalah anak, keje dll. Tapi haji itu hanya dapat dirasai nikmatnya jika kita benar2 nak pergi. Memang betul kata mak angkat dulu, dia bila mula niat nak buat haji, rezeki datang macam2 cara lama2 cukup belanja untuk haji. Ni tadi Maurad di Madinah duk sms Poji yang akan ke Mekah minggu ini. Eloklah nanti di Mekah InsyaAllah mereka bertemu. Kalau di sini bertemu bincang hal keje, kat sana sama2 boleh tawaf, saei, beribadat bersama2 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan