Hari ni bangun 5am, terus pergi mandi. Sebelum tu dah terasa lain macam je nak nafas pun susah. Tengah2 berdiri di tengah2 bilik air terasa tak bernafas, nak capai knob pintu terasa jauh. Dalam usaha nak dapat nafas cuba batuk tapi tak lepas, tiba2 teringat apa yang pernah dibelajar masa 1st aid dulu, upthrust kat tengah2 antara dada dan perut. Selalunya masa orang tercekik boleh buat tu dari belakang. Akhirnya pecah angin aaaaqqqq !!! baru lah boleh bernafas semula..peh syukur alhamdulillah!
Hari ni juga pergi hantar Wani 610am dari rumah, ujan pulak. Kete pun agak banyak dan tak boleh laju. Sampai di Ceras pun masih gelap2 lagi. Sampai balik ke rumah 7.15am dan sempat beli air mineral 2 peti. Pagi di opis setelkan penilaian prestasi staf dan keluar tengahari ada urusan bank. Balik opis terus usahakan poster untuk persidangan disiapkan. Masa inilah gunanya banyak kenalan lama, mudah dan tidak banyak birokrasi. Dengan bantuan mereka, akhirnya siap. Kebetulan Hj Sam kawanku pun ada, selaku ko author, aku serahkan poster pada dia untuk tolong pasangkan nanti di ibu negara minggu depan.
Banyak projek akan datang dibincangkan bersama Hj Sam. Sambil pekena roti bakar dan tetarik, satu per satu projek akan datang dibincangkan dan memang possible dijalankan. Kita usaha yang mudah, cepat dan berimpak boleh hasilkan penerbitan dalam waktu yang singkat. Cetusan minda seperti ini adakala sukar diperolehi dalam formal miting kerana mungkin yang hadir kurang minat teknikal dan ada juga yang utamakan ranting dari dahan dalam mencari batang pokok!
Di usia kian senja, minda adakala terpaling jauh dari sasaran. Bukan kerana tidak berupaya berfikir, tetapi muak dengan keadaan dan senario yang tidak kondusif dalam melahirkan ide2 bernas lagi berupaya mencambahkan lagi buah fikiran. Orang Jepun maju bukan kerana terlalu pandai, tapi bekerjasama dalam menuju matlamat yang sama. Orang Melayu lain, ada yang lebih seronok tolong bangsa lain dari nak majukan anak bangsa dia sendiri. Ada yang lebih suka tenguk orang lain menjongkang jatuh dalam longkang dari menolong mengangkatnya atau mengingatkan bahaya longkang itu sebelum dia terjatuh.
Gitulah dunia masa ini, ada bini tak ingat laki. Ada laki tak ingat bini. Ada anak tak ingat susah payah mak bapak. Dan ada juga mak bapak dah naik fed up dengan peel anak2. Namun itu lah cobaan kata Ajis Satar dalam pendekar bujang lapok! Lewat petang tadi ambik Wani dari Tol. Sampai pun dekat magrib, jadi bak kata budak2 la..kua gelap balik pun gelap, tapi tak pelah asalkan boleh belajar untuk hadapi SPM. Jika tak diturutkan, mungkin tension plak dia di Cheras tu ...Keranamu anak..aku rela bontang bantin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan