Isnin, 2 November 2009

Tolong orang biar jadi orang

Awal pagi lagi dah ada ex treni datang diskus laporan praktikal dan sign sah salinan sijil2 mereka. Walaupun aku juga tak terer BI, tapi bila aku tenguk draf laporan, banyak yang perlu direpair. Mungkin mereka berfikir cara BM dan cuba ayatkan dalam BI, tu yang ayat2 pun panjang2 dan berulang2. Tapi aku pun dulu macam tu, lama2 boleh improve boleh tulis paper gak.

Zaman lani nak cari kerja bukan senang, bila interbiu PRA pun yang asasnya darjah 6, tapi yang datang bawa macam2 sijil kemahiran pun ada. Kalau pos penolong pegawai pun yang perlu diploma, yang berijazah, master pun datang interbiu. Alasan mereka dah pergi interbiu tak tau berapa banyak dah. Tiap kali interbiu perlu fulus, tambang, soru, lojing dll. Ada tempat kadang2 interbiu 2 hari, hari pertama moc teaching/public speaking, sape lepas tahap tu dipanggil interbiu hari ke2. Tu pun tak tentu dapat lagi.

Selain kelulusan, pengalaman, dimana jua berada samada betul atau tidak semua ada kroni. Adalah amat malang bagi yang dipanggil interbiu walhal ada kes dah ada orang atau calun pilihan. Buat interbiu sebagai syarat je. Naya budak2 yang tak de kerje tak dak fulus yang masih bergantung sepenuhnya pada PAMA (papa n mama).

Selain itu ada juga yang minta rekomen, tulislah apa patut agar boleh support dapat jawatan yang diminta. Aku tenguk keadaan, kalau jawatan tetap, memanglah kena sokong sepenuhnya demi masa depan dia orang. Walaupun depa pekerja bagus, kalu kita tak berupaya bagi jawatan tetap atau yang kukuh, bila ada greene pasture, tak bolehlah kita hakap, tamak haloba, selfish. Kenalah bantu, sokong agar deme dapat ke kedudukan yang mantop. Tapi tenguk keadaan lah, kalau mamat atau minah tu memang trouble maker, kita rekomen giler2, nanti dapat keje dia buat hal, ate mane nak letak muka kita nanti yop...bawah meja?

Kita tolong orang biar jadi orang. Biar orang tu jauh lebih berjaya dari kita. Buat apa sekat2 macam sesetengah orang bila tenguk orang bawah laju sikit, depa main politik cantas, sekat , buat tengin je, dll. Sebab tu dalam sesuatu organisasi yang bangsa asing tak ramai tapi kita tenguk deme berjaya dalam kerjaya. Mungkin sebab depa memang rajin dan terer, tapi faktor utama adalah dia orang berusaha dan ada strategi tersusun cantik untuk tolong bangsa dia orang dalam kerjaya dan peluang yang ada. Orang Melayu lemah dalam strategi, masih lagi ada yang berpegang pada budaya bodek dan cantas macam cerita filem2 P Ramlee dulu2, cite pendekar, sultan dan pembesar2nya. Ada juga yang suka menggunakan kecerdekannya untuk memperbodohkan orang lain. Ada yang masih ego dengan kejayaannya, yang kononnya atas titik peluh sendiri walhal macam2 kemudahan dan penat jerih kunta kinte membantu serba serbi sepanjang pengajiannya dari mula hingga klimaksnya.

Tadi dapat berita dalam kumpulan ada mamat yang suka menggelar orang lain dengan nama yang buruk2, dikutuk dicaci di belakang2 tapi bagai baldu di depan. Aku kabor pada yang bercerita, mamat tu belum dapat hidayat lagi. Mungkin tunggu dia dapat pergi haji atau sakit teruk nanti, mungkin hidayat akan datang. Aku dah lama tau tapi sebab mamat tu ada god father, aku bior aje asal dia tak ngusik aku udahla..kan ke kita negara demokrasi. Dalam hidup sekarang, macam2 ada, jantung, paru2 boleh sumbat bila2, boleh mogok bila2, jadi tak payahlah dikutip semua katak keghedek (semua hal la) tu. Kita tenguk aje lah sampai bila benda2 yang tak elok boleh bertahan, Mat Saleh yang tak yakin Quran pun ada kata...'sooner or later, the truth will prevails...!'. Benda2 macam ni takan berlanjutan kalau ada pihak yang bertegas. Yang jadi masalahnya adalah sikap asal kerja dan masalah aku selesai, yang lain lantaklah. Sebab itu tak boleh berubah dari dulu, kini dan selamanya...

Masalah dalam hidup ini adalah orang hanya cari orang lain bila sesak sahaja, bila dah senang atau bila orang yang ditolong pula susah, hilang pula yang lain. Takat tak ingat ok lagi, ada kes yang ditolong ngokak balik pun ada (ngokak > teruk dari gigit, tak pasti bahasa Peghak ni ada dalam kamus Dewan Bahasa ke tak). Ada juga nak ambik tau tapi takat jadi tape recorder je la, dengar, tape dan on balik pada orang2 lain. Kita nak dan perlu yang setia, tak ghaib masa susah dan senang, tak mampu bantu pun atleast be a good listener dan jangan jadi station TV atau radio yang broadcast news sana sini. Yang tibai2 belakang tu minta Tuhan jauhkan la....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan