Sabtu, 7 November 2009

Hujan lambang kesedihan dan rahmat bumi gersang


Sejak dua menjak ni, hujan turun tak kira malam maupun awal pagi dan petang. Lebatnya adakala tiba2 menderu. Ada tempat dah mula banjir, bagi pantai timur dan utara Semenanjung, ia merupakan acara tahunan. SPM tak lama lagi dan kesian pada para pelajar di kawasan2 terlibat. Baru2 ni dalam perjalanan balik ke opis terserempak dengan awan larat yang baru menurunkan hujan. sempat tangkap gambar. Jarang2 dapat melihat garisan hujan turun sebegitu.


Seperti biasa, kalau orang dalam kesedihan atau nak menangis, ada yang menyakat kata hari dah nak hujan. Tapi bagi bumi yang gersang, pokok yang menanti air, hujan tentulah menjadi rahmat bagi mereka. Hujan menghidupkan bumi gersang, yang mana dapat menolong bijirin tumbuh melata. Dalam sains juga ada digambarkan bila ada air baru segala enzim dalam biji bertindak untuk menghadam karbohidrat menjadi gula ringkas dan akhirnya digunakan oleh embrio untuk bercambah.


Namun begitu hujan juga bagi yang berniaga di pasar2 malam, mungkin terjejas jika lebat tapi rahmat jika cepat berhenti, orang ramai lapar akan keluar membeli. Hujan mungkin leceh bagi nak berjalan sana sini, nak pergi menoreh, berkebun dll. Tapi hujan jugalah yang dinanti2 oleh pesawah sebelum mereka boleh membajak.


Apapun apa jua yang dikurnia Tuhan ada gunanya. Tak dijadikan Tuhan sia2. Dalam surah Ar Rahman pun diulang2 ayat yang bermaksud, 'Nikmat manakah yang engkau nafikan?' Macam biasa, manusia jarang berterima kasih, bersyukur bila ada sesuatu nikmat...hanya tau bila ditarik balik olehNya, tak ke gitu kengkawan?


Arwah Sudirman pernah berlagu, 'Hujan yang turun bagaikan mutiara....', ada kata2 orang Melayu pula,'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...' menunjukkan peranan hujan dalam kehidupan seharian.

Jumaat, 6 November 2009

Ratu bowling


Awal pagi dapat info 3 sekawan anak dara teman se opis nak gi trening bowling kat The Mines tengahari ni. Deme tanya juga pandai main tak? Teringat mengikut kengkawan dulu2 dan anak main bowling kat Alamanda. Naik kutai menunggu. Bowling ni bila main kena hepi, relax tak terkejar2, tenguk gelagat orang, tumpang gelak bila gaya orang macam pro tapi bila baling lalu longkang! Kini tak ikut dah, maklumlah zaman kita dah hampir berlalu, banyak lagi 'urusan negara' yang nak dibereskan hujung2 minggu ni. Apatah lagi KakJah Abang Jenai nak datang pagi ni.


Oklah dua minggu lagi dua anak sedara nak kawin. Majlis nikah kawin semua pada hari Sabtu 21Nov ni di Malim Nawar. Mungkin balik sekejab je Wani pun nak SPM ni. Tadi pun baru kontek Yang Pa minta urus tolak tanah di Cgkt Kobo. Sebelah tanah dah clear nak buat padang mainan. Apapun urusan serba serbi ada, Malim Nawar ada durian sekarang ni. Jarang pun balik, tiap minggu ada je hal.

Berita sensasi hari ini


Baru2 ni keluar cite bekas mufti Perlis ditahan pihak JAIS kerana mengajar agama tanpa permit di sebuah banglo, dan kisahnya bakal tamat bila ada pihak akan menarik balik tuduhan dan diminta membuat minta maaf secara terbuka. Oklah tu buat apa gaduh2. Ni hari ni kisah ustaz Sekolah Menengah Teknik KL Cheras belasah budak bernama Farouk di sekolah itu sampai terkoyak kening dia. Ustaz tu dikatakan naik angin, sepak terajang bangku dan tumbuk berkali2 budak tu..entah apa salahnya tak tau la. Meleleh darah kening si Faouk muka depan Harian Metro hari ni.


Kebetulan si Farouk ni ada buat ulangkaji group study empat orang di rumah kami minggu lepas, tak sangka pula dia yang pendiam dan tinggi lampai dibelasah ustaz tu. Pelik juga ya, selalu orang pakai rotan, suruh ketuk ketampi, denda itu ini, tak de lah main belasah. Sepanjang 10 tahun aku duduk sekolah berasrama, dari Anderson, Teknik Ipoh, SMSK, SMSPs, Sekolah Alam Shah...tak pernah pulak jumpa cikgu atau ustaz macam tu walhal di SMSK dulu ustaz dan warden garang juga. Walaupun garang, jasa cikgu tu kami kenang sehinggakan dia meninggal dunia, berita dihebahkan dan kami sama2 sembahyangkan dan mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.


Mungkin dah sampai masanya pihak Kementerian berkenaan dan pihak cerdik pandai memikiorkan sebab musabab semua ini berlaku. Adakah akibat tensen keje banyak atau budak2 punya hal. SMTKL diwar2kan sebagai antara sekolah teknik terbaik di Malaysia tapi kenalah juga jaga imej bukan hanya skor tinggi tapi disiplin, imej budak dan pengajar juga kena cemerlang lah. Dulu kat sekolah agama di Ampangan, Seremban pernah ada yang jadi arwah akibat dibelasah kengkawan kerana sebab water heater saja. Ini menunjukkan something wrong some where and we must think how to avoid and to solve similar cases in future. Adakah akibat dari global warming, manusia makin hilang pertimbangan? Adakah sebab ekonomi meleset?Masalah peribadi?Masalah keluarga?
Buka internet tadi terjumpa website ni, terus bagi komen. Kome idak ke nak komen?

Khamis, 5 November 2009

Mencari identiti tersendiri



Hujan turun lebat sejak sebelum subuh lagi. Sejuk terasa bagaikan berada di tempat peranginan pula ya. Staf ada yang masih outstation di Teluk Intan. Hari ni kena setel berbagai hal sebelum berjumpa pakar lusa ni. Di KLCC minggu depan ada persidangan PIPOC, satu konfrens antarabangsa yang menemukan pakar2, saintis, pengurus2 ladang dll dari agensi kerajaan dan swasta. Sebelum ini dapatlah berjumpa rakan2 lama yang 20-30 tahun tak berjumpa...rupa bentuk badan, warna rambut berubah tapi gaya, gelak ketawa tetap sama. Itulah yang dikatakan identiti.


Masakini generasi muda jarang mempunyai identiti tersendiri. Ramai memilih ntuk menjadi pak turut atau 'play safe'. Mungkin ada yang nampak menonjol tapi kadangkala gelojoh, menonong tak menentu lain jadinya. Dulu masa kat kolej, kita bahasakan orang yang banyak tak tau tapi buat2 pandai sebagai Bodoh Sombong. Sebab tu lawak masa tu pun kasar, contohnya..'Hang jangan main2, tampaq bodo baru tau'. Tapi dalam pada itu teringat sekumpulan kawan yang hidupkan sunnah secara jemaah, pergi main bola pun pakai seluar trek panjang, tutup aurat. Sebelum selepas main berdoa. Masuk tempat kuliah, kalau ada yang berdua2an, akan datang Amir atau ketua jemaah bagi tarbiah sikit. Ada yang boleh terima teguran tapi ada juga yang melawan. Demokrasilah katakan....




Bila berubah dari alam pengajian ke alam kerjaya, ramai kengkawan dah berubah. Kalau dulu masa belajar bercakap di depan pun tergagap2, dah jadi manager, bos2, duit pun dah banyak kut, dah pandai pun bercakap, berdebat dalam sesuatu isu. Maknanya masa dan keadaan akan merubahkan seseorang. Ada juga yang perlu berhijrah, baru bintangnya bersinar. Mungkin kerana selama ini, sinarnya dilitupi awan mendung yang sarat saban hari, saban tahun. Ada seorang teman dulu BI hancus, memang U, I, past tense, present tense sume tonggang terbalik, tapi Allah Maha Berkuasa, beliau dapat sambung MSc di Florida. Tak dapat bayang aku keadaan dia, tapi aku yakin dia dah terer BI sekarang dan berjaya dalam hidup.




Dalam mengejar identiti diri, dalam kesibukan dan mengejar 1000 impian, ramai tak peduli semua itu. Yang penting, ada peluang aku grab; ada masalah aku cari orang; penin cari ubat, sakit masuk wad, mati tanam...eh eh takla sampai gitu yop! Bagi memupuk semangat dan melatih yang muda sekarang bukanlah mudah. Dulu kita dilatih dari tak ada, dari susah sikit2 meningkat. Orang sekarang belajar dari mewah. Mana nak dapat uumphnya rasa susah sebab tak pernah susah. Celik2 dah ada bibik, dah ada pembantu, dah ada supir, pembantu, pengiring dll. Maka jadilah budaya oportunis, selfish, tak prihatin membuak2 dan jadi ikutan.




Bolehkah semua itu diperbetulkan? Mungkin boleh tapi payah. Air terjun yang laju pun boleh dilencungkan dan dipam balik ke atas jika nak. Ni kan pula hati manusia yang mudah berubah2 dari masa ke semasa. Hanya hati kering aje yang payah nak paham bahase kata orang Peghak.

Pengalaman mengajar kita


Awal 80an dulu staf di opis masih tak ramai, maklumlah ketika itu aku baru orang ke 545. ARO masa tu ada bilik besar tapi tangungjawab pun besar. Dari mula mencari sampel, beli alat2 dan bahan2 untuk buat media dan pengulturan, buat dan adjust media, proses pengulturan, pemerhatian, basuh membasuh, buat catatan dan laporan bulanan, pemantauan disiplin staf bawahan, analisa data, memberi ceramah, petugas expo dan tugas2 khas bos. Walaupun pada asalnya mendapat peluang untuk mengikuti program pensyarah muda, tapi semangat nak bekerja masa tu berkobar2 akhirnya peluang tadi dilepaskan begitu saja. Setahun berikutnya dapat ilham untuk sambung belajar, jadi panjatlah sana sini tapi tak berjaya. Masa tu kalau nak belajar kena berhenti keje. Bos masa tu menyarankan aku ambil part time USM 5 - 7 tahun untuk BSc. Aku tak berminat cara itu sebab belajar kena fokus.


12 tahun berikutnya baru dapat peluang sambung belajar, itu pun masa nak pergi umrah 1994 bos India yang merekomenku pernah sampai undur kete ketika terserempak di tepi jalan dan bertanya 'are you going to Mecca, to visit the black stone?umrah?'. Selepas jawab ya, dia terus kata dia dah rekomen habis2 dan suruh sembahyang doa di Mekah. Alahai, itu orang bukan Islam yang nasihatkan aku dan usaha tolong aku. Masa tu terasa ingin belajar, kerana bos2 muda dan seangkatan dengannya yang masuk keje mula sebagai RO sangkut, dah pelan tetap, dapat sambung Master dan ada yang sampai oversea buat PhD. Balik dah cerdek tak macam dulu! Aku bantu dia orang tapi aku kat takuk itu saja, tak berubah. Sedangkan di kolej dulu siang aku sama2 belajar, malam aku ajar buat kelas tuition untuk kengkawan yang agak tertinggal tak catch up pelajaran siang tadi. Maknanya aku bukan lah udd sangat kan.


Keadaan dan senario masa itu amat kondusif memberi aku semangat untuk iktiar sambung belajar. Jika tak aku akan karat takat tu saja. Setelah dapat kekanan setelah hampir 12 tahun bertugas, aku pun sambung BSC di Serdang dan untung dapat fulltime 4 tahun. Kebetulan masa tu immediate bos India, atas dia Cina, atas lagi India dan pengarah masa tu Melayu. Sokongan tiga lapis tadi akhirnya membolehkan aku dapat sambung ijazah walaupun agak terlewat.


Selesai BSc aku ditawarkan 3 sem untuk buat MSc dan dijamin beres oleh supervisorku. Tapi selaku kakitangan yang berhemah juga, aku minta secara tertib pada majikan. Dan akhirnya impianku tersadai. Alasan tunggu pos RO dulu, nanti mudah dapat elaun dll. Siang tukar malam, hari jadi minggu, bulan , tahun akhirnya 2 tahun berlalu barulah aku dapat naik pangkat. Aku pun terus buat permohonan MSc. Sangkut lagi atas alasan belum sah jawatan dan nak tenguk prestasi kerja dulu. Setahun kemudian baru disahkan jawatan, aku mohon lagi melalui berbagai cara. Ada yang suruh bersabar, ada yang suruh fikirkan tajuk tesis yang lebih mencabar, ada yang tak bagi fulltime dll. Terbengkalai lagi akhirnya.

Tuhan Maha Kaya, diberi satu laluan melalui 1 mesyuarat. Big bos tiba2 tanya, 'awak tak de keinginan ke nak sambung Master?'. Entah macamana spontan aku jawab, 'Dah cuba berkali2 tapi tak berjaya!'. Tercengang ahli majlis bermesyuarat hari tu. Big bos kata orang luar kita bagi takan orang dalam kita tak bagi. Keesokan harinya aku dipanggil mengadap, disuruh sambung belajar tapi part time kerana sape nak buat keje aku nanti? Dalam fikiranku selama jadi ARO, banyak juga keje secara langsung tak langsung keje2 bos2 yang sambung MSc ,PhD kita buat juga. Mungkin agaknya orang lain boleh, kita yang tak boleh!

Sepanjang buat MSc, 1001 macam dugaan diterima. Dari mula nak buat projek tak de duit, panjat sana sini macam minta sedekah. Kebetulan masa tu bertongkat dua akibat kecederaan dalam bertugas di Kedah. Terpaksa pusing kepala otak memikirkan duit, kudrat pun tak de. Dah dapat tempat buat eksperimen, kena cari pokok dan polibeg. Mungkin masa tu Tuhan nak tolong, Prof bagitau dari UK bagitau opis guna bajet XXXRay untuk tujuan itu. Aku cari kontrektor dan orang yang boleh tolong aku. Akhirnya 180 polibeg besar dan pokok dapat disediakan. Aku terhutang budi pada Sepoi, Isa, budak UPM, anak2 dan isteriku yang telah bersusahpayah membantuku. Mungkin depa tenguk aku OKU, merekalah diantara makhluk Allah yang terbuka pintu hati deme nak menolong.


Eksperimen aku hampir berkecai bila satu hari kontraktor datang dengan lori bawa surat nak merobohkan rainshelter aku. Terperanjat beruk aku dibuatnya. Apa tidaknya dalam surat tu kontrektor berhak kosong dan robohkan semua dan ambil semua benda di dalamnya termasuk pokok2 macam harta rampasan perang. Aku kontek Prof di UK, tapi dia pun tak boleh buat apa sebab surat dah keluar. Penin2 lalat aku mencari tempat untuk sambung kajian. Macam minta sedekah juga. Akhirnya aku dapat tempat di tepi padang golf Serdang. Terpaksa mengangkut pokok2 tu guna lori yang dibawa oleh Yop Usop, sahabatku. Sorang2 lah aku buat kajian di situ, kadang2 ngeri juga takut kete, kepala kena bola golf dan keselamatan selalu sorang2 di situ. Sepoi, Isa, Amin, Wani, Nadhirah dan isteriku yang banyak membantu dikala perlu.


Ada satu hari bekalan letrik dan air dipotong , macam disabotaj aje. Nasib baik ada Isa, Sepoi pakai alat pam yang disambung ke kete kancil dan kadang2 van Rusa aku untuk jalankan pam untuk siram pokok. Memang mencabar masa tu. Tapi mungkin Tuhan nak bantu dan berkat sabar dan usahaku akhirnya beres juga master aku. Itu di rain shelter. Semasa kajian di ladang di Kedah sebelum itu, aku terjatuh dalam lubang semasa mata melilau melihat pokok dan pucuk2 sawit. Akibat dari tu. aku menjalani 2 kali pembedahan lutut akibat pecah kapsul dan ligamen lateral, kolateral dan ACL terkoyak. Jadilah aku OKU selama hampir 6 bulan. Paling menyedihkan dalam satu miting, ada yang gelakkan aku atas alasan orang lain tak kena pun..bla bla bla.


Double standard dalam tugas jelas di mata, sakit di hati. Tapi selaku orang Islam, kenalah terima seadanya. Ada orang begitu mewah, serba serbi diberi sokongan padu. Ada orang jauh sekali. Tak tahulah mana salahsilapnya. Yang pasti bila master aku habis, satu kepuasan dalam diri ada kerana sepanjang master, aku pernah kena operet lutut 2 kali, apendik, patah jari dan strok sebelah badan. Aku bersyukur walaupun begitu, semua dapat dibereskan dan sempat menunaikan rukun ke5 dalam waktu buat MSc. Kadang2 tak sedor air mata mengalir mengenangkan laluanku macam cite Hindustan pun ada, cuma heronya aje jarang2 menang. Macam cakap Dr Paranjothy sebelum ni..'dalam hidup itu masalah mesti ada...itu SABAR mahu ada!'




Pengalaman benar2 mengajar kita. Bukan hanya untuk tahu apa itu sabar bahkan tau kat mana nilai kita pada keluarga, kengkawan malahan di tempat keje kita. Anak Cina makan pengat, sendili mau ingat hehe!

Solat di mana jua anda berada....

Atas ayor boleh....

Atas padang kering kontang boleh...

Atas batu boleh....


Atas salji kat kutub pun boleh!



Bilaku ingat bilaku kenang


Bilaku ingat bilaku kenang
Masa dulu susah payah dilalui
Menjadi asas kejayaan tahap ini
Nostalgia kini


Bilaku ingat bilaku kenang
Memang benar kata2 anak kini
Dulu lain sekarang lain
Keje sungguh tak main2

Bilaku ingat bilaku kenang
Segala yang pahit jadi manis
Survival hidup memantap diri
Agar jatidiri kendiri tetap bersemi