Khamis, 5 November 2009

Pengalaman mengajar kita


Awal 80an dulu staf di opis masih tak ramai, maklumlah ketika itu aku baru orang ke 545. ARO masa tu ada bilik besar tapi tangungjawab pun besar. Dari mula mencari sampel, beli alat2 dan bahan2 untuk buat media dan pengulturan, buat dan adjust media, proses pengulturan, pemerhatian, basuh membasuh, buat catatan dan laporan bulanan, pemantauan disiplin staf bawahan, analisa data, memberi ceramah, petugas expo dan tugas2 khas bos. Walaupun pada asalnya mendapat peluang untuk mengikuti program pensyarah muda, tapi semangat nak bekerja masa tu berkobar2 akhirnya peluang tadi dilepaskan begitu saja. Setahun berikutnya dapat ilham untuk sambung belajar, jadi panjatlah sana sini tapi tak berjaya. Masa tu kalau nak belajar kena berhenti keje. Bos masa tu menyarankan aku ambil part time USM 5 - 7 tahun untuk BSc. Aku tak berminat cara itu sebab belajar kena fokus.


12 tahun berikutnya baru dapat peluang sambung belajar, itu pun masa nak pergi umrah 1994 bos India yang merekomenku pernah sampai undur kete ketika terserempak di tepi jalan dan bertanya 'are you going to Mecca, to visit the black stone?umrah?'. Selepas jawab ya, dia terus kata dia dah rekomen habis2 dan suruh sembahyang doa di Mekah. Alahai, itu orang bukan Islam yang nasihatkan aku dan usaha tolong aku. Masa tu terasa ingin belajar, kerana bos2 muda dan seangkatan dengannya yang masuk keje mula sebagai RO sangkut, dah pelan tetap, dapat sambung Master dan ada yang sampai oversea buat PhD. Balik dah cerdek tak macam dulu! Aku bantu dia orang tapi aku kat takuk itu saja, tak berubah. Sedangkan di kolej dulu siang aku sama2 belajar, malam aku ajar buat kelas tuition untuk kengkawan yang agak tertinggal tak catch up pelajaran siang tadi. Maknanya aku bukan lah udd sangat kan.


Keadaan dan senario masa itu amat kondusif memberi aku semangat untuk iktiar sambung belajar. Jika tak aku akan karat takat tu saja. Setelah dapat kekanan setelah hampir 12 tahun bertugas, aku pun sambung BSC di Serdang dan untung dapat fulltime 4 tahun. Kebetulan masa tu immediate bos India, atas dia Cina, atas lagi India dan pengarah masa tu Melayu. Sokongan tiga lapis tadi akhirnya membolehkan aku dapat sambung ijazah walaupun agak terlewat.


Selesai BSc aku ditawarkan 3 sem untuk buat MSc dan dijamin beres oleh supervisorku. Tapi selaku kakitangan yang berhemah juga, aku minta secara tertib pada majikan. Dan akhirnya impianku tersadai. Alasan tunggu pos RO dulu, nanti mudah dapat elaun dll. Siang tukar malam, hari jadi minggu, bulan , tahun akhirnya 2 tahun berlalu barulah aku dapat naik pangkat. Aku pun terus buat permohonan MSc. Sangkut lagi atas alasan belum sah jawatan dan nak tenguk prestasi kerja dulu. Setahun kemudian baru disahkan jawatan, aku mohon lagi melalui berbagai cara. Ada yang suruh bersabar, ada yang suruh fikirkan tajuk tesis yang lebih mencabar, ada yang tak bagi fulltime dll. Terbengkalai lagi akhirnya.

Tuhan Maha Kaya, diberi satu laluan melalui 1 mesyuarat. Big bos tiba2 tanya, 'awak tak de keinginan ke nak sambung Master?'. Entah macamana spontan aku jawab, 'Dah cuba berkali2 tapi tak berjaya!'. Tercengang ahli majlis bermesyuarat hari tu. Big bos kata orang luar kita bagi takan orang dalam kita tak bagi. Keesokan harinya aku dipanggil mengadap, disuruh sambung belajar tapi part time kerana sape nak buat keje aku nanti? Dalam fikiranku selama jadi ARO, banyak juga keje secara langsung tak langsung keje2 bos2 yang sambung MSc ,PhD kita buat juga. Mungkin agaknya orang lain boleh, kita yang tak boleh!

Sepanjang buat MSc, 1001 macam dugaan diterima. Dari mula nak buat projek tak de duit, panjat sana sini macam minta sedekah. Kebetulan masa tu bertongkat dua akibat kecederaan dalam bertugas di Kedah. Terpaksa pusing kepala otak memikirkan duit, kudrat pun tak de. Dah dapat tempat buat eksperimen, kena cari pokok dan polibeg. Mungkin masa tu Tuhan nak tolong, Prof bagitau dari UK bagitau opis guna bajet XXXRay untuk tujuan itu. Aku cari kontrektor dan orang yang boleh tolong aku. Akhirnya 180 polibeg besar dan pokok dapat disediakan. Aku terhutang budi pada Sepoi, Isa, budak UPM, anak2 dan isteriku yang telah bersusahpayah membantuku. Mungkin depa tenguk aku OKU, merekalah diantara makhluk Allah yang terbuka pintu hati deme nak menolong.


Eksperimen aku hampir berkecai bila satu hari kontraktor datang dengan lori bawa surat nak merobohkan rainshelter aku. Terperanjat beruk aku dibuatnya. Apa tidaknya dalam surat tu kontrektor berhak kosong dan robohkan semua dan ambil semua benda di dalamnya termasuk pokok2 macam harta rampasan perang. Aku kontek Prof di UK, tapi dia pun tak boleh buat apa sebab surat dah keluar. Penin2 lalat aku mencari tempat untuk sambung kajian. Macam minta sedekah juga. Akhirnya aku dapat tempat di tepi padang golf Serdang. Terpaksa mengangkut pokok2 tu guna lori yang dibawa oleh Yop Usop, sahabatku. Sorang2 lah aku buat kajian di situ, kadang2 ngeri juga takut kete, kepala kena bola golf dan keselamatan selalu sorang2 di situ. Sepoi, Isa, Amin, Wani, Nadhirah dan isteriku yang banyak membantu dikala perlu.


Ada satu hari bekalan letrik dan air dipotong , macam disabotaj aje. Nasib baik ada Isa, Sepoi pakai alat pam yang disambung ke kete kancil dan kadang2 van Rusa aku untuk jalankan pam untuk siram pokok. Memang mencabar masa tu. Tapi mungkin Tuhan nak bantu dan berkat sabar dan usahaku akhirnya beres juga master aku. Itu di rain shelter. Semasa kajian di ladang di Kedah sebelum itu, aku terjatuh dalam lubang semasa mata melilau melihat pokok dan pucuk2 sawit. Akibat dari tu. aku menjalani 2 kali pembedahan lutut akibat pecah kapsul dan ligamen lateral, kolateral dan ACL terkoyak. Jadilah aku OKU selama hampir 6 bulan. Paling menyedihkan dalam satu miting, ada yang gelakkan aku atas alasan orang lain tak kena pun..bla bla bla.


Double standard dalam tugas jelas di mata, sakit di hati. Tapi selaku orang Islam, kenalah terima seadanya. Ada orang begitu mewah, serba serbi diberi sokongan padu. Ada orang jauh sekali. Tak tahulah mana salahsilapnya. Yang pasti bila master aku habis, satu kepuasan dalam diri ada kerana sepanjang master, aku pernah kena operet lutut 2 kali, apendik, patah jari dan strok sebelah badan. Aku bersyukur walaupun begitu, semua dapat dibereskan dan sempat menunaikan rukun ke5 dalam waktu buat MSc. Kadang2 tak sedor air mata mengalir mengenangkan laluanku macam cite Hindustan pun ada, cuma heronya aje jarang2 menang. Macam cakap Dr Paranjothy sebelum ni..'dalam hidup itu masalah mesti ada...itu SABAR mahu ada!'




Pengalaman benar2 mengajar kita. Bukan hanya untuk tahu apa itu sabar bahkan tau kat mana nilai kita pada keluarga, kengkawan malahan di tempat keje kita. Anak Cina makan pengat, sendili mau ingat hehe!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan