Hujan turun lebat sejak sebelum subuh lagi. Sejuk terasa bagaikan berada di tempat peranginan pula ya. Staf ada yang masih outstation di Teluk Intan. Hari ni kena setel berbagai hal sebelum berjumpa pakar lusa ni. Di KLCC minggu depan ada persidangan PIPOC, satu konfrens antarabangsa yang menemukan pakar2, saintis, pengurus2 ladang dll dari agensi kerajaan dan swasta. Sebelum ini dapatlah berjumpa rakan2 lama yang 20-30 tahun tak berjumpa...rupa bentuk badan, warna rambut berubah tapi gaya, gelak ketawa tetap sama. Itulah yang dikatakan identiti.
Masakini generasi muda jarang mempunyai identiti tersendiri. Ramai memilih ntuk menjadi pak turut atau 'play safe'. Mungkin ada yang nampak menonjol tapi kadangkala gelojoh, menonong tak menentu lain jadinya. Dulu masa kat kolej, kita bahasakan orang yang banyak tak tau tapi buat2 pandai sebagai Bodoh Sombong. Sebab tu lawak masa tu pun kasar, contohnya..'Hang jangan main2, tampaq bodo baru tau'. Tapi dalam pada itu teringat sekumpulan kawan yang hidupkan sunnah secara jemaah, pergi main bola pun pakai seluar trek panjang, tutup aurat. Sebelum selepas main berdoa. Masuk tempat kuliah, kalau ada yang berdua2an, akan datang Amir atau ketua jemaah bagi tarbiah sikit. Ada yang boleh terima teguran tapi ada juga yang melawan. Demokrasilah katakan....
Bila berubah dari alam pengajian ke alam kerjaya, ramai kengkawan dah berubah. Kalau dulu masa belajar bercakap di depan pun tergagap2, dah jadi manager, bos2, duit pun dah banyak kut, dah pandai pun bercakap, berdebat dalam sesuatu isu. Maknanya masa dan keadaan akan merubahkan seseorang. Ada juga yang perlu berhijrah, baru bintangnya bersinar. Mungkin kerana selama ini, sinarnya dilitupi awan mendung yang sarat saban hari, saban tahun. Ada seorang teman dulu BI hancus, memang U, I, past tense, present tense sume tonggang terbalik, tapi Allah Maha Berkuasa, beliau dapat sambung MSc di Florida. Tak dapat bayang aku keadaan dia, tapi aku yakin dia dah terer BI sekarang dan berjaya dalam hidup.
Dalam mengejar identiti diri, dalam kesibukan dan mengejar 1000 impian, ramai tak peduli semua itu. Yang penting, ada peluang aku grab; ada masalah aku cari orang; penin cari ubat, sakit masuk wad, mati tanam...eh eh takla sampai gitu yop! Bagi memupuk semangat dan melatih yang muda sekarang bukanlah mudah. Dulu kita dilatih dari tak ada, dari susah sikit2 meningkat. Orang sekarang belajar dari mewah. Mana nak dapat uumphnya rasa susah sebab tak pernah susah. Celik2 dah ada bibik, dah ada pembantu, dah ada supir, pembantu, pengiring dll. Maka jadilah budaya oportunis, selfish, tak prihatin membuak2 dan jadi ikutan.
Bolehkah semua itu diperbetulkan? Mungkin boleh tapi payah. Air terjun yang laju pun boleh dilencungkan dan dipam balik ke atas jika nak. Ni kan pula hati manusia yang mudah berubah2 dari masa ke semasa. Hanya hati kering aje yang payah nak paham bahase kata orang Peghak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan