Sabtu, 30 Januari 2010

Kehebatan Avatar, kelemahan kita




James Cameroun makin meningkat. Dulu dengan filem Titanic, kini lebih hebat filem imaginasi, Avatar. Kesungguhan, ketelitian, pelaburan yang tepat dan betul pada tempatnya menghasilkan karya yang terbaik. Ini jauh berbeza dengan budaya yang ada pada kita, semua benda nak terbaik tapi macam mi segera, cepat dimasak sedap dimakan...nak cepat kalu boleh macam cite Merlin juga magik!


Dalam sudut Discovery channel, Nadhirah amat berminat dalam siri 'how it is made?'macam2 produk terutama yang dapat kita lihat tiap hari ditunjuk cara membuatnya dari A hingga Z. Semalam dia menenguk proses dari kulit lembu hingga menjadi kasut dll. Siri macam ini membuka minda anak2 dan ke arah percambahan pemikiran, taklah macam drama tak tentu hala/lawak bodoh yang selalu keluar kat kaca TV.


Hari kian mendung, walaupun dari pagi agak terik. Terasa sunyi di rumah setelah 4 yang lain dah berada di luar. Semalam berkesempatan menemui kawan lama bersama koleksi serangga yang dikumpul dalam ekspedisi mereka ke Borneo beberapa bulan lalu. Masih segar di ingatan di mana ketika di Serdang High Skul kena ambik 2 subjek ento, dan semestinya 2 kali kena buat insect collection. Masih ingat juga lagi beberapa order, spesies serangga tu. Teknik mengingat cara orang tua2, cara key point...hemiptera serangga menghisap, coleoptera jenis kumbang, odonata jenis cakcibor dll semua kaki 6..tapi labah2 bukan insect tapi dah geng lain arachnida sebab 8 kaki yop! Yang dua kaki tu homo sapien la dll.


2 hari dah hpon rosak, maka banyaklah no hpon yang tak dapat diingat/dikesan. Bak kata kawan kita Ayi, hpon sekarang macam pensil, tak tentu hala bebudak bila tak de. Pak Majid pun kata orang panjat nyor pun pakai hpon, tgh manjat nyor boleh berhenti angkat call. Jadi tak heranlah kini semua pandai pakai hpon, sikit2 calling2, sms.



Dengor cite kat Malim Nawar pun deme dah mula menanam pokok gaharu. Mungkin agaknya senang, tanam tinggal je kut. Cukup masa tebang, jual. Tapi rasanya kutai gak nunggunya. Yang penting berani mencuba. Macam kapalterbang ni terbang rendah di kawasan zirafah, nah ni jadinya...dan ada yang teringin nak tenguk apa ada dalam mulut gajah...




Ahad, 24 Januari 2010

Hari ni paling sibuk


Tiap bulan kalau tak ada peristiwa lain dan aral melintang, masing2 kat tempat keje gua banyak sibuk. Bukan takat nak plan bincang apa patut buat minggu ni, outstation kat mana, agihan staf kat mane..tetapi yang paling ketara adalah bank, ATM diserbu. Payday beb! Dulu masa praktikal di zaman bujang trang tang tang di estet (yang segan nak bagitau), bila pay day, ada aje meja, kerusi, peti ais kedai pun boleh pecah/rosak. Sebab apa? Hari tu ada mamat2 yang blues sikit, minum selebret dapat gaji yang tak tara mane pun tapi minum sampai tonggang langgang. Mula lah jadi macam cite koboi kat bar je. Itulah kehidupan bagi yang susah tapi bila ada sikit fulus nak enjoy lepas gian cara tersendiri. Ada gak di estet2 dulu mamat2 kaki minum ni duk tunggu supply mari pada hari2 tertentu, bawa bekas, kole sendiri tunggu dengan penuh harapan.


Budaya jahiliah tu mungkin dah tak ada sekarang. Ada seorang kawan lama bagitau masa dia jadi manager ladang di satu estet di utara, yang dia dah robohkan tempat minum tu yang kebetulan sebelah surau estet.


Kini masing2 dah berkeluarga, jelas kelihatan bila gaji, masing2 sibuk transfer duit kat anak2 yang kat asrama, kat U, kat kolej dll. Macam pembahagian asnaf pula jadinya. Begitu juga yang masih ada mak bapa, adik beradik yang ditanggung (bagi yang ingatlah). Tapi jangan lupa yang duk tunggu kat pintu2 bank, itu derma anak yatim/pembinaan surau dll. Teringat di awal 80an, bila gaji, ambik gaji cara cash macam kat estet juga. Tapi ya lah masa tu 3 angka aje. Itupun sum benda nak dibeli, diagihkan. Banyak yang perlu di 'kiv' kan sebab purchasing power elek. Teringat Ayi , jiran sekampung yang kini menetap di sini, kata dia dulu teringin nak makan macam2, duit tak de...sekarang duit dah ade, makan pula tak bleh macam2...hehe. Paham2 jelah, bila umur pun meningkat, darah pun meningkat, gout, g2 gni ada ye. Silap makan kang bengkak kaki, g2 gni jadinya. Apapun makan sikit2 oklah, deme kata buat ubat..hehe. Selera ni macam rimau juge yop.

Terpikior ke kite yop


Terpikior ke kite yop
Hari ni maki orang
Esok lusa terbontang tak upaya yop

Terpikior ke kite yop
Hari ni gagah perkasa
Esok lusa dimandikan orang yop

Terpikior ke kite yop
Hari ni tenyeh orang
Esok lusa dikafankan orang yop

Terpikior ke kite yop
Hari ni menganiaya orang
Esok lusa disembahyangkan orang yop

Terpikior ke kite yop
Hari ni bengkeng semacam
Esok lusa dikambuskan orang yop

Terpikior ke kite yop
Hari ni tak dengor nasihat orang
Esok lusa ditalkinkan orang yop

Terpikior ke kite yop
Hari ni kite elok bernafas
Esok lusa tumpo kite yop !

Mana2 pun ada masalah, itu sabar mau ada

Sejak dua menjak ni macam2 peel manusia diceritakan dan berlaku di depan mata. Ada yang bercerita kisah mamat yang mungkin 'somebody' pakai masuk aje sebuah kedai fast fud terus duduk tempat dia suka. Sepatutnya tanya budak yang standby yang akan bawa ke meja yang siap dah. Bila orang lambat layan di makihamun staf di situ dan minta panggil pengurus. Dengan pengurus2 tu pun kena warning bila backing staf dia...aisehman, makan punya hal pun mau ngaduh2 ka..kalu kat Haiti mungkin la. Kisah lagi satu, seorang mamat tu berhenti tepi jalan turunkan passenger, bertalu2 hon kereta belakang..macam orang hilang akal. Tarak sabar langsung. Di SKJ4 pun semalam macam tu juga, naik bingit telinga dik bunyi hon mamat yang kerek tu.
Cite lagi satu, kat kedai gunting tadi, masuk2 aje kedai, kelam kabut satu india muda meluru ajak duduk bangku pertama untuk gunting. Keje pun laju kelam kabut semacam je, sebelah pula satu mamat duk marah2 tukang gunting sebab masih panjang lagi rambut depan dia..gua pun heran dia tak cakap pendek macamana. Terkebil2 budak India tu. Kisah gua, habih je India muda gunting tadi, terus panggil 1 budak yang nak bergunting. Lalu di tegur seorang lagi tukang gunting lelaki India dari Chennai yang gua bese bergunting..jadi berbalas2 lah jawab menjawab dan dia mengalah. Gua tak paham tapi kesian gak dia, mungkin agaknya dia kata nape potong trip aku Joe?Sepatutnya budak tu aku yang gunting. Moral of the story...maknanya itu sabar makin kurang di mana jua kita berada. .dan tak kira bangsa dan kenegaraan. Sebab tu gua mau kalu lapor, gua makan kenyang2, kalu kat rumah tak larat masak, terus makan kedai atau tapaw..selesai masalah. Apa bikin keriau2..betul x?
Gua pun kadang2 angin juga hehe..ada yang kata aku masa muda macam Nasir Bilal Khan irasnya..Kata2 tajuk blog hari ni pernah diluahkan oleh bekas salah seorang bosku ia itu Dr K Paranjothy. Dia serius dan pendiam orangnya. Walaupun ramai yang kurang ngam dengannya, dengan gua ok je. Mungkin agaknya gua respek dia. Jadi dia pun ingat sama gua la. Bila naik kanan dulu pun, dia yang pertama datang jumpa dan tahniah kat gua.
Kini di mana2 pun orang cepat angin. Di sini pun tak kurang juga walaupun ramai yang educated ma. Bak kata orang kampung, penggal batu soheh terkenalah orang yang berijazah/master/phd hehe...tadi semasa beli tiket untuk hero balik ke kok lanas raya cina ni, terpegun tenguk makcik tokeh kedai yang guna laptop online tiket bas. Dia kata nak tenguk apa kat rumah pun boleh. Maknanya rumah dia ada cctv online ke laptop di kedai...peh macam tu tak pe, ada kepandaian busines bagus, PR pun bagus walaupun dah peringkat makcik yop. Ate mike sabor x??? Ke macam teman juga kadang sabor kadang idak...hehe. Tapi bab makan jangan makihamun orang yop, tak baik depan rejeki. Kang rejeki merajuk, tumpo mike yop.

Jumaat, 22 Januari 2010

Diner semalam

Walaupun pada mulanya hujan, ramai juga yang datang sehinggakan kena buka meja2 baru kat luar dewan Equatorial semalam. Wardina selaku mc dan Atilia penyanyi jemputan, majlis bersama kengkawan berlalu penuh ceria. Tak de ong kali ni sebab meja dan cabutan bertuah tak mengena. Apapun tahniah buat Epoi kerana mem dia yang keje unit akaun dapat 1st prize cabutan bertuah dapat laptop. 3 dara lab aku pun dan SARO ada datang. Kali ni gua join grup Ento dan pilot Bio. Tahniah juga kat mem gua kerana team R&D dia menang anugerah emas sebab projek minyak Novelin tu. Hadiah kumpulan RM15,000, tak tau la staf dpt berapa ye?

Rabu, 20 Januari 2010

Anak2 dah merata tempat




Buat masa ni kaklong masih di shah alam, amin dah kat Kok Lanas dan tati di Bukit Beruang. Wani dah mula keje sementara dan tinggallah adik je kat rumah, yang akan jadi kawan dan lawan hehe... Sambil menaip ni suara Alkil Hayy 'Hasbi Rabbi' berkumandang, teringat pula orang Gunung Mesah ni yang kini dah berkahwin dengan Waheeda.


Apa yang menariknya hostel tempat Amin tinggal kebetulan nama pun Hostel Amin..peh ngam betul la tu..harap2 sesuai la. Bukannya lama pun setahun aje kat sana. Tadi sempat baca berita Yahoo. Diantaranya komen Dr M tentang perang anti pengganas. Dr M kata takan berjaya kerana mereka guna kekerasan dan bukan mengkaji punca masalahnya. Kuasa Barat perlu belajar mengambil hati rakyat di Afgan, Palestin dll baru berjaya. Ini perang gerila yang akan berterusan sampai bila2.

Selasa, 19 Januari 2010

Bila usia kian meningkat


Bila usia kian meningkat
Banyak benda pelan tak ingat
Keje sikit bercucuran keringat
Macamla keje kuat sangat

Bila usia kian meningkat
Banyak benda kurang minat
Bagai orang hilang semangat
Keje sikit cepat penat

Bila usia kian meningkat
Benda manis tak bleh ambik sangat
Macam bubur dan pengat
Makan alakadar asal jangan teringat

Bila usia kian meningkat
Teringat raja2 pun mangkat
Elok kita sume berpakat
Mohon doa agar hidup berkat

Ic baru


Wani dah genap 18, jadi kenalah tukar IC. Lagipun yang lama dah rosak cipnya. Semalam mula gi opis pendaftaran Kajang tengahari, rupanya tutup hingga 2.00pm. Bila buka balik, orangramai serbu macam race lagi. Jadi kena tunggulah giliran. Tempat buat paspot buka tengahari tapi opis pendaftaran tak. Ada juga yang bawa baby baru 2 hari, rupa2nya proses ambil anak angkat.


Harini miting dari pagi ke petang. Staf ada yang ke Keratong dan Kluang. Jumaat ni ada majlis anugerah di opis. Ada yang dapat anugerah cemerlang, warga mas dll. Malamnya pula ada dinner di hotel berdekatan.

Ahad, 17 Januari 2010

Bila burung berhimpun menjelang maghrib

Hari ni hantar Tati dan kawannya ke Bt Beruang, Melaka. Perjalanan tengahari yang terik lagi mengantuk. Bila pergi pusing2 Bandar Melaka, hari ni agak sibuk, payah nak dapat tempat parking. Sekembali dari sana, singgah R&R Seremban. Yang menarik perhatian adalah bunyi bising burung2 hitam (bukan gagak) yang berhimpun macam bermesyuarat di atas pokok2 berhampiran. Difahamkan sampai satu masa semuanya akan senyap sunyi. Mungkin depa pun ada kapten yang akan bagi arahan soh duk diam2 kut...

Sabtu, 16 Januari 2010

Karnival Pengajian Tinggi 'JOM MASUK U' di Shah Alam




Tengahari tadi dapat gi tenguk karnival IPTA/IPTS di Stadium Malawati. Bagus juga dapat reki peluang sambung belajar buat Wani, Tati dan Amin. Banyak tempat yang boleh Wani sambung nanti, baik UiTM, KPM, UMT, USIM dll. Tati pula boleh terus sambung kat JB atau UiTM. Amin pula ada peluang boleh sambung di UTM Skudai, UTem, GMI, UiTM, UniTEN dll. Yang penting result nanti ok, MUET pun ok.




Selain gerai2 pameran dan penerangan, ada juga gerai jualan makanan dan minuman. Apa lagi, pekena laksa dan bihun sup la. Dapat tau abang, anak Nu jatuh motor dan kena balik kampung untuk urut. Ti juga kurang sihat Nyahta ada di Tambun tadi bawa cucu. Amin di Kok Lanas tolong kacau bubur asyura.



Jumaat, 15 Januari 2010

Menjelang ujung minggu...




Lewat petang tadi ramai yang datang ke bilik. Ada yang bertanya urusan kerja, ada berbincang hal statistik dan tak kurang hal2 kemanusiaan. Memangla sedia maklum nak jaga orang bukan senang, apatah lagi jaga hati orang, baik yang atas dan yang bawah2. Bagi yang ada kemahiran semulajadi membodek, taklah payah sangat nak jaga yang atas2. Yang masalah nak jaga yang bawah2. Nak tanamkan semangat kerja, walaupun tokei tak de, keje macam bese, buat betul2 dan ikut arahan yang dikehendaki. Ada tren yang di depan lain, di belakang lain. Ada yang protest depan2, itu manyak cinang kata Ah Chong. Tau caranya...


Apapun dalam kita menilai orang, kadang2 tersilap juga. Sebab apa? Kita fikir apa yang nampak jelas di mata bukan apa yang tersurat dan tersirat. Beruntung yang ada asistan yang bertanggungjawab, apatah lagi yang tau apa kehendak kita dan mampu berfikir sendiri..tak erlu di ketuk berkali2.

Berbalik hal semasa, panas gak hati bila terbaca artikel kat Yahoo news Malaysia ni, macam2 dihentamnya kita melayu ni. Sepatutnya kena ada tindakan tegas juga pada yang pakai tulis aje seolah2 negara kita ni naya sangat bangsa lain. Sedangkan tenguklah yang berjaya, yang kaya sape??? Ni le yang dikira jenis tak ngenang budi dan tak tau base kate oghang Peghak.

Hari ni lak dah Bezday Wani ke 18. Disebabkan dia keje kenalah selebret malam nanti. Makan2 kat kedai baru fasa 7 la.Amin dan Kaklong tak de pula kali ni. Di Kok Lanas kedai tak banyak buka, orang cuti Jumaat.

Khamis, 14 Januari 2010

Bila


Bila hati sudah suka
Semuanya indah belaka
Bila hati sudah terluka
Semuanya punah belaka


Bila hati sudah suka
Semuanya ok belaka
Bila hati sudah terluka
Semuanya ko belaka

2010 what next?


Bila tahun melangkah buka kalender baru lazimnya ramai yang azam baru, walaupun orang dan hati yang sama. Tadi ada mamat datang slow talk. Dia walaupun baru dalam arena kerjaya, dah terasa tempias bahana orang makan orang. Budaya 'kita telah membuat kesilapan...' dan 'saya telah berusaha bersungguh2 dan berjaya menemui...' telah lama ujud dimana jua. Apa yang pasti hidup mesti diteruskan dalam apa jua keadaan. Bertemu juga seorang teman lama, yang kian lusuh dimamah usia tapi masih di tahap tang tu gak lagi. Macam bulan gerhana je malap je.


Dalam pepe hari ni masih berlegar2 kes kalimah 'Allah' dan peristiwa2 yang berkaitan dengannya. Dalam menuju matlamat 1Malaysia ada pula berlaku benda2 cam tu. Dulu2 tak de pun kecoh2 macam tu. Teringat pula jalur gemilang tiang tinggi depan kedai perabot besar tak jauh bas stesen baru Jalan Reko, Kajang. Bendera yang uzur koyak merata masih dibiarkan berkibar2. Tak setimpal dengan bisnes ribu2 perabut di situ.


Dalam melangkah tahun baru, kita bertanya pada diri..apa lepas ni? Apa matlamat dan halatuju. Yang dijangka, Ti n Hadi akan bertambah ahli lagi April ni. Projek Anip tergendala lagi di PP. Cgkat Kobo masih belum ditanam pokok2 lagi.

Rabu, 13 Januari 2010

Meet the students







Hari ni dapat berjumpa lagi para peserta dan students IID2010. Macam2 cite ada, tergelak dengar cite Mr Aly, seorang pegawai IP yang naik taxi. Muka dia macam foreigner, taxi taruk RM40 walhal meter sikit aje, bila dia query cakap Melayu tak pelat langsung terkejut beruk lah dreba taxi tadi. Entahla dah macam2 peraturan ada, ada gak dreba yang nak cekik darah gak..

Selasa, 12 Januari 2010

Macam2 ada di Shah Alam









































Pertandingan rekacipta, inovasi dan rekabentuk di Shah Alam diadakan pada 12-14Jan ni. Sebanyak 477 produk/penghasilan/teknologi dipertandingkan. Ianya suatu usaha yang amat baik bagi pelajar dan tenaga pengajar untuk menenengahkan usaha masing2 dala usaha mendapatkan pengiktirafan di peringkat negara/dikomersilkan.

Isnin, 11 Januari 2010

Iklan..Jom minum dulu...!!!


Gula naik 20 sen sekilogram, takan teh tarik pun nak naik harga gak 10, 20 sen segelas kan..kan?

Isu Tasek Cempaka timbul lagi


Dalam pepe Berita Harian hari ni, keluar lagi cite tasek rekreasi ni masih jadi tempat maksiat, lubuk asmara kata pepe itu. Macam2 jenis orang yang entah mana datangnya ada buat hal di situ. Kes kete rosak pun ada, dan yang berdrama bercengkerama pun ada. Ada yang kata bukan orang dari BBB, tapi budak2 kilang, budak U dari tempat lain. Entahlah, kena ada operasi betul2, tangkap baru tau mana datangnya. Masalahnya bukan malam aje, pergi masa biasa pun ada gak yang duk buat deq macam kat oversea plak peelnya. Di mana silapnya? Melalui khidmat STARS, secara online dulu pernah cadang pembersihan kawasan, dan tindakan cepat diambil lantik kontraktor bersihkannya. Cadang tebang pokok mati Jalan 4/3, pun tindakan pantas pihak majlis bandaran ambil. Tahniah dan terima kasih. Tapi kini ini pula masalahnya di tempat rekreasi ini. Mungkin JAIS pula kena keje keras buat apa patut agar masalah ini tidak timbul lagi dan berita sebegini tidak lagi ada.


Pengalaman baru di perantauan


Hari ni bermulalah pengalaman pertama Amin jauh dari rumah. Sebelum ni kat Ipoh, masih dikira dekat dengan kampong dan sedara mara. Kini di Kok Lanas, Kelantan. Mujurlah seangkatan dengannya dari Poli Ipoh ada kat sana juga. Kasim juga dah 1 sem kat sana. Belajarlah bahasa Kelate dan masakan sana la. Dapat tau tadi ok asrama tak jauh, cuma Poli tu agak jauh dari bandar. Tak macam Ipoh dulu. Apa pun nak berjaya kena susahlah dulu, lagipun setahun je bukan lama. Adik dengan Tati ke Alamanda tadi cari seluar sukan dan jalan2 kut.


Teringat masa anak2 masih kecil lagi. Gaji je terus beli susu 1 peti. Bila makan kat kedai, ada yang duduk bersila atas meja pun ada. Amin masa tu akan berjalan ke sana ke mari. Kaklong minat cewing gum. Dari dulu lagi dah pernah telan pun. Amin suka mengusik orang, Tati pula penakut. Naik boyan pusing, keretapi mainan pun takut tapi dah besar tak takut plak bawa kete laju2! Wani memang dari kecil berani, pegang ular pun. Dah habih SPM dah cuba keje plak. Tinggallah adik yang baru darjah 6, tinggi lampai, manja Ya Rabbi. Ni mak dia kat Kelantan lagi, heboh susah sebab kena gosok kain baju sekolah dll.


Ni surau AlKAUTHAR tengah pasang tape mengaji sebelum maghrib. Surau yang dibina hasil kutipan jemaah BBB, amat selesa untuk jemaah semua. Diam tak diam dah setengah abad umur sekarang, patutlah kederat pun dah kurang yop.

Ahad, 10 Januari 2010

Road to Lipis











Lewat petang semalam bertolak ke Kuala Lipis. Amin yang bawa, agak jem di MRR2 dan lepas tu ok. Solat asar di Masjid Bentong. Dari BBB ke K. Lipis lebih kurang 180km. Jalan ok cuma hujan sikit di permulaan perjalanan. Tidor rumah Azmi. Ok awal pagi berkabus kuat macam kat kamerun juga. Round2 juga kat Lipis, IPM tempat Cu belajar sijil pertanian dulu, Kg CT Nurhaliza, kedai2 tepi sungai. Masa balik singgah makan di R&R Genting Sempah, Amin n mem terus ikut Azmi ke Tanah Merah. Amin akan mula daftar Poli Kok Lanas esok.

Jumaat, 8 Januari 2010

Berehat hujung minggu...macam2 cara ada




Bagi yang berkeluarga terutamanya suri rumah, ujung minggulah paling sibuk. Membasuh, menyidai, mengangkit, melipat atau menggosok kain. Tu blum pinggan mangkuk, lantai kena vacuum, mop dan juga kat bilik air yang banyak perlu disentai. Tapi taklah semua orang gitu. Ada yang mamat tolong, ada bibik tolong dsbnya. Bagi yang bujang atau yang ingin berehat sepenuhnya, tenguk tv, wayang ke itulah caranya..atau landing2 betul2kan urat setelah bekerja keras atau belajar sepanjang minggu. Anda bagaimana? Nui pergi pancing ikanlah kolam Pak Jun hehe....atau Cebil memancing puyu ayah dia kumpul dalam tong tu.

Kamera pengesan pergerakan harimau




WWF telah berjaya merakamkan buat kali pertama pergerakan harimau belang dengan anak2nya secara liar di Riau, Sumatera. Penggunaan kamera yang dipasang ini terbukti berjaya mengesan binatang liar itu dalam keadaan semulajadi di hutan. Mungkin teknik ini dapat digunakan di Malaysia bagi kes2 serangan harimau, gajah, babi hutan dll.

Berita hari ni



















Hari ni bersiap2 Amin nak sambung belajar kat Poli Kok Lanas, jadi kena hantar ke rumah Pak Udanya di Kuala Lipis. Esok baru ke Kelantan. Sambil lepak2 ni tenguk berita online hari ni, macam2 ada termasuklah cite kepala arwah mangsa bunuh di Gemencheh dituntut oleh anaknya untuk dikebumikan. Agak sukar bagi anaknya untuk mengecam wajah ayahnya kerana dikatakan berlumpur dan pucat. Kisah janda Aziz M Osman kawin dengan ahli perniagaan juga disiarkan, begitu juga kes mahkamah Tengku Maria Jalan2 Cari Makan saman orang yang gagal tunai janji untuk berkawin dengannya. Ada seorang mamat dari Maldives membuat lukisan kanvas bertemakan global warming yang bakal melenyapkan kepulauan Maldives jika tidak dikawal dengan sebaiknya. Foto demo secara aman orang Islam di KL juga disiarkan dalam akbar2 hari ni tanda orang Islam tak pandang ringan isu kalimah Allah ini.

Bila ada yang bertindak cara sendiri


Dalam berita tadi ada disiarkan ada orang yang tak dikenali membakar gereja. Berita dari internet juga menyiarkan yang sama. Sepatutnya isu kalimah Allah ini dapat dan boleh diselesaikan cara baik. Pihak berkuasa sedang menyiasat angkara siapa tu. Kita di Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk selesaikan masalah dan bukannya cara itu. Apapun kita kuatir kalau2 ada pihak2 yang ambil kesempatan dalam hal ini. Tak perlulah kita terikut2 cara haru biru di luar negara dalam menyelesaikan konflik baik bangsa, agama. etnik, kefahaman dll. Suasana aman damai, hidup harmoni saling hormat menghormati serta sifat toleransi yang dipupuk, diamalkan sekian lama perlu dikekalkan.

Khamis, 7 Januari 2010

Urutan berita sensasi




Kisah pembunuhan 4 sekeluarga oleh yang disyaki ahli keluarga juga amat menyayat hati. Bayangkan dah dipotong kepala bapa, dibubuh dalam plastik masuk dalam beg sandang dan dibawa ke kubur Shah Alam dari Gemencheh untuk ditanam. Berita kat pepe kata yang dituduh bawa polis ke tempat dia tanam kepala bapa, tempat alat2 untuk membunuh ditanam di sekitar rumah. Yang trajisnya dia sempat minta maaf pada maknya seolah2 dia tak sedar masa dia buat perbuatan zalim tu. Entahlah macamana ya boleh berlaku, samada dia gila atau dihasut hantu setan.



Di Kuala Trengganu baru ni, orang gaji dari Palembang, Indon bakar rumah majikannya setelah mencuri duit RM500 dan 2 laptop. Yang menyayat hati adalah tuan rumah bila dapat tau rumah terbakar, terus teringatkan orang gajinya di dalam rumah. Kelamkabut jiran cuba memadam api dan masuk ke dalam tapi didapati orang gajinya tiada. Entah macamana nak tergerakkan hati, ada adikberadik mangsa terjumpa orang gaji tersebut sedang melilau kat stesen bas K Trengganu dalam usaha untuk lari ke KL. Terus dapat tangkap 'red handed' dgn barang yang dicuri. Gitu rupanya, bukan takat melepas anjing tersepit, tapi digigit diberak pula nampak gayanya..malaun macam ni pun ada dalam dunia ni! Ni la yang diperingatkan oleh datuk moyang kita dulu, buat baik berpada2..buat jahat jangan sekali.



Semalam Yang Pa ada sms hal kalimah Allah yang kecoh2 sekarang dan zaman sekarang yang mana anak pun dah ada bunuh mak bapa sendiri. Ini yang sukar kita tafsirkan antara takdir dan kesilapan manusia serta godaan setan. Siapa nak bunuh membunuh berlaku apatah lagi diusia2 ujung2 mati sebegitu rupa. Begitu juga arwah Siti Khadijah 22 tahun yang tak pasal2 dibunuh oleh orang yang rapat dengannya. Dulu kecoh hal holy water, Melayu di kristiankan dll, kini istilah pula. Kenape tak macam dulu ya, kita dengan agama kita, dia orang dengan agama dia orang. Tak usik tak kacau pun, boleh aman tenteram pun. Masjid azan, tokong bunyi loceng tarak hal pun. Kadangkala upacara bawa kavadi atau ada perarakan kematian, jalan jem teruk, masing2 tak kisah pun. Kenape sekarang dah macam2 jadinya? Kena tanya Nabil jugak ni, tapi dia pun macam bese akan kata... LU PIKIRLA SENDIRI..!!!



Dalam internet juga ada gambo kete Camry ex MB Perak yang terbalik 4 tayar ke atas. Pemandu selamat luka sikit aje, pun dikira takdir dan mungkin kesilapan manusia juga. Dia mengelak kete volvo yang keluar dari simpang kiri secara tiba2.. terus terlanggar tepi volvo dan terbalik lepas terlanggar pula divider jalan. Orang ramai yang lalu lalang membantu bawa beliau ke hospital untuk rawatan lanjut. Sape tak kenal dia kan? Masyarakat kita tak kira warna bila ada kemalangan, sebab manusia semua sama kan..bila susah kita kena tolong la...Bila tenguk gambar tu ada Dato' Dr Haji Fazli Cheah, pakar neurosurgeon yang operet buang darah beku kat otak arwah apak 1996 dulu. Dia diberitakan suami pemandu volvo yang terlibat dalam kemalangan itu.

Kelas dewasa Civilcad 6












Alahai bila dah tua2 ni bab komputer terutama autocad , Civilcad memanglah terkial2 dibuatnya. Budak2 muda lain, depa macam main game aje. Tapi tak pe atleast dapat tau konsepnya, apa dia boleh buat dan limitationnya dan aplikasi seterusnya dalam tugas2 harian. Pengajar yang berasal dari Ipoh ini sporting dan boleh berinteraksi dengan baik. Dari melukis garisan hinggalah kontor dan 3D, pendedahan awal ni amat baik sekali untuk kerja2 seterusnya d ladang dan tempat lain.



Rabu, 6 Januari 2010

Berita sensasi awal tahun 2010




Selain dari munculnya bangunan baru tertinggi di dunia, Al Burj al Khalifa, di akhbar2 tempatan banyak menyiarkan berita tentang kekecohan penggunaan kalimah ALLAH bagi orang2 selain Islam terutama Keristian di tanahair, konflik raja di Kelantan, kes Raja Petra dan yang terkini kisah 4 sekeluarga dibunuh dengan kejam, yang dipercayai di bunuh oleh ahli keluarga sendiri. Paling menyedihkan kepala bapa dipenggal dibawa lari dan ditanam di kawasan kubur arwah Ma di Shah Alam, jauh tu walaupun dibunuh di Gemencheh, Negeri Sembilan. Suspek yang dikatakan putus tunang 2 kali, menganggur, mungkin ada masalah terpendam dan kronik, telah hilang pertimbangan hingga terjadi sebegitu rupa.
Di Canglun pula semalam, kat Felda Bt Tangga dapat tangkap ular sawa yang sudah kenyang menelan kambing. Itu biasalah, sawa memang kejanya menelan aje. Yang nak orang tenguk sekarang sesuatu yang sensasi luar bese, macam kambing telan ular sawa bukan sawa telan kambing atau orang makan sawa.



Walaupun Allah Tuhan semesta alam, jika kalimah itu diguna oleh Keristian, maka ada pula komplikasinya. Masyarakat akan konpius, sebab dalam agama dia orang, depa percaya ada 3 Tuhan..takan lah nak sebut Allah macam tu. Kita tau dan yakin dari dulu, kini dan selamanya Allah itu Maha Esa..tunggal..Allah tempat memohon pertolongan...tidak beranak dan diberanakkan..dan tiada satu pun yang sekutu denganNya!