Jumaat, 1 Januari 2010

Hari pertama 2010



Semalaman berdentum dentam bunyi bunga api dan mercun. Agaknya inke benor deme nyambut tahun baru ni. Entahlah bagi teman supe je siang ,malam ..malam siang.Tadi kutbah Kolonel Anas di Al Kauthar BBB, ada diperingatkan. Kita ni sebenornya makin dekat, makin dekat nak mati. Ya la hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Akhir kalam, bulan diganti tahun baru plak. Ate mati tu tetap tarikh dan masanya dan kita ke arah tarikh itu la. Diperingatkan apa persediaan kita. Dulu arwah Hj Hashim, bapak Hj Dolah ex penghulu Kampor pun ada bercerita dengan teman masa dia nunggu cucu keluar sekolah, teman tunggu Ti. Dia kata sini panas tak pe, ade juga pokok boleh berteduh, kat akhirat nanti nak berteduh kat mane?


Awal pagi gi lambak Serdang, tak meriah agaknya orang cuti. Ikan pun tak banyak macam biasa. Satay favoret ada lah. Singgah pekena canai dekat masjid UPM, tapaw tosei kuah masam. Terkenang zaman ngaji high skul sini dulu. Balik rumah, gi meracun kebun depan, ajak Amin tetak dahan rambutan dan pokok tepi jalan. Tengahari gi solat Jumaat tak jauh dari rumah. Ramai jemaah, tak muat di dalam.


Wani balik sekejab, ate mula keje hari ni cari duit. Dapat sms dari kampung, cite keliwon aje. Teman cadang pada Seekers datang je Malim Nawar. Tak payah terhendap2. Kalu tak bleh jumpa keliwon, alamat cite Seekers tu gebang aje la. Teman risau kut orang yang volunteer tu terkincit, meghoyan atau miung je nanti..hehe! Sini bukan jenis rimau yop..mungkin jenis besor2, terbang2 pun ada. Tak caya cuba. Tau tak pe. Tak tau tanya..hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan