Sejak dua menjak ni macam2 peel manusia diceritakan dan berlaku di depan mata. Ada yang bercerita kisah mamat yang mungkin 'somebody' pakai masuk aje sebuah kedai fast fud terus duduk tempat dia suka. Sepatutnya tanya budak yang standby yang akan bawa ke meja yang siap dah. Bila orang lambat layan di makihamun staf di situ dan minta panggil pengurus. Dengan pengurus2 tu pun kena warning bila backing staf dia...aisehman, makan punya hal pun mau ngaduh2 ka..kalu kat Haiti mungkin la. Kisah lagi satu, seorang mamat tu berhenti tepi jalan turunkan passenger, bertalu2 hon kereta belakang..macam orang hilang akal. Tarak sabar langsung. Di SKJ4 pun semalam macam tu juga, naik bingit telinga dik bunyi hon mamat yang kerek tu.
Cite lagi satu, kat kedai gunting tadi, masuk2 aje kedai, kelam kabut satu india muda meluru ajak duduk bangku pertama untuk gunting. Keje pun laju kelam kabut semacam je, sebelah pula satu mamat duk marah2 tukang gunting sebab masih panjang lagi rambut depan dia..gua pun heran dia tak cakap pendek macamana. Terkebil2 budak India tu. Kisah gua, habih je India muda gunting tadi, terus panggil 1 budak yang nak bergunting. Lalu di tegur seorang lagi tukang gunting lelaki India dari Chennai yang gua bese bergunting..jadi berbalas2 lah jawab menjawab dan dia mengalah. Gua tak paham tapi kesian gak dia, mungkin agaknya dia kata nape potong trip aku Joe?Sepatutnya budak tu aku yang gunting. Moral of the story...maknanya itu sabar makin kurang di mana jua kita berada. .dan tak kira bangsa dan kenegaraan. Sebab tu gua mau kalu lapor, gua makan kenyang2, kalu kat rumah tak larat masak, terus makan kedai atau tapaw..selesai masalah. Apa bikin keriau2..betul x?
Gua pun kadang2 angin juga hehe..ada yang kata aku masa muda macam Nasir Bilal Khan irasnya..Kata2 tajuk blog hari ni pernah diluahkan oleh bekas salah seorang bosku ia itu Dr K Paranjothy. Dia serius dan pendiam orangnya. Walaupun ramai yang kurang ngam dengannya, dengan gua ok je. Mungkin agaknya gua respek dia. Jadi dia pun ingat sama gua la. Bila naik kanan dulu pun, dia yang pertama datang jumpa dan tahniah kat gua.
Kini di mana2 pun orang cepat angin. Di sini pun tak kurang juga walaupun ramai yang educated ma. Bak kata orang kampung, penggal batu soheh terkenalah orang yang berijazah/master/phd hehe...tadi semasa beli tiket untuk hero balik ke kok lanas raya cina ni, terpegun tenguk makcik tokeh kedai yang guna laptop online tiket bas. Dia kata nak tenguk apa kat rumah pun boleh. Maknanya rumah dia ada cctv online ke laptop di kedai...peh macam tu tak pe, ada kepandaian busines bagus, PR pun bagus walaupun dah peringkat makcik yop. Ate mike sabor x??? Ke macam teman juga kadang sabor kadang idak...hehe. Tapi bab makan jangan makihamun orang yop, tak baik depan rejeki. Kang rejeki merajuk, tumpo mike yop.
Gua masih boleh sabaq, tapi kalu ayaq teh tarik setengah jam tak sampai, bila dah sampai roti canai kosong belum lagi, tunggu setengah jam lagi baru sampai kuah, roti elek, mana boleh tahan beb. Gua belah le, bayaq duit ayaq je...sebabnya, tokey kedai dok layan member dia dulu...abis, kita ni bukan pelanggan!! Sori la, tak singgah lagi kedai mamat tu!!
BalasPadamFuyoo kawan..lu pun ada angin ka? ni mesti kenangan lalu yg amat menusuk jiwa. Betul gak kalu tunggu, nganga2, meja lain datang lewat pun dapatlah ode..tercabar gak kesabaran ye...
BalasPadam