Jumaat, 1 Januari 2010

Persiapan ke Poli dan KKBB

Bila masuk tahun baru, persekolahan dan pengajian kolej/poli IPTA semua bergerak juga. Mak bapak juga yang pening. Belanja tinggi.Kadang2 yang mula masuk tadika pun banyak juga bayaran yuran, buku2 dan pakaian. Dulu masa sekolah, semua diurus oleh Yang Pa. Mungkin itu yang diamanat oleh arwah bapak. Lepas ambil sewa rumah2 di Kg Abdullah Kampar, Yang Pa akan bawa ke bazar Kampar untuk beli pakaian dan buku di Kedai Chee Ming. Kadang2 tak cukup duit, pergi jual nyior dulu pada Si Ah Hin atau Si Ah Tak. Masa tu tukang panjat nyior, Muniandy dan lepas tu arwah Mat Zin. Masa tu kasut tarzan dan sesekali dapatlah Bata Badminton master bertapak hijau tu. Masa sekolah oklah tak sama sume, tapi kalu raya, seorang baju batik, semua kena baju batik. Saiz je beza macam boria pun ada. Itu dulu, sekarang anak2 mana nak. Depa nak duit dan beli sendiri ikut fesyen selera sendiri.Boleh ikut kalu nak tapi kematulah kaki lutut dibuatnya.
Malam ni nak shopping sikit untuk Amin dan Tati. Shopping barang dapur dah sebelum ni. Ni khas untuk deme nak gi belajar di Kok Lanas dan Bukit Bruang. Tak pe lah asal nak belajar. Deme senang masa depan, tak tentu kita senang, tapi kalu deme susah masa depan, soheh dah tentu kita juga akan susah. Ya lah macam mak bapak kita dulu, mana mak bapak nak biar aje anak susah kan. Harap2 anak2 berusaha sungguh2 bior jadi orang senang. Senang bukan takat di dunia, bahkan di akhirat juga. Kejayaan bukan datang bergolek, tapi kena berusaha bersungguh2. Macam dalam kutbah tadi, kita kena berhijrah. Hijrah dalam erti kata dari baik jadi lagi baik. Berjaya jadi lebih berjaya. Bertambah beriman dan bertakwa seadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan