Khamis, 7 Januari 2010

Urutan berita sensasi




Kisah pembunuhan 4 sekeluarga oleh yang disyaki ahli keluarga juga amat menyayat hati. Bayangkan dah dipotong kepala bapa, dibubuh dalam plastik masuk dalam beg sandang dan dibawa ke kubur Shah Alam dari Gemencheh untuk ditanam. Berita kat pepe kata yang dituduh bawa polis ke tempat dia tanam kepala bapa, tempat alat2 untuk membunuh ditanam di sekitar rumah. Yang trajisnya dia sempat minta maaf pada maknya seolah2 dia tak sedar masa dia buat perbuatan zalim tu. Entahlah macamana ya boleh berlaku, samada dia gila atau dihasut hantu setan.



Di Kuala Trengganu baru ni, orang gaji dari Palembang, Indon bakar rumah majikannya setelah mencuri duit RM500 dan 2 laptop. Yang menyayat hati adalah tuan rumah bila dapat tau rumah terbakar, terus teringatkan orang gajinya di dalam rumah. Kelamkabut jiran cuba memadam api dan masuk ke dalam tapi didapati orang gajinya tiada. Entah macamana nak tergerakkan hati, ada adikberadik mangsa terjumpa orang gaji tersebut sedang melilau kat stesen bas K Trengganu dalam usaha untuk lari ke KL. Terus dapat tangkap 'red handed' dgn barang yang dicuri. Gitu rupanya, bukan takat melepas anjing tersepit, tapi digigit diberak pula nampak gayanya..malaun macam ni pun ada dalam dunia ni! Ni la yang diperingatkan oleh datuk moyang kita dulu, buat baik berpada2..buat jahat jangan sekali.



Semalam Yang Pa ada sms hal kalimah Allah yang kecoh2 sekarang dan zaman sekarang yang mana anak pun dah ada bunuh mak bapa sendiri. Ini yang sukar kita tafsirkan antara takdir dan kesilapan manusia serta godaan setan. Siapa nak bunuh membunuh berlaku apatah lagi diusia2 ujung2 mati sebegitu rupa. Begitu juga arwah Siti Khadijah 22 tahun yang tak pasal2 dibunuh oleh orang yang rapat dengannya. Dulu kecoh hal holy water, Melayu di kristiankan dll, kini istilah pula. Kenape tak macam dulu ya, kita dengan agama kita, dia orang dengan agama dia orang. Tak usik tak kacau pun, boleh aman tenteram pun. Masjid azan, tokong bunyi loceng tarak hal pun. Kadangkala upacara bawa kavadi atau ada perarakan kematian, jalan jem teruk, masing2 tak kisah pun. Kenape sekarang dah macam2 jadinya? Kena tanya Nabil jugak ni, tapi dia pun macam bese akan kata... LU PIKIRLA SENDIRI..!!!



Dalam internet juga ada gambo kete Camry ex MB Perak yang terbalik 4 tayar ke atas. Pemandu selamat luka sikit aje, pun dikira takdir dan mungkin kesilapan manusia juga. Dia mengelak kete volvo yang keluar dari simpang kiri secara tiba2.. terus terlanggar tepi volvo dan terbalik lepas terlanggar pula divider jalan. Orang ramai yang lalu lalang membantu bawa beliau ke hospital untuk rawatan lanjut. Sape tak kenal dia kan? Masyarakat kita tak kira warna bila ada kemalangan, sebab manusia semua sama kan..bila susah kita kena tolong la...Bila tenguk gambar tu ada Dato' Dr Haji Fazli Cheah, pakar neurosurgeon yang operet buang darah beku kat otak arwah apak 1996 dulu. Dia diberitakan suami pemandu volvo yang terlibat dalam kemalangan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan