Jumaat, 1 Januari 2010

Gula naik 20 sen, Rokok naik banyak kali


Awal tahun ni ada kejutan baru juga, gula naik 20 sen se kg. Memanglah dah lama deme main sorok2 sampai menyusahkan orang. Mau tidaknya,.. beratur panjang beli barang penuh troli, gula boleh beli 2 kg aje. Sedangkan yang datang sama 6 orang. Kalu nak, tiap orang beli 2 kg seorang dapat 12 kg. Tengin juge supermarket ni ye. Ni ble dah naik harap2 tak nyorok lagi la.


Rokok dah entah berapa kali naik tak tau la.. tapi tu tak jejaskan akulah sebab dah lama berhenti merokok. Tenguk kawan2 dan kroni yang perokok, tak kira berapa harga pun deme sedut semacam je. Malahan kalu dikira jauh lebih belanja rokok dari makan harian. Tak pelah dunia demokrasi, sendiri duit sendiri belilah.


Dalam pepe kata gula naik sikit je, jadi jangan naik barangan lain macam teori domino berjangkit2 plak. Ate ikut logiknya hendak ke deme yang buat kui, kedai minum, kedai mamak tak naikkan harga? Deme kos naik takan deme tak naikkan. Kalu tak naik, tak lalulah nenguk saiz kui yang pelan mengecut tu..alahai buat lekat celah gigi je nanti. Jadi kita kena ada strategi le..kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Tapi lagi bahaya, umur pelan warga mas asik senyum sana sini..ape ke hal nye yop?


Semalam kat kompleks PKNS BBB masih ada lagi bebudak diguna untuk kutip derma sampai malam2. Macam2 komplen dah orangramai suarakan dalam pepe, dari mulut ke mulut, tapi hingga kini masih ada. Mungkinkah sebab ramai yang bermurah hati nak berderma, bersedekah, maka ramai yang kutip derma di sana sini? Pada masa yang sama, siapa sebenornya yang menyuruh budak2 ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan