Isnin, 11 Januari 2010

Pengalaman baru di perantauan


Hari ni bermulalah pengalaman pertama Amin jauh dari rumah. Sebelum ni kat Ipoh, masih dikira dekat dengan kampong dan sedara mara. Kini di Kok Lanas, Kelantan. Mujurlah seangkatan dengannya dari Poli Ipoh ada kat sana juga. Kasim juga dah 1 sem kat sana. Belajarlah bahasa Kelate dan masakan sana la. Dapat tau tadi ok asrama tak jauh, cuma Poli tu agak jauh dari bandar. Tak macam Ipoh dulu. Apa pun nak berjaya kena susahlah dulu, lagipun setahun je bukan lama. Adik dengan Tati ke Alamanda tadi cari seluar sukan dan jalan2 kut.


Teringat masa anak2 masih kecil lagi. Gaji je terus beli susu 1 peti. Bila makan kat kedai, ada yang duduk bersila atas meja pun ada. Amin masa tu akan berjalan ke sana ke mari. Kaklong minat cewing gum. Dari dulu lagi dah pernah telan pun. Amin suka mengusik orang, Tati pula penakut. Naik boyan pusing, keretapi mainan pun takut tapi dah besar tak takut plak bawa kete laju2! Wani memang dari kecil berani, pegang ular pun. Dah habih SPM dah cuba keje plak. Tinggallah adik yang baru darjah 6, tinggi lampai, manja Ya Rabbi. Ni mak dia kat Kelantan lagi, heboh susah sebab kena gosok kain baju sekolah dll.


Ni surau AlKAUTHAR tengah pasang tape mengaji sebelum maghrib. Surau yang dibina hasil kutipan jemaah BBB, amat selesa untuk jemaah semua. Diam tak diam dah setengah abad umur sekarang, patutlah kederat pun dah kurang yop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan