Isnin, 11 Januari 2010

Isu Tasek Cempaka timbul lagi


Dalam pepe Berita Harian hari ni, keluar lagi cite tasek rekreasi ni masih jadi tempat maksiat, lubuk asmara kata pepe itu. Macam2 jenis orang yang entah mana datangnya ada buat hal di situ. Kes kete rosak pun ada, dan yang berdrama bercengkerama pun ada. Ada yang kata bukan orang dari BBB, tapi budak2 kilang, budak U dari tempat lain. Entahlah, kena ada operasi betul2, tangkap baru tau mana datangnya. Masalahnya bukan malam aje, pergi masa biasa pun ada gak yang duk buat deq macam kat oversea plak peelnya. Di mana silapnya? Melalui khidmat STARS, secara online dulu pernah cadang pembersihan kawasan, dan tindakan cepat diambil lantik kontraktor bersihkannya. Cadang tebang pokok mati Jalan 4/3, pun tindakan pantas pihak majlis bandaran ambil. Tahniah dan terima kasih. Tapi kini ini pula masalahnya di tempat rekreasi ini. Mungkin JAIS pula kena keje keras buat apa patut agar masalah ini tidak timbul lagi dan berita sebegini tidak lagi ada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan