Khamis, 14 Januari 2010

2010 what next?


Bila tahun melangkah buka kalender baru lazimnya ramai yang azam baru, walaupun orang dan hati yang sama. Tadi ada mamat datang slow talk. Dia walaupun baru dalam arena kerjaya, dah terasa tempias bahana orang makan orang. Budaya 'kita telah membuat kesilapan...' dan 'saya telah berusaha bersungguh2 dan berjaya menemui...' telah lama ujud dimana jua. Apa yang pasti hidup mesti diteruskan dalam apa jua keadaan. Bertemu juga seorang teman lama, yang kian lusuh dimamah usia tapi masih di tahap tang tu gak lagi. Macam bulan gerhana je malap je.


Dalam pepe hari ni masih berlegar2 kes kalimah 'Allah' dan peristiwa2 yang berkaitan dengannya. Dalam menuju matlamat 1Malaysia ada pula berlaku benda2 cam tu. Dulu2 tak de pun kecoh2 macam tu. Teringat pula jalur gemilang tiang tinggi depan kedai perabot besar tak jauh bas stesen baru Jalan Reko, Kajang. Bendera yang uzur koyak merata masih dibiarkan berkibar2. Tak setimpal dengan bisnes ribu2 perabut di situ.


Dalam melangkah tahun baru, kita bertanya pada diri..apa lepas ni? Apa matlamat dan halatuju. Yang dijangka, Ti n Hadi akan bertambah ahli lagi April ni. Projek Anip tergendala lagi di PP. Cgkat Kobo masih belum ditanam pokok2 lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan