Bolehkah diubah saudari?
Tabiat semulajadi
Berakar umbi di sana sini
Bolehlah diubah saudari>
Tabiat bermuka2
Di depan di belakang bos saban hari
Bolehkah diubah saudari?
Lain kehendak mulut
Lain matlamat dalam hati
Bolehkah diubah saudari?
Tamak haloba dijauhi
Dengki khianat bersarang di hati
Bolehkah diubah saudari?
Yang silap diakui
Yang benar dihargai
Bolehkah diubah saudari?
Daging diberi
Tulang untuk sendiri
Aduhai saudari!
Jumaat, 30 April 2010
Keikhlasan dalam menjalankan tugas
Agama mengajar kita untuk sentiasa jujur, rajin. cekap, amanah dalam menjalankan tugas. Namun begitu ada seorang teman mengakui yang dia benar2 sukar untuk ikhlas kini akibat dari ketidakkepercayaan, ketidak keyakinan, didemoralisekan oleh keadaan yang menimpa dirinyai tak henti2..seolah2 apa yang dia buat semua tak kena.
Hakikatnya kebenaran itu kepahitan
Kebatilam itu cabaran
Ketelusan itu kesamaran
Kemunafikan itu mungkin menghasilkan nikmat
Nikmat yang menimbulkan keresahan
Bukan nikmat yang mendatangkan ketenangan
aduhai saudaraku.....
3 ta
Dulu2 rajin dengor tape ceramah, ada satu ustaz bekas Al Arqam pernah berkata, lelaki mudah terpengaruh oleh 3 ta, diuji dengan 3 ta, dan ada yang kecundang samada oleh 1, 2 atau ketiga2 ta.
Tau ta tu ape yop? bukan alif, ba, ta
Tapi
WANITA
HARTA dan
TAHTA yop.....
cuba muhasabah diri yop....cek n balance tang mane kite tewas yop???
Tau ta tu ape yop? bukan alif, ba, ta
Tapi
WANITA
HARTA dan
TAHTA yop.....
cuba muhasabah diri yop....cek n balance tang mane kite tewas yop???
Gathering di sana sini
Hari ni dijangkakan grup lama sekolah SMSK dan SMSTP akan mengadakan perhimpunan sempena masing2 berumur 50 tahun. Teringat zaman SMS di Sg Petani, tatkala Cikgu Nael (arwah) menjadi warden yang tegas. Bila cross country tiap minggu, siap lah sape2 di belakang2, mau kena denda lai round padang. Pernah aku ponteng, nyorok celah2 beg balik kampong. Terdengar bunyi kasut HM (Cikgu Shukor) pun dah depdap jantung dibuatnya. Ate hero, selamat tak kena tangkap yop! Tak sangka pula lebih 30 tahun lepas tu, dapat bersama kawan2 mengiringi jenazah cikgu Mael hingga dikebumikan di Shah Alam. Walau bagaimana pun tak berkesempatan menziarahi arwah cikgu Wazir yang dikebumikan di Perak. Di Perlis pula, dulu SMS di tengah2 bendang, bila banjir besar Perlis berlaku dulu, macam pulau jadinya dikelilingi air. Bila melawat balik beberapa tahun lalu, dah jauh beza. Pokok2 dah besar2 dan persekitaran dan membangun.
Hari ni opis pun buat famili day kat Bt Merah Laketown Resort, Semanggol, Perak. Agak jauh juga dari BBB ni. Tapi elok juga turut serta. Keje sampai pencen, dan semestinya tak akan selesai2. Kita pencen orang lain ganti atau teruskan. Maknanya kita tak de pun, hidup mesti diteruskan.
Awal pagi tadi pergi bank. Nak setel hutang kete, sewa rumah Tati dll. Tapi sampai je ramai yang ngukngap2, sebab ATM BIMB, Maybank rosak. Ada yang elok tapi duit pulak tak de. Macam ada motor tapi tak de kunci atau ada kunci, minyak tak de. Bank pun satu, dah tau hujung2 minggu, top up la apa patut sebelum tu. Maintain lah ATM apa patut. Sama juga bila pergi komplex PKNS semalam. Pergi masuk bilik air, macam2 lukisan lucah ada. Takan maintenance unit tak pernah pergi bilik air? Cat ajelah pintu tu balik. Mungkin depa nak tunggu komplen dalam pepe atau Karam Singh Walia datang baru nak dcat atau diambil tindakan kan...gitulah budaya kita pada hari ni yop. Tapi mungkin ada yang kata, ate nape mike tak komplen yop????
Khamis, 29 April 2010
Inikah dia...
Tanda terima kasih
Malam tadi selepas magrib dan hujan, dapat makan malam bersama ex treni2 yang telah bersama selama 4 bulan dibawah penyeliaan teman. Sebagai tanda terima kasih kerana telah turut membantu dalam tugasan2 tetentu dari masa ke semasa. Yang penting situasi menang-menang ini dapat mencetus minda, menggerakkan usaha untuk semua terus maju di masa2 akan datang. Sepertimana majlis makan malam Dr Azri di Equatorial baru2 ni, majlis bukan hanya untuk makan tapi merangkupi berbagai aspek termasuk mengharmonikan hubungan silaturrahim, tanda terima kasih dan berkongsi pengalaman.
Dalam hidup, belajar adalah suatu proses yang berterusan. Bukan milik seseorang sahaja bahkan ianya milik semua. Sebab tulah Nabi Mohd SAW ada bersabda," Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad" , "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China" .... Muhasabah diri amat penting dari masa ke semasa agar kita lebih berfikir sebelum berkata2 dan mengambil pengajaran seadanya dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya kalau kita baik pada orang, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan kita. Kalau tak secara langsung mungkin juga pertolongan akan datang secara tidak diduga apabila sampai saat dan tikanya. Apalah guna bersikap sombong, bongkak dengan apa yang ada, walhal kita pasti tahu sebenarnya akhir kalam ke mana jua kita akan pergi akhirnya. Yang sihat belum tahu nikmat azab sengsaranya sakit jika dia belum merasainya; yang cantik belum tau bahanyanya bila kecantikan kian lusuh dimamah usia; yang berkuasa belum lagi tahu penangannya jika sampai saat dan tikanya kuasa tiada di tangannya....begitulah keadaannya.
Berbalik cerita makan pengat, teman ulang kata2 adik lelaki bongsu teman...
Anak Cina makan pengat
Sendiri mau ingat !
Selasa, 27 April 2010
Kes mungkin tersalah tembak
Berita TV3 semalam ada menceritakan seorang budak lelaki mati ditembak polis kerana disyaki dalam keadaan mencurigakan dan dikatakan terus merempuh jalan. Akhirnya budak tu mati dan ibunya keluar di TV minta siasatan secara teklus dibuat agar nama anaknya dibersihkan. Berita juga menyebut anggota2 polis berkenaan telah digantung tugas meronda dan berkerja di opis sehingga siasatan selesai.
Rasanya sebelum ni dah ada kes sebegini. Moga2 ada satu prosedur (SOP) teliti dibuat agar yang benar2 penjenayah saja yang boleh diambil tindakan sebegitu rupa. Misalnya bagi kes2 budak2 atau sesiapa yang tak berlesen memandu, tak de cukai jalan dll hanya perlu disaman saja dan bukan ditembak.
Apa mike buat jika ini berlaku....
Dalam kehidupan seharian, tiap orang ada cara pegangan atau prinsip hidup. Jika seseorang tu tak de prinsip dalam hidup, dikatakan orang itu macam lalang. Tapi jika dia betul2 ikut prinsip tapi tak serupa orang, itu dikata tunggul. Tapi kalu asik mengata saja semua yang orang buat tak betul, itu anjing salak bukit namanya.
Kadangkala di depan mata berlaku perkara2 di luar tabii manusia perlakuannya (bukan seks la), dalam hati kita berdetak jua. Dalam agama pun ada kata, kalau nampak kemungkaran berlaku, kalau berkuasa guna tangan halang perkara terus berlaku; kalu tak upaya, ubah cara mulut yakni kata nasihat g2 gini; tapi kalu itu pun tak upaya, kenalah dalam hati. Itu dikira sekoman2 iman namanya.
Cara mudah membuat jeruk mempelam resepi Roslanoor
Seelok2nya mempelam telor atau apa jua yang belum bersabut buahnya. Caranya:
1. Potong/belah dua mempelam tersebut
2. Buang bijinya
3. Bubuh dalam besin dan selepas bubuh 2 sudu camca garam terus rendamkan dalam air panas mendidih
4. Biar sejuk dan toskan
5. Tabur gula secukup rasa dan gaul sebati
6. Masuk dalam balang/tuperware
7. Simpan dalam peti ais 4 darjah selsius
8. Kalau rajin balik2 kan jeruk dari masa ke semasa
9. 2,3 hari lepas tu dah boleh makan dah jeruk tanpa pengawet tak tentu hala ni.
SElamat mencuba. Kalau nak rangup sebelum bubuh gula tadi rendam dalam air kapur dulu dan toskan.
1. Potong/belah dua mempelam tersebut
2. Buang bijinya
3. Bubuh dalam besin dan selepas bubuh 2 sudu camca garam terus rendamkan dalam air panas mendidih
4. Biar sejuk dan toskan
5. Tabur gula secukup rasa dan gaul sebati
6. Masuk dalam balang/tuperware
7. Simpan dalam peti ais 4 darjah selsius
8. Kalau rajin balik2 kan jeruk dari masa ke semasa
9. 2,3 hari lepas tu dah boleh makan dah jeruk tanpa pengawet tak tentu hala ni.
SElamat mencuba. Kalau nak rangup sebelum bubuh gula tadi rendam dalam air kapur dulu dan toskan.
Patin Sg
Baru sekejab tadi Aj ada datang hantar 2 ekor ikan patin sungai dalam plastik hitam. Rezeki larut malam yang datang bergolek. Tenguk gaya rupanya mungkin tak hanyir macam ikan yang gelap2 di beli dari Pasar Tani. Ada yang kata kalu ikan tu duk dalam air jernih mengalir, tak hanyir macam yang dalam kolam. Pernah sebelum ni makan ikan Tasek Kenyir, memang tak hanyir.
Sebelum ni ada juga beli ikan patin buah yang dijual di Pasar Tani. Memang sedap dimasak gulai tempoyak. Tapi sudah semestinya dibasuh direndam asam limau dulu. Arwah apak dulu kalu ikan besar2 macam ikan tongsan, akan dibuat pekasam. Cara orang Malim Nawar buat guna nasi lembek dimana ikan disiang dipotong dan dibersihkan dengan bersih sekali, digaul dengan garam yang tebal/banyak, baru digaul dengan nasi lembek sebelum disusun dalam balang atau pasu. Nasi lembek dibubuh lagi dan las sekali balang ditutup dengan daun ubi kayu.
Pekasam cara ni cepat proses penapaiannya sebab nasi lembek berkanji jadi substrat untuk mikroorgansma menggunakannya dalam proses penapaian. Kalu basuh kurang bersih ada kemungkinan berulat nanti. Air pekasam memang pekung baunya tapi arwah apak dulu dituangnya dalam lubang untuk tanam pokok nyor. Sudah semestinya kandungan garam galian dll tinggi tu.
Tempoyak patin maupun pekasam tongsan goreng memang power. Tak heran yang makan tak nampak mak mertua jadinya tapi kalu amoi lalu ditoleh juge..ye! Duk di rumah teres, mungkin masa nak menggoreng agak menusuk kalbu jiran sebelah, kau makan kena bagilah merasa. Tapi kena jiran memang alergik makanan berbau busuk tu, alamat susahla gitu. Maka sebab tulah peribahasa ada kata..'kalau menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan'...maknanya nak buat sesuatu koje bior benor2 yop bior puas! Lagipun bau pekung di hujung jari dan lengan supe je yop....
Bidang baru
Semasa treni masih ada, bermacam2 latar belakang ada tapi bila masuk trening, kita anggap sama saja..start 0 balik. Kalau ada semangat ingin belajar, senanglah. Kalau mentaliti suruh baru buat, alamat susah la nanti. Budaya budak2 sekarang kurang membaca terutama yang bukan bidang dan pengetahuan am. Bagi deme tak releven.
Dalam dunia penuh mencabar ni apa salahnya mempunyai kemahiran atau pengetahuan lebih dari orang lain. Dulu ada 3 bakal jurutera datang treni bab pokok dari A hingga Z. Ok pun habih trening dapat keje. Terus telepon kita dan ucap banyak2 terima kasih.
Ada buku Mat Saleh bertajuk..'Dare to fail', buku yang menceritakan semangat untuk mencuba sesuatu dan tak takut gagal. Masalah kita adalah belum cuba dah mengalah.
Isnin, 26 April 2010
C emission dan pemanasan global
Sejak akhir2 ni Banyak isu karbon yang dibebaskan dan pemanasan global dibincang di peringkat antarabangsa, dalam persidangan, forum, akhbar dan media massa. Walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil sahaja berbanding negara2 maju seperti USA, EU mahupun Australia tetapi memandangkan banyak aktiviti pertanian dijalankan di kawasan gambut misalnya, menjadikan ianya isu yang besar2kan.
Jika dilihat dengan tanaman soya yang perlu dibajak, dirotor selalu selepas musim dan persediaan tanaman baru, sudah pasti tanah lapang itu terdedah pada karban emisi dll, Tapi itu tak dihebahkan berbanding di negara2 kecil seperti Malaysia yang menanam sawit misalnya di tanah gambut yang terbiar.
Dulu isu orang hutan dipertikaikan, kononnya aktiviti pertanian kita mengancam ekosistem dan habitat orang utan, walaupun kita dah ada sanctuary orang utan seperti di Sepilok.
Yang pasti di negara2 maju, banyak kenderaan yang mengeluarkan karban juga, dan bila hutan mereka terbakar, bukan seekar dua tapi ratusan malahan ribuan hektar kawasan terbakar. Sudah pasti tinggi C emisinya.
Begitulah nasib negara yang membangun, ada saja yang tak kena.
Dulu lain sekarang lain makngah oi....
Bila budak2 ni kecik lagi berlima deme, bila gaji terus gi beli barang dapur dan susu se peti. Makna nya kalau pas tu moto rosak .ke, tuan diri masuk wad ke, bebudak soru tarak mis la. Tu dulu zaman gaji pun ciput, gi keje pun naik kapcai dan bawa bekal.
Kini zaman dah berubah, dunia dah maju, anak2 pelan beso dan masing2 merantau menuntut ilmu merata tempat. Tak lama lagi terkonteng2 lah adik tinggal seorang bila Kakcik masuk matrik. Bila gaji, terus beratur kat ATM masukkan belanja bulanan anak2 macam agihan bantuan bulanan plak ya. Ada gak anak yang tolong ingatkan hari gaji mungkin agaknya bior elaun deme cepat masuk. Gitulah citenya.
Teman yatim piatu kini. Bagi yang masih beribu bapa tentu bila gaji akan hantar habuan mak bapak tiap bulan. Teringat kata arwah bapak yang beri nasihat, kalu nak bagi mak bapak, asing siap2 duit. Kalu tunggu ada lebih, sampai kiamat pun takan ada lebih. Memang benar kata2nya walaupun masa tu dia melawak aje. Walaupun ada orangtua masing2 dah tak de, tetap boleh bagi juga habuan deme. Banyak caranya, sedekah kat masjid. orang susah dll dan diniatkan ke atas deme. Dengan izin Allah, mungkin deme akan dapat sama habuan yang setimpal dengannya..tak gitu ustaz/ustazah?
Yang kalah dan menang
BN menang kali ni kat Hulu Selangor dan wakil PKR menerima seadanya. Yang menang pula sudah tentu menanggung amanah dan janji2 yang perlu ditunaikan untuk rakyat di situ. Kat radio terdengar pula penamaan calun di Sibu. Yang bertanding, yang kalah, yang menang sumenya perlu melalui saat2 sukar untuk menarik pengundi. Bila kalah, posmotem la apa sebab musababnya agar dapat diperbaiki di pilihanraya umum nanti. Macam bese, yang menang kena keje kuat agar terus menjadi wakil berwibawa.
Tenguk anak2 yang bakal masuk U, kolej atau matrik, masing2 tak tentu hala lagi. Ada yang lebih suka dengo cakap kawan dari mak bapak. Ada yang kjb nak ni kjab nak tu pun ada. Apa pun yang penting deme nak belajor dan boleh pikir hala tuju. Kalu tak de, macam naik bas, naik keretapi tak tau nak ke mane..atau sesaja seronok naik je. Dalam hal ni motivasi, cetusan minda perlu ada. Jangan dibaling2 deme, sebab bebudak sekarang memang pandai boling, nanti ke Alamanda plak deme. Kalu ngaji bagus, sesakali main boling ok gak. Kalu nak main biar pandai betul macam Shalin baru la ada uumph!
Baik belajo, baik main kena sungguh2. Tenguk sekarang ratu skuash Malaysia camne. Kalah menang adat mainan tapi trening, usaha kena cukup bagus barulah kejayaan datang kat kita kan...
Ahad, 25 April 2010
Aktiviti hari ni
Tengahari ada doa selamat kat rumah Rosnu di Shah Alam. Hero dia, abang rai bezday ke 16 hari ni. Dalam suasana hulu Selangor mengundi pada hari ni, macam2 tekaan dibuat. Kedua blah pihak ada asas masing2 nak diperjuangkan. Singgah hantar Wani ke rumah mak sedara dia di Kelana Jaya. Dah lama nak tidor di situtapi tak pergi2 pun. Ujan lebat pulak tu.
Malamnya tinggal la adik terkonteng2 nak siapkan keje sekolah, ada esei BI. Income tax pula baru nak buat, ekoran tunggu penyata insuran tak sampai2. Lega laki bini terlebih bayar, jadi tak la kalut sangat nanti.
Esok bermulalah episod minggu baru. Tadi dapat berita ada 1 grup on the way ke Bintulu. Geng Charlie's angels aktif, mungkin faktor usia dan masih baru. Harap semangat kian membara dan tak dari api jadi bara....
Sabtu, 24 April 2010
Diner kat Equatorial BBB
Majlis resepsi Dr Azri Nache n family gadering berlangsung dengan ceria sekali malam semalam. Pak Yop dengan cucu kesayangan dengan anak menantu kecuali Azlan tak dapat turut serta. Dewan Cempaka penuh dengan sanak saudara, rakan taulan Dr Azri dan pengantin.
Apa yang penting bukan takat makan, tapi merai mempelai, merapat silaturrahim dan mendoakan agar pengantin bahagia hingga akhir hayat.
Hulu Selangor..the last kopek
Malam ni malam terakhir kempen mengundi Parlimen Hulu Selangor. Bila baca pepe bermacam2 jenis, rata2 tulisan dan gambar hal nak mengundi. Ate tak kurang juga kata mengata di kedua2 belah pihak. Macam bebudak plak jadinya deme. Yang pasti esok mengundi dan rakyat yang akan keluar menentukan sape deme nak. Wakil BN walaupun India tapi fasih benor berbahasa BM kita. Wakil PKR pula bukan calang2 orang, berpengalaman pula tu. Apapun harap pengundian kali ni sihat, bersih tak de trik2 kotor di kedua belah pihak.
Akhir kalam mana yang menang, tahniahlah..koje kuat pas tu dan tunaikan sume janji2. Bagi yang kalah, terimalah seadanya dan bantulah membangunkan Selangor dan negara ini sebaik mungkin. Jangan keriau2...Macam main bola mesti ada kalah mesti ada menang, kalu seri pun las2 penalti juga. Apa pun yang untung buat masa ni orang Hulu Selangor. Macam2 dapat, jalan, sekolah, duit tanah, dan macam2 ada. Tempat lain jangan lak jeles ye..
Jumaat, 23 April 2010
Ronda2 Putrajaya
Semasa ronda2 lepas Isyak tadi ke Putrajaya bersama Wani n Nadhirah, masih ramai di pasar malam presint 2 lagi. Lokasi pack di gerai Charkuitiaw di mana tak de tempat nak parking bumper kat situ. Tak pasti sedap sangat atau kerana ramai orang. Mula nak ke Alamanda tapi dah lewat, jadi pusing2 sajalah nak las2 minum di Soho Sg Merab. Di sana juga ramai orang terutama hujan dah turun dan ramai pindah duduk di dalam atau angkat meja ke kaki jalan.
Budaya makan malam2 memang biasa di negara ini. Tak kurang juga ada gerai mamak 24 jam. Mana tak obes dibuatnya....Tambahan bagi yang tak sampai hati tak ikut pelawaan kengkawan duk pekena teh tarik/roti nan malam2 sambil berbual isu2 semasa. Sekarang tentulah hal pilihanraya Hulu Selangor! Hujan masih rintik, mata pun pela kuyu ni..nampak gaya kena brek dulu brader......tadi bual panjang dengan Ti adik bongsuku yang baru dapat anak ke 8. Lepas tu telefon mak angkat di Mata Ayaq Perlis yang dapat tahu Wani bakal masuk matrik sana tak lama lagi.
Ujian semasa
Hari ni Wani test kete moto. Pagi tadi dah pas moto, petang ni kete pula. Berkobar2 dia nampak gayanya. 10hb nanti dah nak masuk matrik pula. Semua tu kira ujian semasa. Kita yang separuh abad pun tetap diuji. Yg berkerja diuji juga naik pangkat, naik gaji, tak naik,cold storage dll. Apapun semua tu kalu boleh dihadapi dengan penuh tabah. Nak dapat apa2 pun di dunia kena ambil ujian, nikan pula nak senang lenang selama2nya di akhirat nanti kan...
Z baru datang bagitahu Perhilitan ada datang hari tu tenguk kera2 yang 'menyerang' kebun di depan dan ada pernah masuk rumah lepak atas katil, dibuat macam hotel plak. Yang jantan tu taiko sikit, bila diacah tak lari pun, menyerigai je giginya. Dapat masuk dapur, habih ditengkerapnya apa yang ada. Nak kata apa, kera lah katakan...
Pagi tadi sepatut gi tenguk demo alat. Rupanya ubah tempat, jadi ganti masa terluang berbincang data2 yang diperolehi dan analisisnya bersama Tn Hj Sam. Kira sampai pencen memang banyak benda boleh diselidik ni. Orang veteren caranya lain, pelan2 tapi ada strategi. Orang muda gopoh, semua mahu cepat tapi mudah sesat jalan atau tersasar jauh dari landasan.
Belum pernah dengar orang boleh berjaya sebelum diuji. Mungkin ada yang mudah dapat tapi pasti ada ujiannya. Orang sekarang bermotivasi, berwawasan tapi dalam masa tu ada juga spesies yang hidup 'u rub my back, I rub yours la..' hehe maknanya kautim la...
Esok lusa cuti. Tapi jadual tetap pack la..maklumlah urusan famili tentu banyak macam biasa. Ni dapat tugas baru plak, kalu ada kera2 datang lagi, kena report. Mungkin akhirnya 'Beng..Beng!!!' baru setel masalah kera tu..terpulanglah kat Perhilitan nanti.
Khamis, 22 April 2010
Caring is sharing
Baru2 ni ada kesempatan untuk surve dan cari maklumat di internet, dapat beberapa artikel jernal yang menarik serta berkaitan dengan tugas. Lalu difwd pada kenalan2 dan geng yang ada kaitan. Diatanra ramai ada seorang balas dengan artikel, yang di akhirnya tercatat..'Caring is sharing'.
Moral of the story nya adalah salah 1 tanda mengambil berat adalah berkongsi. Tak semesti duit atau harta, tapi maklumat juga. Dalam dunia kehidupan yang kian mencabar, masing2 nak berjaya, ada kala hidup manusia macam enau dalam belukar. Terlupa akan ingatan orang tua2, untuk bertindak 'bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku', dll.
Maka kedengaranlah kata2 yang orang2 dulu tak suka dengar,....'bagi kaduk naik junjung, bagai melepas anjing tersepit, habis madu sepah dibuang' dll. Meskipun benda yang baik yang tak baik, budak kecik pun tau, makin pandai orang, adakala makin haru biru gerak gaya manusia demi untuk mengejar impian yang belum pasti.
Apa pun yang penting, nawaitu yang pasti perlu diperbetulkan dulu barulah ok seterusnya..tak gitu?
Rabu, 21 April 2010
Darah point of reference
Pagi ni sikit ko, kaki pun bengkak. Bila pegi klinik terus diambil bp dan sampel darah n urine utk lab analisis. OA yang lama dialami kian melarat bila banyak pergerakan terutama naik turun tangga. Kalau dalam pokok, analisa daun jadi point of reference untuk status semasa samada ada deficiencies tak, kita manusia pula boleh diuji juga melalui darah dan urine.
Dalam facebook tadi kengkawan duk bagi feedback pada gambar seorang kawan yang dulu kecik molek, lani dah boroi.
Boroi pun boroi la..simbol of prosperity!
Selasa, 20 April 2010
Peranan pantun
Dalam sesi pembelajaran cara nak jadi Master of ceremony @MC, adakala diselit pantun. Tergelak pun ada masa latihan, ada yang baca laju, ada yang berlagu2. Tapi bak kata sifu, mesti ada roh Melayu.
Dulu kat Perak famous dengan adanya Hashim Gera. Orang Melaka pula bertunang pun ada berpantun, kena jawab.
Entahkan iya entahkan tidak
Menanti rezeki bertahun sudah
Guruh berdentum, hujannya tidak
Tujuh tempayan tertumpah sudah
hehe
Laksa Na O Ya
Petang ni berselera gak makan laksa perak, laksa asam Na O Ya. ..memang power. Resepi boleh difrancaiskan. Takat ni belum ada tempat lain di BBB terutamanya yang setara dengannya. Tak caya tanya Nadhirah la..hehe!
Gathering di BBB
Tengahari semasa bufet di Equatorial BBB tadi berkesempatan bersama staf Felda termasuk ex breeder yang sama ARO dulu. Berkesempatan berbincang dengan sifu dia yang menceritakan betapa banyak expt yang ada tak ikut design yang betul yang akhirnya menyebabkan data analisis pun tak betul. Felda juga dikatakan tak ada physiologist buat masa ni. Dapat juga berbual dengan Mat Saleh pakar protin sequencing dari New Zealand. Dia begitu bersemangat makan makanan Malaysia.
Sesi latihan MC tadi berjalan lancar. Macam AF pun ada, belajar vokal, intonasi tinggi rendah, ketrampilan, eye contact, control suara dll. Memang banyak yang perlu tau terutama protokol majlis2 rasmi.
Isnin, 19 April 2010
Kursus MC
Hari ni dan esok aku berpeluang mengikuti kursus pengacaraan majlis atau master of ceremony di Equatorial Hotel BBB. Bunyi sebutan mc ni macam cuti sakit aje kan. Tapi entahlah dalam 25 tahun berkerja ni, dah banyak kali juga jadi mc. Tapi yang banyak adalah majlis ceramah agama, sambutan Maulidur Rasul dll. Ada juga jadi mc seminar dan adhoc. Manakala di luar pejabat, ada juga jadi mc majlis bertunang, bernikah, ketika jenazah nak diusung dll. Modalnya ayo lior je kate ohang peghak!
Kenangan manis diantaranya adalah bersama Saudara Ann Wan Seng, penceramah bebas yang banyak menceritakan budaya Cina kenapa mereka berjaya teruitama dalam peniagaan. Gitulah citenya.
Ni nak bersiap 830am daftar.
Kenangan manis diantaranya adalah bersama Saudara Ann Wan Seng, penceramah bebas yang banyak menceritakan budaya Cina kenapa mereka berjaya teruitama dalam peniagaan. Gitulah citenya.
Ni nak bersiap 830am daftar.
Ahad, 18 April 2010
Majlis kawin Dr Azri Nache
24hb ni pada malamnya dijadualkan Dr Azri anak kedua Yop Tan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Equatorial BBB. Dikabarkan mereka dah bernikah di London sebelum ni. Eloklah gitu, cuma Azlan masih solo lagi kut.
Minggu baru ni Epoi dan Ti masing2 dapat baby perempuan. Tahniah semuanya.
Sabtu, 17 April 2010
Bila kera buat hal
Semalam entah dari mana datangnya sekumpulan kera berpesta di kebun seberang rumah. Bergayut2 kejar mengejar macam dalam NatGeo TV tu. Kena pula tempat jiran ada pokok kelapa dan nangka. Seperti nama yang disebut, apa saja pun jadi dipatah di cabut termasuk dahan, pokok nenas, pisang dan betik. Sebelum ni ada kera yang masuk rumah, dibuat macam hotel, duk melepak atas katil.
Pagi tadi pergi kebun dah sunyi sepi. Mungkin dah outstation atau memang semalam depa transit on de way ke tempat lain. Sebelum ni masalah anjing liar yang suka menyelongkar tong sampah. Jaga siang tenguk terabur sampah. Gitulah agaknya bila binatang2 tu di tahap 'desperate'. Itu binatang. Kalu manusia, lain pula gayanya. Kat pepe, buang anak macam buang pampers. Kes dera anak pun ingatkan dah setel, rupa2nya ada lagi. Apa dah jadi???
Kena tanya Tan Sri SM Salim nampak gayanya ni...
Jumaat, 16 April 2010
Hulu Selangor
Tak lama lagi ada lagi pilihanraya kecil di negara ini. Kali ni kat Hulu Selangor. Macam biasa parti pemerintah akan ditentang pembangkang dan mungkin juga parti bebas. Ada juga cerita YB yang lompat, gitu gini. Walaupun begitu, teringat akan kata2 bekas PM yang ada menyebut...'dalam politik, tiada yang kekal...kawan dan lawan boleh silih berganti'.
Memang betul, kita perhatikan ada kawan bertahun2, keluar masuk parti lain. Yang dah keluar masuk balik ada. Macam hotel plak, ada cek in cek out. Bagi aku politik itu bebas, sape2 bleh pilih mane parti nak. Yang penting jangan keriau2, gaduh2. Undi, kalah menang biasa. Yang penting pastikan negara aman, rakyat sihat sejahtera, selamat, soru tarak mis. Ada gak classmate aku yang jadi YB, tapi dah lama tak jumpa la.
Moga yang dilantik bekerja keras tunaikan janji. Yang kalah akui kehendak rakyat dan sama2 menyokong pembangunan negeri seadanya....
Berakhirnya latihan praktikal
Semalam tamatlah latihan praktikal sekumpulan siswa UPM di tempat aku. Nad, Pendi n geng telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang diperlukan untuk mengikuti program latihan yang disediakan secara langsung dan tak langsung. Apa yang ditekankan adalah belajar benda2 berguna yang tak diajar di UPM itu.
Masalah ketara sebelum ini adalah rata2 diperhatikan ramai siswa sekarang kurang minat membaca, baik yang ilmiah maupun yang berbentuk pengetahuan am meskipun zaman sekarang jauh berbeza. Di hujung jari je bermacam2 maklumat dapat di 'retrieve' dengan mudah, cepat dan tepat. Bak kata orang dunia tanpa sempadan.
Namun begitu, pada hakikatnya kita tetap ada sempadan di mana jua berada. Baik dari segi akidah, pemikiran, kecenderungan, perlakuan dll. Zaman belajar adala diantara fasa kehidupan yang amat menyeronokkkan bagi aku. Ilmu milik semua, ada kala mudah diperolehi. Ada kala amat payah sekali namun begitu Tuhan telah menjanjikan pada kita akni ditingkatkan darjat orang berilmu kepada suatu darjat. Tenguklah yang pandai bidang agama, hafiz disanjung masyarakat. Yang PhD, berjawatan tinggi, kata2 didemgari, diikuti dan diteliti.
Bagi treni yang datang bersalam ucap terima kasih, adalah di kalangan yang ada hati budi tahu untuk menghargai jasa dan sumbangan kata nasihat, tunjuk ajar dari masa ke semasa. Moga Tuhan memberkati usaha mereka ke arah peningkatan diri dan menuntut ilmu. Kini halatuju masing2 amat penting, mungkin ada yang congak2 nak buat MSc atau terus PhD nanti. Tak kurang juga yang tak sabar2 nak bekerja. Cari duit sendiri, bantu mak bapa dan adikberadik setelah bertahun2 ditaja bawah FAMA @ father n mama.
Sabtu, 10 April 2010
H1N1 Denggi
Rupanya masalah ni tak selesai lagi. Area rumah selalu di spray, di fogging yang akhirnya sesak nafas dibuatnya. Dengar pula kat Melaka ada kes H1N1 strikes back. Adik pula demam ni, kenalah bawa klinik cepat ni.
Ada yang nasihat minum 100plus, makan manggis, sup ketam dll...tapi adik memang suka ice lemon tea...clear tea.
Langgan:
Catatan (Atom)