Hari ni Wani test kete moto. Pagi tadi dah pas moto, petang ni kete pula. Berkobar2 dia nampak gayanya. 10hb nanti dah nak masuk matrik pula. Semua tu kira ujian semasa. Kita yang separuh abad pun tetap diuji. Yg berkerja diuji juga naik pangkat, naik gaji, tak naik,cold storage dll. Apapun semua tu kalu boleh dihadapi dengan penuh tabah. Nak dapat apa2 pun di dunia kena ambil ujian, nikan pula nak senang lenang selama2nya di akhirat nanti kan...
Z baru datang bagitahu Perhilitan ada datang hari tu tenguk kera2 yang 'menyerang' kebun di depan dan ada pernah masuk rumah lepak atas katil, dibuat macam hotel plak. Yang jantan tu taiko sikit, bila diacah tak lari pun, menyerigai je giginya. Dapat masuk dapur, habih ditengkerapnya apa yang ada. Nak kata apa, kera lah katakan...
Pagi tadi sepatut gi tenguk demo alat. Rupanya ubah tempat, jadi ganti masa terluang berbincang data2 yang diperolehi dan analisisnya bersama Tn Hj Sam. Kira sampai pencen memang banyak benda boleh diselidik ni. Orang veteren caranya lain, pelan2 tapi ada strategi. Orang muda gopoh, semua mahu cepat tapi mudah sesat jalan atau tersasar jauh dari landasan.
Belum pernah dengar orang boleh berjaya sebelum diuji. Mungkin ada yang mudah dapat tapi pasti ada ujiannya. Orang sekarang bermotivasi, berwawasan tapi dalam masa tu ada juga spesies yang hidup 'u rub my back, I rub yours la..' hehe maknanya kautim la...
Esok lusa cuti. Tapi jadual tetap pack la..maklumlah urusan famili tentu banyak macam biasa. Ni dapat tugas baru plak, kalu ada kera2 datang lagi, kena report. Mungkin akhirnya 'Beng..Beng!!!' baru setel masalah kera tu..terpulanglah kat Perhilitan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan