Jumaat, 30 April 2010

Bolehkah diubah saudari ?

Bolehkah diubah saudari?
Tabiat semulajadi
Berakar umbi di sana sini

Bolehlah diubah saudari>
Tabiat bermuka2
Di depan di belakang bos saban hari


Bolehkah diubah saudari?
Lain kehendak mulut
Lain matlamat dalam hati

Bolehkah diubah saudari?
Tamak haloba dijauhi
Dengki khianat bersarang di hati

Bolehkah diubah saudari?
Yang silap diakui
Yang benar dihargai

Bolehkah diubah saudari?
Daging diberi
Tulang untuk sendiri


Aduhai saudari!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan