Jumaat, 16 April 2010

Berakhirnya latihan praktikal


Semalam tamatlah latihan praktikal sekumpulan siswa UPM di tempat aku. Nad, Pendi n geng telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang diperlukan untuk mengikuti program latihan yang disediakan secara langsung dan tak langsung. Apa yang ditekankan adalah belajar benda2 berguna yang tak diajar di UPM itu.


Masalah ketara sebelum ini adalah rata2 diperhatikan ramai siswa sekarang kurang minat membaca, baik yang ilmiah maupun yang berbentuk pengetahuan am meskipun zaman sekarang jauh berbeza. Di hujung jari je bermacam2 maklumat dapat di 'retrieve' dengan mudah, cepat dan tepat. Bak kata orang dunia tanpa sempadan.


Namun begitu, pada hakikatnya kita tetap ada sempadan di mana jua berada. Baik dari segi akidah, pemikiran, kecenderungan, perlakuan dll. Zaman belajar adala diantara fasa kehidupan yang amat menyeronokkkan bagi aku. Ilmu milik semua, ada kala mudah diperolehi. Ada kala amat payah sekali namun begitu Tuhan telah menjanjikan pada kita akni ditingkatkan darjat orang berilmu kepada suatu darjat. Tenguklah yang pandai bidang agama, hafiz disanjung masyarakat. Yang PhD, berjawatan tinggi, kata2 didemgari, diikuti dan diteliti.


Bagi treni yang datang bersalam ucap terima kasih, adalah di kalangan yang ada hati budi tahu untuk menghargai jasa dan sumbangan kata nasihat, tunjuk ajar dari masa ke semasa. Moga Tuhan memberkati usaha mereka ke arah peningkatan diri dan menuntut ilmu. Kini halatuju masing2 amat penting, mungkin ada yang congak2 nak buat MSc atau terus PhD nanti. Tak kurang juga yang tak sabar2 nak bekerja. Cari duit sendiri, bantu mak bapa dan adikberadik setelah bertahun2 ditaja bawah FAMA @ father n mama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan