Sejak akhir2 ni Banyak isu karbon yang dibebaskan dan pemanasan global dibincang di peringkat antarabangsa, dalam persidangan, forum, akhbar dan media massa. Walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil sahaja berbanding negara2 maju seperti USA, EU mahupun Australia tetapi memandangkan banyak aktiviti pertanian dijalankan di kawasan gambut misalnya, menjadikan ianya isu yang besar2kan.
Jika dilihat dengan tanaman soya yang perlu dibajak, dirotor selalu selepas musim dan persediaan tanaman baru, sudah pasti tanah lapang itu terdedah pada karban emisi dll, Tapi itu tak dihebahkan berbanding di negara2 kecil seperti Malaysia yang menanam sawit misalnya di tanah gambut yang terbiar.
Dulu isu orang hutan dipertikaikan, kononnya aktiviti pertanian kita mengancam ekosistem dan habitat orang utan, walaupun kita dah ada sanctuary orang utan seperti di Sepilok.
Yang pasti di negara2 maju, banyak kenderaan yang mengeluarkan karban juga, dan bila hutan mereka terbakar, bukan seekar dua tapi ratusan malahan ribuan hektar kawasan terbakar. Sudah pasti tinggi C emisinya.
Begitulah nasib negara yang membangun, ada saja yang tak kena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan