Isnin, 26 April 2010

Yang kalah dan menang

BN menang kali ni kat Hulu Selangor dan wakil PKR menerima seadanya. Yang menang pula sudah tentu menanggung amanah dan janji2 yang perlu ditunaikan untuk rakyat di situ. Kat radio terdengar pula penamaan calun di Sibu. Yang bertanding, yang kalah, yang menang sumenya perlu melalui saat2 sukar untuk menarik pengundi. Bila kalah, posmotem la apa sebab musababnya agar dapat diperbaiki di pilihanraya umum nanti. Macam bese, yang menang kena keje kuat agar terus menjadi wakil berwibawa.
Tenguk anak2 yang bakal masuk U, kolej atau matrik, masing2 tak tentu hala lagi. Ada yang lebih suka dengo cakap kawan dari mak bapak. Ada yang kjb nak ni kjab nak tu pun ada. Apa pun yang penting deme nak belajor dan boleh pikir hala tuju. Kalu tak de, macam naik bas, naik keretapi tak tau nak ke mane..atau sesaja seronok naik je. Dalam hal ni motivasi, cetusan minda perlu ada. Jangan dibaling2 deme, sebab bebudak sekarang memang pandai boling, nanti ke Alamanda plak deme. Kalu ngaji bagus, sesakali main boling ok gak. Kalu nak main biar pandai betul macam Shalin baru la ada uumph!
Baik belajo, baik main kena sungguh2. Tenguk sekarang ratu skuash Malaysia camne. Kalah menang adat mainan tapi trening, usaha kena cukup bagus barulah kejayaan datang kat kita kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan