Malam tadi selepas magrib dan hujan, dapat makan malam bersama ex treni2 yang telah bersama selama 4 bulan dibawah penyeliaan teman. Sebagai tanda terima kasih kerana telah turut membantu dalam tugasan2 tetentu dari masa ke semasa. Yang penting situasi menang-menang ini dapat mencetus minda, menggerakkan usaha untuk semua terus maju di masa2 akan datang. Sepertimana majlis makan malam Dr Azri di Equatorial baru2 ni, majlis bukan hanya untuk makan tapi merangkupi berbagai aspek termasuk mengharmonikan hubungan silaturrahim, tanda terima kasih dan berkongsi pengalaman.
Dalam hidup, belajar adalah suatu proses yang berterusan. Bukan milik seseorang sahaja bahkan ianya milik semua. Sebab tulah Nabi Mohd SAW ada bersabda," Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad" , "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China" .... Muhasabah diri amat penting dari masa ke semasa agar kita lebih berfikir sebelum berkata2 dan mengambil pengajaran seadanya dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya kalau kita baik pada orang, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan kita. Kalau tak secara langsung mungkin juga pertolongan akan datang secara tidak diduga apabila sampai saat dan tikanya. Apalah guna bersikap sombong, bongkak dengan apa yang ada, walhal kita pasti tahu sebenarnya akhir kalam ke mana jua kita akan pergi akhirnya. Yang sihat belum tahu nikmat azab sengsaranya sakit jika dia belum merasainya; yang cantik belum tau bahanyanya bila kecantikan kian lusuh dimamah usia; yang berkuasa belum lagi tahu penangannya jika sampai saat dan tikanya kuasa tiada di tangannya....begitulah keadaannya.
Berbalik cerita makan pengat, teman ulang kata2 adik lelaki bongsu teman...
Anak Cina makan pengat
Sendiri mau ingat !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan