Berita TV3 semalam ada menceritakan seorang budak lelaki mati ditembak polis kerana disyaki dalam keadaan mencurigakan dan dikatakan terus merempuh jalan. Akhirnya budak tu mati dan ibunya keluar di TV minta siasatan secara teklus dibuat agar nama anaknya dibersihkan. Berita juga menyebut anggota2 polis berkenaan telah digantung tugas meronda dan berkerja di opis sehingga siasatan selesai.
Rasanya sebelum ni dah ada kes sebegini. Moga2 ada satu prosedur (SOP) teliti dibuat agar yang benar2 penjenayah saja yang boleh diambil tindakan sebegitu rupa. Misalnya bagi kes2 budak2 atau sesiapa yang tak berlesen memandu, tak de cukai jalan dll hanya perlu disaman saja dan bukan ditembak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan