Hari ni dijangkakan grup lama sekolah SMSK dan SMSTP akan mengadakan perhimpunan sempena masing2 berumur 50 tahun. Teringat zaman SMS di Sg Petani, tatkala Cikgu Nael (arwah) menjadi warden yang tegas. Bila cross country tiap minggu, siap lah sape2 di belakang2, mau kena denda lai round padang. Pernah aku ponteng, nyorok celah2 beg balik kampong. Terdengar bunyi kasut HM (Cikgu Shukor) pun dah depdap jantung dibuatnya. Ate hero, selamat tak kena tangkap yop! Tak sangka pula lebih 30 tahun lepas tu, dapat bersama kawan2 mengiringi jenazah cikgu Mael hingga dikebumikan di Shah Alam. Walau bagaimana pun tak berkesempatan menziarahi arwah cikgu Wazir yang dikebumikan di Perak. Di Perlis pula, dulu SMS di tengah2 bendang, bila banjir besar Perlis berlaku dulu, macam pulau jadinya dikelilingi air. Bila melawat balik beberapa tahun lalu, dah jauh beza. Pokok2 dah besar2 dan persekitaran dan membangun.
Hari ni opis pun buat famili day kat Bt Merah Laketown Resort, Semanggol, Perak. Agak jauh juga dari BBB ni. Tapi elok juga turut serta. Keje sampai pencen, dan semestinya tak akan selesai2. Kita pencen orang lain ganti atau teruskan. Maknanya kita tak de pun, hidup mesti diteruskan.
Awal pagi tadi pergi bank. Nak setel hutang kete, sewa rumah Tati dll. Tapi sampai je ramai yang ngukngap2, sebab ATM BIMB, Maybank rosak. Ada yang elok tapi duit pulak tak de. Macam ada motor tapi tak de kunci atau ada kunci, minyak tak de. Bank pun satu, dah tau hujung2 minggu, top up la apa patut sebelum tu. Maintain lah ATM apa patut. Sama juga bila pergi komplex PKNS semalam. Pergi masuk bilik air, macam2 lukisan lucah ada. Takan maintenance unit tak pernah pergi bilik air? Cat ajelah pintu tu balik. Mungkin depa nak tunggu komplen dalam pepe atau Karam Singh Walia datang baru nak dcat atau diambil tindakan kan...gitulah budaya kita pada hari ni yop. Tapi mungkin ada yang kata, ate nape mike tak komplen yop????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan