Semasa ronda2 lepas Isyak tadi ke Putrajaya bersama Wani n Nadhirah, masih ramai di pasar malam presint 2 lagi. Lokasi pack di gerai Charkuitiaw di mana tak de tempat nak parking bumper kat situ. Tak pasti sedap sangat atau kerana ramai orang. Mula nak ke Alamanda tapi dah lewat, jadi pusing2 sajalah nak las2 minum di Soho Sg Merab. Di sana juga ramai orang terutama hujan dah turun dan ramai pindah duduk di dalam atau angkat meja ke kaki jalan.
Budaya makan malam2 memang biasa di negara ini. Tak kurang juga ada gerai mamak 24 jam. Mana tak obes dibuatnya....Tambahan bagi yang tak sampai hati tak ikut pelawaan kengkawan duk pekena teh tarik/roti nan malam2 sambil berbual isu2 semasa. Sekarang tentulah hal pilihanraya Hulu Selangor! Hujan masih rintik, mata pun pela kuyu ni..nampak gaya kena brek dulu brader......tadi bual panjang dengan Ti adik bongsuku yang baru dapat anak ke 8. Lepas tu telefon mak angkat di Mata Ayaq Perlis yang dapat tahu Wani bakal masuk matrik sana tak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan