Selasa, 27 April 2010

Cara mudah membuat jeruk mempelam resepi Roslanoor


Seelok2nya mempelam telor atau apa jua yang belum bersabut buahnya. Caranya:

1. Potong/belah dua mempelam tersebut
2. Buang bijinya
3. Bubuh dalam besin dan selepas bubuh 2 sudu camca garam terus rendamkan dalam air panas mendidih
4. Biar sejuk dan toskan
5. Tabur gula secukup rasa dan gaul sebati
6. Masuk dalam balang/tuperware
7. Simpan dalam peti ais 4 darjah selsius
8. Kalau rajin balik2 kan jeruk dari masa ke semasa
9. 2,3 hari lepas tu dah boleh makan dah jeruk tanpa pengawet tak tentu hala ni.

SElamat mencuba. Kalau nak rangup sebelum bubuh gula tadi rendam dalam air kapur dulu dan toskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan