Baru2 ni ada kesempatan untuk surve dan cari maklumat di internet, dapat beberapa artikel jernal yang menarik serta berkaitan dengan tugas. Lalu difwd pada kenalan2 dan geng yang ada kaitan. Diatanra ramai ada seorang balas dengan artikel, yang di akhirnya tercatat..'Caring is sharing'.
Moral of the story nya adalah salah 1 tanda mengambil berat adalah berkongsi. Tak semesti duit atau harta, tapi maklumat juga. Dalam dunia kehidupan yang kian mencabar, masing2 nak berjaya, ada kala hidup manusia macam enau dalam belukar. Terlupa akan ingatan orang tua2, untuk bertindak 'bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku', dll.
Maka kedengaranlah kata2 yang orang2 dulu tak suka dengar,....'bagi kaduk naik junjung, bagai melepas anjing tersepit, habis madu sepah dibuang' dll. Meskipun benda yang baik yang tak baik, budak kecik pun tau, makin pandai orang, adakala makin haru biru gerak gaya manusia demi untuk mengejar impian yang belum pasti.
Apa pun yang penting, nawaitu yang pasti perlu diperbetulkan dulu barulah ok seterusnya..tak gitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan