Buat anda yang membaca blog ini. Ingatlah usia anda bertambah setahun lagi, semoga hidup penuh berkat, berjaya dunia akhirat...amin!
Khamis, 31 Disember 2009
Tidor cukup
Baru2 ni ada kawan forwardkan email mengenai seorang tokoh koporat muda di India yang mati mengejut. Mendiang sangat aktif dalam sukan dan selalu joging. Mustahil bagi pandangan orangramai dia sakit jantung. Setelah disiasat betul2, rupa2nya dia amat sibuk orangnya dan masalahnya tak cukup tidor. Bila ini berlaku, lambat laun banyak mengganggu sistem badan yang akhirnya menyebabkan sudden death ini.
Memang betul bila umur meningkat gejala susah tidor atau insomnia akan berlaku. Tak betul gaya, mudah dapat sakit darah tinggi, lemah jantung dll. Dalam terapi apnea pun ada diceritakan kalau cukup tidor, InsyaAllah semua sakit tu akan berkurangan dan mungkin akan sembuh. Masalahnya bolehkah tidor nyenyak macam awek ni??? Boleh kah tidor dari malam dan jaga dekat subuh dan tak lagi tidor jaga tidor jaga? Orang kata tak de duit tak boleh tidor. Tapi kalu banyak duit lagi susah nak tidor kan...semua benda nak buat tentu banyak fikirkan! Kadang2 tak tau sebab apa orang susah tidor.
Teringat kata2 mak mertua yang bebudak kalu meragam tu tanda mantah tidor...mantah??? Macam tanak nasi mantah plak hehe...
Tilapia merah kini berharga
Kalau dulu dalam Rm2-3 sekg sekarang dah berbelas ringgit. Nak kata susah sangat nak bela tak juga. Cuma ikan ni kuat makan. Harga tolak pun tak tinggi macam baung. Ni menunjukkan orang tengah yang betul2 untung berniaga ikan air tawar ni.
Seekers dan Keliwon
Dalam tv ada cite mencari antu. Punya la tengin cara tu nak cari antu ya. Kalau nak sangat jumpa antu, datanglah ke Malim Nawar. Siang2 pun bleh jumpa. Tak payah terhendap2, terbisik2. Pergilah mana2 rumah tinggal bertahun2 di situ. Pilihlah mana kampung atau lombong, InsyaAllah bertemu. ..tapi gi sorang2 la. Tenguk samada terkincit ke tak..hehe. Kalu deme gi pun tak jumpa, tu menunjukkan program tu gebang aje..orang Peghak kata jangan tak buat bual aje.
Keliwon pun makhluk Allah juga. Kita kacau dia, mungkin dia kacau kita. Baik amal prinsip lu2 gua2...kan ke senang. Buat apa nak cari, sedangkan deme lagi ramai keliling kite malahan ada yang diantara kita lagi hebat dari antu kan.
Sebelum ni ada yang dikata kumpulan pencari antu utk tv ni. Tak lama pastu kua plak berita ada sepasang dari deme ditangkap khalwat plak. Konpius orangramai, sape yang antu sebenornya..hehe! Sepatutnya cari antu mana ada masa nak berkhalwat ye...
Zakat akhir tahun 2009
Ble tahun 2009 nak meninggalkan kita, berduyun2 pergi PZS BBB nak bayar zakat. Apatah lagi yg ni boleh tolak income tax tahun ni. Maka diberitakan jem lah orangnya. Mem sms ada 50 orang lagi tadi. Jamil sms bagitahu big bos pun ada datang nak bayar zakat juga. Teman potong gaji tiap bulan, senang sikit.
Apapun teringat kata ustaz, gaji kita sedebuk tu sebenarnya bukan sume hak kita. Ada pihak2 lain yang ada hak misalnya anak yatim dll. Jadi kenalah berzakat, sedekah dll juga. Kalau kita tak mampu, duduk diam2 je jangan kondem yang bayor. Tapi cubalah kalu tiap kali dapat kita peruntukan 2.5% ke zakat/sedekah, tentu ada rasa lain lepas tu....org kta legaaaa...
Rabu, 30 Disember 2009
Zikir
Amalan mudah tapi payah nak buat ya.... zikir tak perlu ada kenduri, di mana dan pada bila2 masa pun boleh berzikir. Tapi bila ada kenduri, lagi lah elok ada berzikir beramai2...bertahlil kata orang....
Musim pagar memagar kebun
Ble melawat Pulau Pisang, Kulu, Cgkt Kob dan Cgkt Baru, sume sibuk memasang pagar kebun/tanah. Pak Majid Ina dah mula tanam pisang, nenas dan pokok2 buah. Cgkt Kobo dah siap tapi kiv tanam pokok sebab pagar siap masa nak balik dah, Pulau Pisang dah pasang bina tapi pagar je blum lagi. Lepas ni boringlah babi hutan tak dapat bersiar2 kat situ lagi. KakJah dah mula tebang pisang, Cu upgrade pagar semula. Apa pun kontrekter sama, Cik Hasan dan supervisor Yang Pa la. Ate Yang Pa pun ok sejak pencen ni. Macam2 keje boleh buat, dari memesin rumput, mengecat, menyelia tebang pokok, clear tanah, pasang pagar, korek lubang, tanam pokok dll. Buruk cakapnya semuanya bisa diurus..tapi mungkin kena pikirkan lah pelincirnya hehe..
Hari ni Nadhirah pergi daftar tahfiz. Tati n Wani bawakan. Semalam Wani siap injek typoid sebelum bleh keje piza hut. 9Jan kena hantar Amin ke Kuala Lipis. Azmi akan bawa deme daftar ke Poli Kok Lanas, Kelantan dan cari ruma sewa. 5 hari duk kampung badan pun penuh dikokak nyamuk saknike benda. Pasang ubat nyamuk spray pun tak makan saman. Memang komando betul nyamuk sana. Nyamuk BBB tak nak gigit sebab deme tau tuan badan ni banyak makan ubat kang lalok plak nyamuk tu. Nyamuk kampong lain, agaknya deme pun ada minum saknike ubat hutan kut...
Hari ni kaklong soh test pakai rantai amende entah..katanya ada ion cas hilang sakit. Bunyi macam pelik aje, tapi tak pe bukan kena duit pun, boleh test la...kat rumah blehla try test. Kat luo tak leh la kang nampak dik orang, entah apa lak rock orang tua ni..hehe.
Merry go round
Mainan yang direka khas oleh adik bongsu Aiman baru2 ni...tak guna letrik pun tapi tak tahulah kut2 orang lain buat boleh penin..dia buat stedi je.
Selamat tinggal 2009 n Selamat datang 2010
Hari ni dah last day 2009, tahun ke 49 umurku dan bakal menjadi separuh abad dalam beberapa hari lagi . Masa memamg tak tunggu kita, macam komuter, ERL, monorail juga. Kita yang kena tunggu masa dan guna masa sebaiknya. Pejam celik pejam celik dah nak habih tahun ni. Bagi yang suka count down, malam ni tak tentu hala la..macam orang lain tak ada tahun baru plak. Kalu tahun hijrah, dah sememang ada doa hujung tahun dan awal tahun. Hujung dikira lepas dan sebelum magrib, manakala tahun baru dikira lepas magrib atau matahari terbenam.
Apa azam kita tahun depan? Semua kita nak yang terbaik, lebih senang, lebih mewah. lebih sihat, lebih berkat, lebih segala yang baik2 dan dijauhkan segala yang buruk maupun malapetaka. Macam doa masa sebelum makan di Sekolah Alam Shah dulu...'Ya Allah Ya Tuhan kami,...berikanlah kami rezeki yang halal, ilmu yang berguna...jauhilah kami dari segala yang haram dengan rahmatMu dengan penuh kasih sayang'.
Satu pembaruan di Malim Nawar
Sejak ada masjid baru di Malim Nawar, makin banyak program dan aktiviti masyarakat setempat dapat diadakan. Misalnya selepas zohor semalam Tn Hj Dolah bersama jemaah yang stayback mengaji Quran. Walaupun masjid ni masih belum berapa siap dari segi hiasan dan lanskapnya, diberitakan terdapat juga gerai2 dan padang mainan di seberang jalan masjid itu. Kerja2 membina tempat parking kereta, motor/basikal serta taman mainan sedang dijalankan. Tak hairanlah kawan teman, Yop Hishamuddin dan rakan2 yang lain dari Parit, Bota pun ada lalu dan singgah solat di situ. Masjid berjuta harganya cantik dan selesa.
Bila pergi ke pasar lambak sabtu dan market di pagi hari, suasana lambak macam dulu masih segar dan ceria. Gerai2 makanan berbagai bangsa juga penuh dengan pelanggan. Selain sabtu, semalam ada juga pasar malam. Yang bezanya, sekarang susah nak dapat makan ikan2 sungai yang sedap2 macam baung, tenggalan dll Mungkin peraih dari luar dah rembat dulu dari penangkap2 ikan awal pagi lagi. Ikan tilapia pun yang kecik2 aje di market.
Masjid lama masih digunakan tapi tiadalah solat Jumaat lagi di situ. Sepertimana biasa naluri semulajadi manusia, dah tentu suka yang baru lagi cantik. Bagi jemaah setempat, kemudahan yang ada eloklah diguna sebaik mungkin. Masih banyak tempat yang tak berpeluang dapat macam tu.Samaada kita biru ke, hijau ke, merah ke...kita tetap ada kiblat yang sama, Nabi yang sama, Quran yang sama dan Tuhan yang sama. Hendaklah sujud dan rukuk seadanya mengikut fahaman dan ajaran mazhab Imam Shafie yang kita ikuti saban tahun dari dulu, kini dan selamanya...
Bila pergi ke pasar lambak sabtu dan market di pagi hari, suasana lambak macam dulu masih segar dan ceria. Gerai2 makanan berbagai bangsa juga penuh dengan pelanggan. Selain sabtu, semalam ada juga pasar malam. Yang bezanya, sekarang susah nak dapat makan ikan2 sungai yang sedap2 macam baung, tenggalan dll Mungkin peraih dari luar dah rembat dulu dari penangkap2 ikan awal pagi lagi. Ikan tilapia pun yang kecik2 aje di market.
Masjid lama masih digunakan tapi tiadalah solat Jumaat lagi di situ. Sepertimana biasa naluri semulajadi manusia, dah tentu suka yang baru lagi cantik. Bagi jemaah setempat, kemudahan yang ada eloklah diguna sebaik mungkin. Masih banyak tempat yang tak berpeluang dapat macam tu.Samaada kita biru ke, hijau ke, merah ke...kita tetap ada kiblat yang sama, Nabi yang sama, Quran yang sama dan Tuhan yang sama. Hendaklah sujud dan rukuk seadanya mengikut fahaman dan ajaran mazhab Imam Shafie yang kita ikuti saban tahun dari dulu, kini dan selamanya...
IPTA
Hari ni di BIMB dan BSN memang ramai orang. Masing2 sibuk cash duit dan bayar yuran IPTA. Dalam masa tu ada gak seorang pakcik minta tolong tengukkan borang dia betul tak..ingatkan sikit aje rupa2nya masuk simpan RM5,500 yop...kira oklah tu!
Nak tergelak pun ada teman kat BIMB, mem gi BSN bila dah setel gi tanya dia berapa lagi..10 katanya..bila balik minum tanya lagi rupanya 50 nombor lagi! Tadi tersilap tenguk. Jadi sempatlah pergi PKNS beli nasi ayam dulu dan beli barang dapur.
Bila nak ujung tahun dalam pepe akan kua cite peristiwa suka duka sepanjang 2009...kita kehilangan arwah Ma. Dalam minggu lepas 10 nyawa terbang akibat bas 2 tingkat merempuh penghalang jalan di Ipoh. Jadi tak tau dah naik apa yang selamat. Jalan kaki pun motosikal kereta boleh langgar lari pula.
Apa pun tahun baru masing2 akan berazam..naik gaji, naik pangkat, lebih kaya, tambah kereta, rumah tapi jangan tambah bini udahle...hehe
Isnin, 28 Disember 2009
jamuan diner, tahlil berkumpul sedara mara
Cuti xmas balik kg, di Malim Nawar malam hari Jumaat tu abang Jun round table diner kt kedai makan Pulau Pisang. Esoknya gi tenguk Misya di Ipoh dah keluar wad. Malamnya pulak tahlil di Bt Pekan. Tadi meracun tanah lot Cgkt Kobo dan landing di Bt Pekan. Pergi ke masjid baru dan melawat SKMN, Cgkt Baru juga.
Khamis, 24 Disember 2009
Diam tak diam, dah 2 tahun masa berlalu di mana dulu depan rumah lama ada tanam pokok jagung, expt Nadhirah. Bagus juga expt yang simple tu, yakni pengairan waktu malam. Pokok2 jagung yang disiram siang dan malam mempunyai pokok yang tinggi hingga mencapai 2-3x ganda pokok2 yang hanya disiram di waktu siang. Ini menunjukkan pokok tersebut lebih ke arah vegetatif jika dibandingkan dengan yang disiram waktu siang sahaja yang cepat berbuah. Tetapi pokok siram malam ini mengeluarkan tongkol buah kembar 5-7.
PMR result dah keluar
Haris kat JB dapat 7A2B, Zulfadli Nu 4A4B dan anak Cu 8A. Tadi kat pepe dapat tau SMKJ4 BBB best daily school yang skor gler. Dalam pepe juga ada cite anak orang asli pun boleh dapat 7A. Maknanya ramai gler yang skor sekarang ni. Dah tentu nak minta dapat masuk sekolah berasarama penuh pun payah nanti. Di BBB, dapat masuk SMKJ4 pun dah macam boarding school juga. Cara pembelajaran dan standardnya pun tinggi.
Tahniah pada yang berjaya!
2012 di BBB?
Cuti xmas dan hujung tahun 2009
Mulai hari ni ramai yang mula bercuti menghabiskan cuti tahun, balik kampung, cuti2 Malaysia dll. Ada yang mula sibuk membeli segala kelengkapan persekolahan, masuk poli, kolej, dll. Ada juga yang dah habih spm nak cuba2 mula bekerja cari duit poket sendiri. Namun begitu, akhir kalam, mak bapak gak yang sponsor kan..hehe.
Dapat berita dari Ipoh semalam, Misha khadijah dah keluar wad. Ok la tu kalu tak kelam kabut gak Ti, Hadi bergilir take turn jaga kat wad dan Mira, Mia jadi prefek kat rumah. Semalam kat opis pula ada miting unit bersama RO Kluang dan Sesang. Macam2 laporan perlu disiapkan menjelang hujung tahun ni. Di lab, Ina dan Nurul tenguk begitu sibuk spring cleaning selepas mencari raw data yang entah ke mana perginya.
Menjelang tahun baru, masing2 mungkin berazam untuk lebih maju, lebih berjaya, lebih uumph dsbnya. Ada yang perlu berhijrah untuk berjaya. Ada juga tak perlu. Ada yang perlu beri lauan bagi yang muda. Tapi pokok yang besar pun boleh berhijrah, dialihkan dan boleh mampu tumbuh balik dengan baik, mengapa manusia pula takut berhijrah ya?
Selasa, 22 Disember 2009
Aduan online
Ble menggunakan saluran online dalam MBKj sebelum ni, cepat tindakan diambil. Ada buat cadangan bagi bersih kawasan Tasek Cempaka dan tebang pokok mati Jalan 4/3 BBB. Memang cepat dan boleh tenguk senarai tindakan yang diambil. Syabas pada MBKj yang memang cepat mengambil tindakan atas aduan, cadangan dan permohonan yang dibuat.
Awal pagi tadi buat permohonan dan cadangan lagi. Permohonan trafik light persimpangan masuk Jalan 4/1BB yang sememangnya banyak xcden berlaku dan kepayahan untuk melintas di waktu 'peak'. Cadangan pula agar MBKj dan JAIS memantau semua pengutip derma samada kat shoping complex, tempat parking dan kawasan perumahan. Ini perlu diselaraskan agar mereka2 yang 'genuine' sahaja dibenarkan mengutip derma dan tidak menyalahgunakan apa saja serta tidak menganggu ketenteraman awam. Kita tenguk ramai budak2 sekolah pun minta derma sampai malam di kompleks PKNS dan Bintang BBB. Ada juga yang minta derma RM10 dan tak mau kurang dari tu.
Pengalaman guru kita
Lewat malam semalam terima sms yang dikira boleh dianggap sebagai pengalaman yang mengajar orang. Hamba Allah yang duk buat join projek baru sedar yang dia ada babitkan orang lain dan mungkin ada terasa. Baru dia tahu kalu join projek harus ada gif n take, same2 dapat hasil atau win win situation.
Perkara ini dah lama perasan, dah hint cuma mungkin baru ada kesannya bila pengalaman itu sendiri mengajar diri kita. Setelah suku abad bertugas, semua itu dah di hujung jari. Macam2 manusia ada dan pernah ditemui, ada opportunis, ada pragmatis, ada konservatif dan tak kurang yang terlalu proaktif malahan hiperaktif..hehe. Yang macam nak menopaus pun ada..hehe.
Apa pun bersyukur seadanya, dalam suasana 'minimum input n limited resources' aku dapat usaha menghasilkan 4 pepe, 3 poster, 1 report dan 3 ko author bagi tahun 2009 yang hampir menutup tirai ini. Kepuasan diri atau self esteem mengatasi segalanya....tak semestinya awan gelap terus bermaharajalela!
Misha Ti masih di wad
Semalam dapat info Misha masih di wad Hospital Bainun Ipoh. Ada improvemen, boleh makan dan buang air. Kenalah Ti dan Hadi gilir2 jaga disamping yang lain kenalah Mira dan Mia take over. Sejak akhir2 ni lepas seorang2 kroni terdekat termasuk diri sendiri, yang keluar masuk wad. Dalam buku 'Don't be sad', ada ditulis selepas kepayahan, pasti ada kemudahan/kesenangan.
Isnin, 21 Disember 2009
Diet pembakar lemak untuk kesihatan
Sesekali macam dalam TV kena ada selingan. Ini dikatakan diet pembakar lemak, campuran bijirin. Sekarang mudah, pergi aje Bilion ke mana2 supermarket, macam2 bijirin campuran ada untuk sarapan pagi. Tapi walau bagaimana pun, sekali sekala kena juga pekena KFC restoren jejantas macam Nadhirah ni ya...hehe!
Mona Lisa di Pusat Sains
Sabtu lepas, atas permintaan Nadhirah yang beriya2 sangat nak tenguk lukisan Leonardi da Vinci, bernama 'Mona Lisa', kami berempat beranak pun pergi la selepas mengambil Wani di KBU IQ Marathon. Tiket untuk itu saja RM20 untuk kanak2 dan Rm25 untuk dewasa. Aku lebih tertarik tenguk ikan akuarium, samada ikan gapi, Nimo, ikan2 air tawar yang besar2 termasuk ikan dragon dari Amazon iaitu Arapaima.
Macam lawatan terdahulu, tiada petugas yang memberi penerangan melainkan di pentas sains. Semasa melawat Pusat Sains Vancouver lama dulu, kelebihan mereka adalah ramainya petugas yang boleh memberi penerangan bagi kumpulan kecil pelawat2 ke situ. Tiada pengunjung yang asik makan merata2 tempat macam di sini.
Ble Melayu Islam bertelagah
Adakala sesuatu objek atau senario dapat menggambarkan sesuatu. Dalam masyarakat Melayu Islam, percanggahan pendapat boleh berlaku dalam masjid atau surau pun, misalnya terdapat kurang persefahaman diantara JK atau jemaah. Kadangkala perkara remeh temeh sampaikan ada yang tak berjemaah sekali. Dulu heboh cite 2 imam, tapi ada juga yang masih ego dengan kumpulan atau pegangan sendiri. Atas sebab itu kadangkala surau taman di bandar2 jauh lebih baik, lebih international dari sesetengah surau di kampung.
Baru ni ada balik ke kampung, terdengarlah cite masjid lama orang biru, masjid baru orang hijau. Jadi masing2 cara sendiri. Di BBB terutama Al Kauthar, memang international, biru ke, hijau ke, tabligh ke, YB ke , tak YB ke sume orang Islam. Yang baik diikut, yang kurang dibuat sempadan. Bersyukur seadanya. Ambik aje ilmu berguna. Kiblat sama, Allah sama, nabi sama, quran sama, jadi nape nak beza2 kan.
Baru2 ni gi Teluk Kemang, terpandang pokok2 kelapa yang tunduk bagai nak rukuk berdekatan surau tepi pantai. Ada pokok tunduk ke kiri, ada ke kanan. Simboliknya bagai manusia Islam berlainan pendapat bila bertelagah, berlatarbelakang surau yang melambangkan keislaman...Cuba perhatikan...
Mengapa perlu pendidikan?
Ilmu memang dikenali sebagai universal. Sape2 aje boleh cari ilmu. Semalam dalam AC di mana ada seorang China berupaya menghafal lagu2 kebangsaan negara2 di dunia. Dia boleh nyanyi lagu Rusia, USA, Singapore, Lubnan, Jepun, Thai dll lagi. Maknanya dia pandai pilih satu hobi yang orang lain tak buat pun!
Dengan ada ilmu, seseorang itu boleh dididik. Tetapi untuk apa? Semasa di KBU baru2 ni terpikat pada tiang2 di kafetaria yang tercatat sepertimana dalam gambar. Hayatilah kata2nya...
Misha Ti masuk wad
Semalam dapat sms yang Misha anak Ti n Hadi terpaksa dibawa naik ambulan ke Hospital Bainun Ipoh kerana sakit kuat. Difahamkan doktor terpaksa memberi ubat tidor bagi membolehkan dia berehat. Sanak saudara telah diberitahu akan hal ini. Didoakan agar dia cepat sembuh.
IQ Marathon KBU 2009
Sabtu lepas Wani dapat masuk pertandingan IQ Marathon di Kolej Antarabangsa Bandar Utama. Difahamkan 300 pelajar dari lebih 100 sekolah di tanahair dipilih untuk menduduki ujian IQ marathon ini. Mungkin anggaranku dalam 90% peserta adalah pelajar China. Peringkat akhir diwakili oleh 4 China 1 Melayu dan juara budak China yang memenangi biasiswa dan laptop. Jadi Wani dapatlah sijil dan hadiah saguhati/souvenir..oklah tu...hehe.
Jumaat, 18 Disember 2009
Teluk Kemang Revisited
Dalam 9am dah sampai Teluk Kemang tadi. Orang pada mulanya tak la ramai, cuma dah kurang tempat nak bentang2 tikar untuk bersantai. Banyak tempat dipenuhi kanopi bersama bangku meja yang disewa RM30. Nampak tak sesuai kerana tempat awam macam tu tak sepatutnya dipenuhi semua tu, lebih bagus jika dibiar kosong tapi bersih. Lagi ramai yang dapat bersantai bersama famili. Duduk bersandar2 di tepi pantai tak sesuai untuk famili, untuk Mat Saleh2 ok la. Ada yang diambil tindakan oleh Polis Pelancung kerana membakar kayu2 untuk BBQ di tepi pantai. Memang pun tak sesuai, dengan asap dan kekotoran yang bakal ditinggalkan. Kalau di British Columbia dulu orang piknik bawa alat BBQ dan arang khas.Langsung tak jejas alam sekitar, dah habis semua dibersih dikemaskan. Setiap yang berkunjung akan jadi pemantau kebersihan. Sepoi dan Isa, kawan lama pakai tabung gas kecik saja lagi mudah.
Dalam 12tghari dah sampai balik BBB untuk solat Jumaat di AlKauthar. Lewat petang kaklong balik nak masakkan ayam paprik dan kailan ikan masin. Hujan lebat agak lama, banyak gak dapat sms dari kengkawan. Ada kawan opis bila cuti hanpon pun cuti, tak tau la mungkin itu stailnya. Jadi tak payah hantar kat dia, bila dia hantar baru balas. Kalu tak macam hantar ke kubur je. Bagi yang ramai kawan, masa cutilah Celcom dan Maxis boleh buat duit lebih hehe...dapat maklumat kenduri kawin anak Zul Bai SMSK 20hb kt SP dibatalkan. Tak taulah nape..tapi kesianlah ya dah las minit kensel. Malam 24hb ada kenduri kawin anak hj Azman Salleh kat Dewan Bistari, Taman Seri Gombak.Member2 lama SMSK dan SMSPs masing2 duk mengahwinkan anak2 masing2, dan jemputan sekarang mudah dan cepat melalui SMS. Malang sekali tak dapat gi kenduri kawin anak Dr Jiwa Abdullah KUITHO baru2 ni.
Khamis, 17 Disember 2009
Jom gi Teluk Kemang
Berdoa di akhir dan awal tahun Islam
Semalam lepas asar dapat search doa akhir tahun kat internet untuk dibaca 3x selepas asar/ sebelum maghrib, diikuti doa awal tahun lepas maghrib. Macam ustaz Wan cakap yang berceramah di ESSET Bangi baru2 ni, lepas doa malam tu bawalah anak bini gi makan kat luar. Bukan kerana rai bezday atau anniversary tapi ingatkan anakbini akan kehadiran tahun baru hijrah, tahun kalender Islam. Jadi dinner kat kedai tomyam on de way ke Darussyifa' BBB la malam tadi. Sedap dan cepat servisnya, jadi kira oklah kedai tu.
Banyak sms ucapan sambut tahun baru hijrah diterima, diantaranya dari Aj yang berbunyi: Ya Allah, seketika di akhir tahun ini insyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penginaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta takwa tanpa alasan. Makbulkan cita2nya yg murni. Amin Ya Rabbal A'lamin. Selamat Menyambut Maah Hijrah 1431.
EET tamat
Setelah berada selama 3 hari di ESSET KWSP Bangi, akhirnya kursus penilaian latihan berkesan tamat. Di akhir sesi selaku penghulu kursus, aku diminta berucap dan menyampaikan cenderahati. Penceramah juga memberi tiap peserta uncang Mas Cotek untuk dibuat minuman kesihatan. Dalam masa kursus inilah tiada barrier diantara pegawai yang berlainan taraf, dari peyelidik, ketua unit, ketua pelesenan, ketua penguatkuasa dan penceramah. Selain bahagian training, ada petugas trainee Uitm Segamat (awek Felda Gedangsa) juga.
Adalah diharapkan peserta grup ini dapat menyambung ke peringkat Cert 4 dan Diploma nanti. Di rumah, hari ni Umi rakan sama trening Tati yang duk sama di rumah ini berpindah balik ke Nilai setelah tamat praktikal training. Famili dia datang jemput lepas asar tadi.
Rabu, 16 Disember 2009
Kecelaruan dalam hidup
Semasa sesi rehat dan minum, berbagai topik yang dibincang sesama rakan dan juga dapat didengari. Walaupun bukan sesi gosip menggosip, sedikit sebanyak ada isu2 yang dibincangkan memerlukan perhatian secara serius. Ada mamat yang bekerja 1 jabatan merasakan apa sebenarnya yang dicari, dikejar oleh pihak atasan. Tidak ada guideline jelas mana prosedur betul dan salah. Cacamarba dan celaru, bahkan jelas menunjukkan hukum ikut sedap hati.
Itulah dikatakan peraturan dan hukum manusia, walhal hukum Allah telah tersedia ada ISOnya tersendiri, boleh diterimapakai dimana jua, bilamana jua di seluruh dunia dari dulu, kini dan selamanya hingga kiamat nanti. Bila akhirat jadi matlamat, semua yang beriman akan takut akan benda2 yang boleh dan tak boleh dibuat. Tapi kalau dunia jadi matlamat, tentulah berbagai cara jadi munasabah asalkan menuju matlamat. Walhal dalam agama, niat elok pun cara tak elok pun tak boleh. Cara elok tapi niat tak elok lagilah tak betul. Kalau nak berbuah lebat, tentulah perlu pokok dibaja dijaga dengan baik. Begitu juga kalu nak mudarabah yang lumayan di akhirat nanti.
Teringat kata salah seorang tadi, kalau nak naik ke apa pun jangan sakitkan hati orang, pijak orang dll. Memanglah di mana2 pun ada yang bahagia atas kesengsaraan orang lain. Ada yang sengsara demi kebahagiaan orang lain. Namun manusia tetap manusia, masih ada self esteem yang perlu dipenuhi. Yang bawah berjasa untuk menaikkan yang atas, dan yang atas berjasa untuk terus menonjolkan yang lebih atas. Tapi apakah yang atas terus mendongak langit tanpa merenung rumput yang dipijak di kaki? Macam yang sudah2, samalah macam Nabil kata..'Lu pikirlah sendiri!!!'
Kursus EET di ESSET Bangi
Sejak semalam bertemu kembali grup kursus Train the trainer, TTT yang lalu yang kini masuk kursus level 2. Trainer kali ni Tn Hj Ismail Ibrahim yang baru kembali dari mengerjakan ibadah haji. Difahamkan selepas ni ada Cert 4 dan Diploma di Australia yang memerlukan 12k kosnya. Di usia yang kian lanjut ini wajar ada sesuatu kemahiran dan sijil kompetensi demi masa depan. Paling tidak pun dapat memperbaiki tatacara penyampaian dalam mengajar Diploma Sawit dan yang berkaitan dengannya.
Hari ni heboh diperkatakan tentang anjakan gaji di hq. Ramai dikatakan dapat. Sebelum ni senarai masuk dalam web hanya 10 minit lepas tu ditarik balik. Siapa ya?Kita tunggu dan lihat macam kata Ibrahim pendek...'Jom kita tenguk siapa yg kena...!'
Isnin, 14 Disember 2009
Kematian di mana2
Sebelum arwah Ma meninggal dunia, rakanku Noh menghantar sms meberitahu bapa saudara Apai, kawan kami meninggal dunia di Melaka. Beberapa hari sebelum tu keluar kat pepe kisah pengantin baru 3 jam meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Rupa2nya arwah adalah orang yang ditemui baru2 ni di Arau, Perlis. Semalam juga kawan sekerjaku, cik Mai juga sms beritahu atuk dia meninggal dunia di Kedah. Kebetulan pula beliau baru tahu bapa sedaranya, Zul Siam adalah kawanku sama SMSK Sg Petani 1974-1975 dahulu.
Begitulah ceritanya, bak kata ustaz yang memberi tazkirah semalam, setiap yang bernafas pasti akan menemui maut. Apabila sampai saat dan tikanya, tiada siapa mampu menahan walaupun dipanggil doktor pakar mana pun. Yang penting, bila ada kematian biarlah ianya menjadi iktibar agar kita jangan sombong dan bongkak. Sebanyak mana harta pun kata ustaz, yang dibawa ke kubur hanyalah 3 atau 5 lapis kain putih, kain yang harganya paling murah. Kalau kita takut pergi ke kubur sorang2, akan sampai saat dan tikanya samada takut atau tidak, mahu atau tidak kita akan ke sana keseorangan di alam barzah menunggu pertimbangan di hari akhirat.
Alfatihah: Jamaliah Jaafar @ Ma kembali kerahmatullah
Lebih kurang pukul 11am Isnin 14/12/2009, Ma menghembus nafas terakhir di rumahnya di Shah Alam di hadapan Kak Jariah, suami dan anak2. Arwah Ma telah pergi setelah menanggung penyakit kanser payu dara. Sememangnya suatu keajaipan juga disebalik tugasnya sebagai jururawat, beliau sendiri tidak sedar akan ujudnya kanser tersebut sehinggalah ke tahap yang kritikal dimana ketika itu beliau sememangnya menyusukan anak bongsu beliau. Sebelum ini aku difahamkan perempuan yang menyusu anak mempunyai risiko paling rendah untuk kena kanser payu dara. Tapi arwah Ma kena juga. Begitulah kekuasaan dan takdir Allah SWT.
Arwah Ma meninggalkan 5 anak2 lelaki yang masih kecil dan suami. Siapa sangka beliau pergi dahulu dalam usia yang muda sedangkan ibunya masih sihat lagi. Arwah bapa beliau juga telah lama kembali kerahmatullah dalam usia yang masih muda juga akibat masalah pernafasan. Apa yang dikagumi adalah sikap anak2 dan suami beliau yang tabah serta sifat keprihatinan kedua2 belah arwah Ma dan suaminya sepanjang tempoh beliau mengidap sakit berkenaan terutama di saat2 akhir hayat beliau. Kehadiran sedara mara dan rakan taulan berdoa dan membaca surah Yaasin berturut hari dan bilamana perlu, serta berusaha mengajar arwah mengucap dan menyebut kalimah Allah dari masa ke semasa, suatu yang amat memberi kesan. Ada juga sedaramara yang sudah balik ke kampong setelah beberapa hari bersama menziarah, terpaksa berpatah balik bila mendapat berita kematian beliau.
Arwah Ma dibawa ke Surau An Nur, Seksyen 20 Shah Alam untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan dihadiri oleh beratus2 hadirin. Dalam masa yang sama sebelum itu ada bacaan Yaasin dan tahlil serta tazkirah oleh ustaz yang dijemput oleh pihak surau tersebut. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Shah Alam Seksyen 21 lebihkurang 6pm selepas hujan reda.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam golongan beriman dan solehah, dan beroleh kebahagiaan di alam barzah dan akhirat nanti, InsyaAllah. Alfatihah.....
Langgan:
Catatan (Atom)