Khamis, 31 Disember 2009

Tidor cukup


Baru2 ni ada kawan forwardkan email mengenai seorang tokoh koporat muda di India yang mati mengejut. Mendiang sangat aktif dalam sukan dan selalu joging. Mustahil bagi pandangan orangramai dia sakit jantung. Setelah disiasat betul2, rupa2nya dia amat sibuk orangnya dan masalahnya tak cukup tidor. Bila ini berlaku, lambat laun banyak mengganggu sistem badan yang akhirnya menyebabkan sudden death ini.


Memang betul bila umur meningkat gejala susah tidor atau insomnia akan berlaku. Tak betul gaya, mudah dapat sakit darah tinggi, lemah jantung dll. Dalam terapi apnea pun ada diceritakan kalau cukup tidor, InsyaAllah semua sakit tu akan berkurangan dan mungkin akan sembuh. Masalahnya bolehkah tidor nyenyak macam awek ni??? Boleh kah tidor dari malam dan jaga dekat subuh dan tak lagi tidor jaga tidor jaga? Orang kata tak de duit tak boleh tidor. Tapi kalu banyak duit lagi susah nak tidor kan...semua benda nak buat tentu banyak fikirkan! Kadang2 tak tau sebab apa orang susah tidor.
Teringat kata2 mak mertua yang bebudak kalu meragam tu tanda mantah tidor...mantah??? Macam tanak nasi mantah plak hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan