Bila terbaca pepe mengenai pengantin lelaki baru 3 jam bernikah meninggal dunia dalam xcden di Kedah, ianya amat menyedihkan. Tambahan pula pengantin tu bakal melapor diri sebagai pnsyarah di UiTM Arau 16Dis ni. Pengantin perempuan dikatakan belajar di New Zealand dan mereka saling berhubungan melalui internet. Jelas menunjukkan walaupun mereka berjauhan tapi ada jodoh tapi hanya untuk 3 jam sahaja.
Ada sahabat yang berkawan bertahun2, dah bertunang bagai nak rak tapi las2 tak kawin juga. Ada pula yang sekerat jalan. Ada yang sering tukar calun tapi tak juga menjadi2. Ibarat kata orang tua2, kalau bukan rezeki benda yang dikunyah tunggu nak ditelan pun tersedak terkeuar juga. Takat nak berkata2 amat mudah, tapi bagi tuan punya diri tentulah ianya amat sukar untuk diterima. Itulah kita manusia. Kadang2 bila orang lain ada musibah,lembut lidah kita memberi kata nasihat. Walhal bila terkena musibah kat kita, tak tentu hala juga dibuatnya. Maknanya memang Tuhan beri kita lebih dan kurang. Yang lebih untuk kita bantu yang kurang. Yang kurang untuk kita perbaiki agar tidak membuat kesilapan yang sama saban hari.
Begitu juga dalam alam kerjaya, yang berijazah tinggi dan berkedudukan tinggi tak semesti tau semua. Yang tidak berijazah tak semesti tak tau semua. Tapi kalau digabungkan tentulah jadi saling melengkapkan atau komplimentari antara satu sama lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan