Rabu, 30 Disember 2009

Selamat tinggal 2009 n Selamat datang 2010







Hari ni dah last day 2009, tahun ke 49 umurku dan bakal menjadi separuh abad dalam beberapa hari lagi . Masa memamg tak tunggu kita, macam komuter, ERL, monorail juga. Kita yang kena tunggu masa dan guna masa sebaiknya. Pejam celik pejam celik dah nak habih tahun ni. Bagi yang suka count down, malam ni tak tentu hala la..macam orang lain tak ada tahun baru plak. Kalu tahun hijrah, dah sememang ada doa hujung tahun dan awal tahun. Hujung dikira lepas dan sebelum magrib, manakala tahun baru dikira lepas magrib atau matahari terbenam.



Apa azam kita tahun depan? Semua kita nak yang terbaik, lebih senang, lebih mewah. lebih sihat, lebih berkat, lebih segala yang baik2 dan dijauhkan segala yang buruk maupun malapetaka. Macam doa masa sebelum makan di Sekolah Alam Shah dulu...'Ya Allah Ya Tuhan kami,...berikanlah kami rezeki yang halal, ilmu yang berguna...jauhilah kami dari segala yang haram dengan rahmatMu dengan penuh kasih sayang'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan