Sabtu, 12 Disember 2009

Ma masih belum sedarkan diri

Semalam sedaramara dan kawan yang ziarah sama2 membaca Surah Yaasin lagi dibawa oleh Cikgu Razak bagi mendoakan agar Ma ditakdirkan sebaik mungkin agar diberi kekuatan, ketabahan, diampunkan dosa dan dipermudahkan ketika beliau masih tenat bertarung nyawa di rumahnya di Shah Alam. Semalam Yop Arif, Nyah Sam, Pakcik dan kak empat beradik dapat berkumpul disamping anak menantu serta sedara mara.
Sehingga kini Ma masih macam semalam, nafas berombak tetapi mata dah tak respon dah. Dijangka Ti dan Hadi serta PakYop akan datang ziarah hari ni.
Semoga doa kita dikabulkan oleh Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan